UMUM

05-JUL-2021

Creador - Private Equity di Sebalik Mr DIY, CTOS dan Tealive


AS    


portfolio-creador

Creador merupakan firma ekuiti persendirian (Private Equity) yang menumpukan dana pelaburan mereka pada sesebuah syarikat yang kukuh atau berpotensi untuk berkembang. Bentuk pelaburan ini dikenali sebagai capital growth.

Creador menumpukan pelaburan mereka pada pasaran Asia Selatan dan Asia Tenggara. Antara negara yang menjadi tumpuan Creador adalah Malaysia, Filipina, Singapura, India dan Sri Lanka.

Faktor KDNK yang rendah namun sedang meningkat serta populasi golongan kelas menengah (M40) yang muda merupakan sebab firma ini memilih pasaran negara-negara tersebut.

Apakah itu Private Equity?

Private equity atau dikenali sebagai PE merujuk kepada pemilikan ekuiti atau saham dalam sesebuah syarikat yang tidak diperdagangkan secara awam. Firma Public Equity akan mengumpul dana pelaburan daripada pelabur tertentu contohnya dari individu berpendapatan tinggi (high-net-worth individual), dana institusi dan sebagainya.

Dana pelaburan ini juga merupakan alternatif modal pelaburan selain pinjaman bank, tetapi dengan cara syarikat tersebut menjual pegangan saham mereka kepada firma Private Equity.

Strategi pelaburan dalam Private Equity adalah pelaburan dalam jangka masa panjang iaitu dalam tempoh 2 hingga 7 tahun. Firma Private Equity kebiasaannya akan melabur kepada syarikat-syarikat yang berpendapatan kukuh atau syarikat berpotensi yang memerlukan suntikan modal untuk berkembang lebih maju.

Syarikat tersebut mengambil manfaat dari dana tersebut untuk mengembangkan syarikat dan perniagaan mereka, manakala firma Private Equity pula akan mendapat manfaat setelah capital dan ekuiti syarikat tersebut meningkat. Firma Private Equity akan menjual pegangan mereka setelah matlamat pelaburan tercapai.

Antara firma Private Equity di Malaysia adalah Ekuinas, Xeraya capital, MTDC, Creador dan lain-lain.

Mengenai Creador

brahmal-vasudevan

Creador Sdn Bhd diasaskan oleh Brahmal Vasudevan pada tahun 2011. Bekas graduan lulusan Harvard Business School dan Imperial College ini, pernah menjadi Pengarah Urusan ChrysCapital iaitu sebuah firma ekuiti persendirian terkemuka di India. Selepas pulang ke Malaysia, beliau mengasaskan firma Creador ini.

Creador menggariskan 4 pendekatan utama mereka untuk mencipta nilai superior dan mampan kepada rakan pelaburan mereka iaitu :

  1. Focused value creation

Creador menumpukan pelaburan mereka kepada pasaran high-growth market di Asia Selatan dan Asia Tengara. Pengalaman dan pengetahuan yang mendalam tentang pasaran di rantau ini menjadi pemangkin mereka mencipta peluang nilai dalam pelaburan.

  1. Long-term Perspective

Creador membuat pelaburan dengan mengkaji kitaran pasaran dari sudut pandang pelaburan jangka masa panjang serta mengoptimumkan "timeframe arbitrage" dalam pelaburan mereka.

  1. Strategic Council

Pasukan Creador terdiri daripada individu-individu yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang peluang dan cabaran pasaran supaya potensi syarikat portfolio mereka tercapai.

  1. Full Alignment

Pasukan firma adalah sealiran dengan kepentingan jangka masa panjang pelabur mereka.

Creador telah mengumpul sebanyak USD 1.5 billion (RM 6.2 billion) dari empat kali pungutan dana pelaburan. Tahun 2021 ini, Creador merancang untuk mengumpul dana pelaburan yang ke lima sebanyak USD 600 juta (RM 2.4 billion).

Rekod Cemerlang Pelaburan Creador

Firma ini melabur dalam beberapa industri iaitu industri perkhidmatan kewangan, barangan pengguna, perkhidmatan makanan dan minuman, perkhidmatan kesihatan, farmasi dan media. Mereka mensasarkan pelaburan dalam sektor yang mempunyai prospek pertumbuhan yang menguntungkan dan ada nilai tambah.

Anand Narayan, Pengurus Creador di India di dalam temu ramah beliau pada tahun 2018 menyatakan bahawa strategi pelaburan Creador adalah fleksibel dan mempunyai pulangan capital yang cepat.

Pada dana kutipan yang pertama, mereka berjaya memperoleh nilai capital sebanyak 110%, manakala dana kedua sebanyak 60% dan dana ketiga sebanyak 20%. Mereka juga mempunyai rekod perolehan nilai capital yang segera kepada pelabur iaitu dalam tempoh 2 atau 3 tahun.

Antara syarikat-syarikat portfolio Creador yang berpangkal di Malaysia adalah BFI Finance, Big Pharmacy, Nipress, MR DIY Group, CTOS dan yang terbaru pada Jun 2021, LOOB Holding Sdn Bhd (pemilik jenama Tealive).

Pelaburan Terbaru Creador

Tealive merupakan pelaburan kedua Creador dalam industri makanan dan minuman (F&B) selepas OldTown White Coffee. Pada tahun 2012, Creador membeli 10% pegangan OldTown pada harga USD 15 juta dan memperoleh pulangan pelaburan 2 kali ganda dan Internal Rate of Return (IRR) sebanyak 101% selepas menjual pegangan tersebut pada tahun berikutnya.

Creador membeli 30% pegangan saham LOOB Holdings, terutamanya melihat pada Tealive atas faktor :

tealive
Minuman made-to-order tea kini menjadi gaya hidup moden rakyat Malaysia.

Apa yang boleh dipelajari ?

Strategi melabur dalam jangka masa panjang memerlukan kajian yang menyeluruh bukan hanya pada kewangan syarikat sahaja tetapi juga kajian tentang kitaran pasaran, pasaran global dan faktor-faktor lain.

Walaupun pelaburan strategi jangka masa panjang agak rumit dan perlu kajian yang terperinci tetapi strategi sebegini kurang risiko dan kita juga akan dapat mengurus emosi dengan baik dengan cara ini.

Oleh itu, ilmu tentang asas kewangan sesebuah syarikat, fundamental analysis contohnya merupakan ilmu yang penting dalam strategi pelaburan jangka panjang. Untuk melengkapkan diri dengan ilmu tersebut boleh belajar di iSaham classroom dan membaca blog iSaham.


< kembali ke laman blog utama