Pengenalan
Pernah terlepas harga entry/exit? Selepas ini tidak lagi. Di aplikasi M+ Global anda boleh set alert dan juga notifikasi yang membolehkan anda untuk monitor saham dengan lebih berkesan. Dengan fungsi ini, anda akan dimaklumkan apabila harga saham mencecah harga yang anda tetapkan. Ikuti penerangan cara setup alert dalam blog kali ini.
Tutorial Setup Alert
Secara asasnya, terdapat dua cara anda boleh setup alert di aplikasi M+ Global iaitu dibahagian nama saham atau pada bahagian Me.
Cara 1: Di Bahagian Saham
1. Search saham yang anda inginkan kemudian klik pada simbol loceng disebelah simbol hati.
2. Tetapkan Alert yang anda mahukan kemudian klik "Create":
Alert Type
a. Price above: Alert akan dihantar apabila harga bergerak di atas alert value.
b. Price below: Alert akan dihantar apabila harga bergerak di bawah alert value.
c. Moving up%: Alert akan dihantar apabila harga bergerak di atas peratusan alert value.
d. Moving down%: Alert akan dihantar apabila harga bergerak di bawah peratusan alert value.
Frekuensi: Kekerapan alert dihantar
a. Only Once: Alert akan dihantar hanya sekali apabila mencecah alert value yang ditetapkan.
b. Once a Day: Alert akan dihantar sekali untuk setiap hari apabila mencecah alert value yang ditetapkan.
c. Once a minute: Alert akan dihantar sekali untuk setiap 1 minit apabila mencecah alert value yang ditetapkan.
3. Alert anda akan di masukkan di bahagian Alert. Untuk menutup alert anda hanya perlu menekan simbol On/Off di sebelah alert yang dipilih.
4. Contoh Alert yang dihantar adalah seperti berikut.
Cara 2: Me
1. Pada menu "Me" klik ke bahagian "My Alerts". Untuk membuat alert baru, tekan "Create Alert"
2. Cari kaunter yang anda mahukan, kemudian tetapkan alert anda sama seperti penerangan di atas. Klik "Create".
3. Alert anda berjaya dibuat. Anda juga boleh membandingkan alert berdasarkan pasaran di bahagian "All Alerts".
Perbincangan
Jadi begitulah caranya anda boleh membuat alert di aplikasi M+ Global. Untuk makluman, anda perlu pastikan tetapan Notifications di telefon bimbit dan aplikasi M+ Global anda berada dalam mode "On" untuk membolehkan anda menerima alert ini. Dengan fungsi ini, anda tidak perlu monitor saham watchlist anda sepanjang masa.