CEKD Berhad adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam segmen die cutting solution untuk barangan pengguna dan industri yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Butiran IPO CEKD adalah seperti di bawah:
- Harga IPO:
- RM 0.48
- Status syariah:
- Dinilai syariah oleh SAC
- Pasaran:
- ACE Market
- Market Capitalisation:
- RM 93.395 Juta
- Nisbah PE:
- 15.5 (FYE 2020)
- Permohonan ditutup:
- 17 September 2021
- Cabutan saham:
- 21 September 2021
- Tarikh penyenaraian:
- 29 September 2021
Bisnes CEKD
CEKD Berhad merupakan sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada 1989 yang pada ketika itu menggunakan nama Sharp DCM. Menjelang tahun 2018 syarikat distrukturkan semula dengan menggunakan nama CEKD Berhad yang mempunyai tiga anak syarikat dikenali sebagai Sharp Die Cutting Mould Sdn Bhd, Hotstar (M) Sdn Bhd dan Focuswin Diecutting Mould Sdn Bhd.
Syarikat ini menjalankan perkhidmatan die cutting mould and solution (potongan acuan) yang melibatkan industri pencetakan dan pembungkusan, industri elektrik dan elektronik. Pengguna akhir terdiri dari sektor pembentukan bungkusan kotak, karton dan barangan elektronik. Perkhidmatan CEKD juga digunakan oleh industri lain seperti industri automotif, pembungkusan plastik, tekstil dan kulit (leather).
Pada tahun 2020, CEKD merupakan satu-satunya syarikat di rantau Asia Tenggara yang mempunyai kemahiran dan teknologi die-cutting solution yang diiktiraf oleh BOBST. BOBST merupakan salah satu syarikat besar yang membekalkan mesin pembungkusan untuk industri pembungkusan sekitar 50 buah negara di dunia. Ia berpangkalan di Switzerland.
Kesan Covid-19 terhadap bisnes
Apabila wabak pandemik Covid-19 menular di Malaysia menyebabkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Secara tidak langsungnya, CEKD menerima tempias beberapa produk yang sudah siap tidak dapat dihantar kepada pelanggan mereka terutamanya di luar kawasan Lembah Klang. Walau bagaimanapun, produk tersebut kembali dihantar kepada pelanggan tanpa berlakunya tuntutan kerugian disebabkan penangguhan.
Dari segi penjualan, CEKD mengalami sedikit penurunan yang melibatkan permintaan dari dalam negara dan luar negara disebabkan sekatan pergerakan serta penutupan operasi pelanggan. Apa yang positifnya, CEKD masih menerima permintaan produk daripada pelanggan dalam segmen perkhidmatan penting seperti industri perubatan dan farmaseutikal serta industri makanan dan minuman.
Prestasi kewangan
CEKD menunjukkan pendapatan konsisten selama 2 tahun dari tahun 2018 dan 2019 dengan mencatatkan pada paras RM 28 juta. Namun keuntungan sedikit menurun pada tahun 2019 dengan mencatatkan RM 5.4 juta berbanding tahun sebelumnya RM 6.8 juta. Pada tahun 2020, pendapatan CEKD merosot sedikit sebanyak RM 26.35 juta dan mencatatkan keuntungan sebanyak RM 6.03 juta.
Keuntungan selepas cukai adalah lebih baik pada tahun 2018 sebanyak 23.67% berbanding tahun 2019 (19.1%) dan 2020 (22.91%). Berdasarkan graf kita dapat lihat peningkatan keuntungan selepas cukai (PAT) dari RM 3.54 juta pada FPE 2020 ke RM 4.02 juta pada FPE 2021.
Secara keseluruhannya, nilai pendapatan CEKD mengalami fasa penurunan pada tahun 2020 berbanding tahun 2018. Ia mencatatkan RM 28.73 juta kepada RM 26.35 juta. Pendapatan CEKD melibatkan 2 perkhidmatan iaitu manufacturing activities dan trading activities.
Jika dilihat pendapatan dari die cutting mould telah merosot tahun 2020 dengan mencatatkan RM 21.32 juta berbanding 2 tahun sebelumnya. Penurunan ini disebabkan permintaan terhadap die cutting mould berkurangan akibat faktor pelaksanaan MCO. Jumlah keseluruhan ini telah menurun dari 108,666 unit mould kepada 104,542 unit mould tahun 2020.
Aktiviti pembuatan lain iaitu press cutting dies juga menurun disebabkan kurangnya permintaan pesanan daripada pelanggan dalam sektor industri tekstil dan kulit di Malaysia ketika wabak covid melanda.
