Nak memilih saham berpotensi, ada banyak strategi. Dalam iSaham sahaja, kami berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan strategi yang terbaik untuk pelbagai jenis pelabur. Strategi-strategi ini dirumus dengan teliti dan kajian yang mendalam serta melalui pelbagai peringkat penghasilan strategi.
Strategi-strategi tersebut dipaparkan dalam bentuk screener bagi memudahkan trader memilih saham, mencari entry point dan membuat kajian lanjutan. Screener-screener ini telah mendapat jutaan pageview dan membantu ramai pelabur di luar sana mendapatkan idea jual beli saham.
Ada trader yang suka guna screener seperti sedia ada, kerana simplicity dan mengekalkan konsep asal screener. Ada juga yang berminat untuk tweak screener-screener dalam iSaham supaya lebih sesuai kepada style dan citarasa masing-masing.
Contohnya, penggemar strategi awan mungkin suka gunakan screener saham atas awan - Ichimoku Above Kumo, tapi dalam masa yang sama nak cari yang berdekatan dengan support dan juga harga kurang RM1. Bagaimana trader boleh mix and match strategi dan kriteria seperti diatas?
Memperkenalkan fungsi terbaru iSaham: iScanner. iScanner memberikan nafas baru kepada pelabur untuk menggabungkan beberapa screener dan kriteria bagi memberikan saham yang terbaik untuk style anda.
iScanner membolehkan anda memilih daripada lebih 100 screener iSaham sedia ada (fundamental dan teknikal) dan puluhan kriteria bagi membina trading system yang mantap. Anda juga boleh save kriteria tersebut dan kongsikan kepada pelabur-pelabur lain dengan link khas yang dicipta untuk anda.
Dengan iScanner, anda kini mampu mencipta screener anda sendiri dan anda boleh namakan screener tersebut dengan nama anda. Anda juga boleh membuat proses eksperimentasi dan fine-tuning untuk mendapatkan strategi dan kriteria terbaik untuk anda.
Kita rujuk semula contoh di atas, contoh anda nak gabungkan screener Ichimoku Above Kumo, gabungkan dengan saham yang berdekatan dengan support dan juga harga kurang RM1. Anda boleh masukkan input seperti di bawah, dan tekan Generate.
Hasilnya seperti berikut:
Anda boleh save screener dan watchlist anda untuk mendapatkan akses lebih pantas, dan anda juga akan mendapat link khas yang boleh dikongsikan bersama rakan-rakan trader yang lain.
Tidak ada idea nak cipta screener? Anda boleh rujuk tab Top Scanners untuk rujuk dan guna screener yang dibuat oleh para traders yang lain
Dengan mencipta screener anda, dan membuat beli dan jual menggunakan screener anda, anda telah mengorak langkah menjadi seorang pelabur algoritma (Algorithm Trader).
Untuk menggunakan iScanner, sila tekan link berikut.