Namun, pendapatan CEKD mula meningkat pada FPE 2021 berbanding FPE 2020. Peningkatan ini disebabkan industri utama seperti pembungkusan, elektrik dan elektronik dan industri automotif kembali beroperasi setakat FPE 2021. Kesannya daripada peningkatan ini dapat dilihat, CEKD telah menjual die cutting mould pada harga RM 215 seunit berbanding RM 207 seunit pada FPE 2020.
Strategi IPO dan masa depan
CEKD akan mengumpul dana sebanyak RM 24.28 juta melalui IPO ini. Dana ini akan digunakan untuk tujuan berikut:
Dana | Nilai (Juta) | Peratusan (%) |
---|---|---|
Perolehan kilang untuk Hotstar | 8.80 | 36.2 |
Perbelanjaan Modal | ||
- Pembelian mesin | 3.00 | 12.4 |
- Peningkatan dalam teknologi perisian dan komputer | 1.30 | 5.4 |
Aktiviti Pemasaran | 1.50 | 6.2 |
Modal kerja | 2.68 | 11.0 |
Bayaran hutang bank | 4.00 | 16.5 |
Perbelanjaan penyenaraian | 3.00 | 12.3 |
Jumlah | 24.28 | 100.0 |
Daripada jumlah keseluruhan dana IPO RM 24.28 juta, sebanyak 36.2% bakal digunakan untuk perolehan kilang baharu untuk Hotstar yang merupakan salah satu anak syarikat CEKD. Pembelian ini akan melibatkan kilang baharu untuk mengabungkan dan menyatukan operasi Hotstar dengan lebih baik di bawah satu kawasan berbanding menguruskan 3 kilang berasingan di kawasan yang sama. Ia akan menggantikan 3 kilang berbeza sedia ada. Isu dengan kilang sekarang ialah pengoperasian yang tidak cekap disebabkan pengeluaran perlu diuruskan di kilang berasingan.
Menjangkakan inovasi produk berterusan, CEKD merancang untuk beli mesin dan perisian komputer baharu seperti 3 unit automatic steel rule processor, 1 unit laser cutting machine, 1 unit CAD software dan upgrade ERP system and computer server. Kesemua barangan ini akan diperuntukkan dana sebanyak RM 4.3 juta yang bertujuan mempertingkatkan pengeluaran serta memenuhi pertumbuhan perniagaan pada masa hadapan.
CEKD juga berhasrat mempertingkatkan pendapatan dalam pasaran eksport ke luar negara dalam masa 2 tahun akan datang. Mereka menyasarkan pasaran di Asia Tenggara seperti Vietnam dan Thailand. CEKD telah memperuntukkan dana IPO sebanyak RM 1.5 juta melalui aktiviti pemasaran untuk mempromosikan produk mereka di pasaran Asia Tenggara. Dari segi modal kerja, CEKD memperuntukkan RM 2.68 juta dan RM 4.0 juta diperuntukkan untuk pembayaran hutang bank.
Analisis bisnes dan industri CEKD
Pendapatan CEKD bukan sahaja diperolehi dari dalam negara, malah melibatkan dari luar negara. Jika dilihat pada analisis pendapatan di bawah, kita dapat melihat pendapatan tertinggi di rantau Asia Tenggara selain Malaysia iaitu Thailand dan Filipina. Oleh sebab itulah, CEKD menyatakan dalam propektus memperuntukkan dana IPO dalam aktiviti pemasaran untuk mengembangkan pasaran di kedua-dua negara tersebut.
Prestasi industri die-cutting tools manufacturing
Pada tahun 2020, pertumbuhan dalam industri ini telah menunjukkan unjuran penurunan sebanyak 8.7% dengan mencatatkan RM 216,52 juta kepada RM 197.68 juta. Penurunan ini disebabkan kurangnya permintaan terutamanya pengguna akhir dalam industri. Faktor ini disebabkan kebanyakan syarikat terpaksa menutup pengoperasian akibat pandemik Covid-19.
Menurut World Economic Outlook pada April 2021, berpendapat ekonomi dunia dijangka pulih serta mencatat pertumbuhan 6.0% pada tahun 2021 dan 4.4% pada tahun 2022. Oleh sebab pasaran pengguna akhir die cutting tools industry di Malaysia akan mudah terjejas sekiranya ekonomi global mengalami krisis. Peningkatan pertumbuhan ini dijangka meningkatkan kembali industri die cutting pada jangka masa panjang. Pada tahun 2025 CAGR dijangka meningkat 3.2% dari RM 216.53 juta tahun 2019 kepada RM 261.04 juta.
Permintaan dalam industri dan produk kertas
Industri kertas dan produk kertas di Malaysia yang merangkumi:
- Manufacture of pulp
- Paper and converted paper products,
- Corrugated boards and paperboard boxes
Ia diperbuat menggunakan kertas dan bahan lain dengan kaedah memotong dan membentuk, coating and laminating. Nilai jualan local manufactured corrugated paper, paperboard and containers of paper and paperboard telah meningkat CAGR 7% sepanjang tempoh 2015 sehingga 2020 (RM 9.37 bilion).
Peningkatan ini didorong oleh permintaan dalam industri e-dagang dan tahap kesedaran dalam segmen pembungkusan. Pertumbuhan e-dagang yang pesat termasuklah yang melibatkan pembelian secara dalam talian oleh pengguna terutamanya ketika zaman wabak Covid-19 telah mendorong permintaan untuk bahan pembungkusan seperti kadbod dan corrugated box.
Permintaan dalam industri elektrik dan elektronik
Jika dilihat negara Malaysia merupakan salah satu negara pembuatan barangan elektrik dan elektronik utama dalam rantau Asia Tenggara. Menurut Mida, industri E&E telah menarik pelaburan asing sebanyak RM 15.64 bilion pada tahun 2020 berbanding RM 25.66 bilion tahun 2019. Walaupun pertumbuhan ekonomi global perlahan, industri E&E menunjukkan prestasi agak baik dari segi jumlah eksport dan import.
Tahun | Jumlah Eksport | Jumlah Import |
---|---|---|
2019 | RM 372.12 bilion | RM 245.54 bilion |
2020 | RM 386.11 bilion | RM 252.78 bilion |
Pesaing bisnes
Di Malaysia dianggarkan sebanyak 40 buah pemain industri die-cutting tool yang terdiri daripada pemain domestik dan asing. Selain itu, pemain ini mempunyai keupayaan dalam pembuatan yang berbeza bergantung kepada kemudahan teknologi pengeluaran mereka. Antara sasaran industri dan pengguna akhir yang terlibat ialah industri kertas dan produk kertas, komputer, peralatan elektronik komputer, automotif, aeroangkasa, telekomunikasi sehinggalah dalam sektor pembinaan, minyak dan gas.
Antara pesaing atau syarikat yang terlibat dalam industri yang sama dengan CEKD telah disenaraikan dalam propektus berikut:
Walaupun tiada pesaing dari syarikat yang disenaraikan dalam pasaran saham, CEKD mempunyai pesaing dalam kalangan syarikat swasta. Jika dilihat berdasarkan propektus diatas, CEKD merupakan pemain industri utama yang mendahului dari segi keuntungan selepas cukai.
Perbincangan
Melihat secara keseluruhannya, CEKD menunjukkan sedikit penurunan dari segi jumlah pendapatan yang diterima dari tahun 2018 sehingga tahun 2020 disebabkan wabak pandemik covid-19. Walau bagaimanpun keuntungan selepas cukai (PAT) bagi CEKD juga menunjukkan kadar penurunan dari 23.7% kepada 22.9% pada tahun 2020. Namun, terdapat juga permintaan produk yang berterusan daripada pelanggan dalam segmen perkhidmatan penting seperti industri perubatan dan farmaseutikal serta industri makanan dan minuman. Manakala PAT 2021 lebih baik sedikit berbanding FPE tahun 2020.
Dari sudut positifnya, CEKD berhasrat meningkatkan jumlah pendapatan eksport ke luar negara. CEKD menyasarkan meningkatkan pasaran produk di rantau Asia Tenggara seperti Thailand dan Vietnam. Dana IPO 1.5 juta akan digunakan untuk mempromosikan dan menghadiri pameran antarabangsa. Selain itu, peningkatan dalam pasaran industri elektrik dan elektronik juga akan memberikan peluang kepada CEKD untuk mempertingkatkan pengeluaran kuantiti produk. Namun, syarikat perlu membuktikan keberkesanan selepas penyenaraian di Bursa Saham.
Antara risiko yang mungkin akan dihadapi oleh CEKD adalah ketidaktertuan pasaran dan permintaan terutamanya melibatkan industri ini. Selain itu, majoriti projek yang terlibat hanya melibatkan pelanggan dalam jangka masa pendek. Projek tersebut tidak bersifat jangka masa panjang dan perlu mencari pelanggan baru selepas projek tersebut tamat.