UMUM

10-NOV-2021

Estet Sepakat - Penyedia Perkhidmatan Teknologi dalam Segmen Pertanian


AZ    


Beras merupakan makanan utama bagi penduduk negara di dunia, terutamanya penduduk di negara Asia. Menjelang tahun 2025, pengeluaran beras dunia dijangka akan meningkat sebanyak 570 juta tan. Pengeluar beras terbesar di dunia adalah China, India, Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Myanmar dan Thailand. Negara ini menyumbang 80 peratus pengeluaran beras dunia pada masa kini.

Isu pengeluaran beras

Di sebalik kepentingannya, beberapa negara pengeluar beras termasuklah negara Malaysia perlu mengimport beras untuk memenuhi keperluan harian domestik mereka. Jika dilihat secara keseluruhan, terdapat melebihi 35 juta pesawah di Malaysia, Indonesia dan Thailand majoriti memiliki ladang kurang dari 1 ha (hektar). Walaupun peranan mereka amat penting dalam memastikan jaminan makanan (food security) negara tersebut mencukupi, namun kebanyakan petani ini masih berada di dalam kemiskinan. Hal ini disebabkan, penggunakan kaedah dan teknologi pertanian yang kurang bersesuaian telah mengakibatkan kos penanaman menjadi tinggi tetapi hasil pengeluaran masih rendah.

Untuk memastikan pengeluaran padi tempatan kembali optimum dan meningkat, beberapa isu perlu diselesaikan. Antaranya, isu pengeluaran padi dan kadar kemiskinan pesawah perlu segera ditangani. Oleh itu, syarikat seperti Estet Sepakat menawarkan perkhidmatan yang berupaya menyelesaikan masalah ini. Buat masa ini, Estet Sepakat menyasarkan petani kecil di Malaysia terlebih dahulu. Mereka juga mempunyai perancangan untuk berkembang ke negara Indonesia dan Thailand.

Apa itu Estet Sepakat?

Estet Sepakat Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Agriculture Technology as a Service (ATaaS) yang menguna pakai teknologi mesin dan data yang cekap untuk meningkatkan segmen pertanian. Syarikat ini menyasarkan untuk menghasilkan sebuah komuniti petani padi yang celik mengenai teknologi berdasarkan penggunaan data. Secara tidak langsung, ia berupaya membantu pesawah menjana pendapatan lebih stabil dan munasabah dalam jangka masa panjang.

Estet Sepakat
Gambar: Estet Sepakat

Perkhidmatan yang ditawarkan

Antara penyelesaian Estet Sepakat menggunakan pendekatan ATaaS adalah seperti berikut:

  • Mengoptimumkan perkhidmatan mesin industri dengan menggunakan mesin yang disediakan oleh Estet Sepakat dan mengurus mesin dari pihak ketiga melalui Fleet Management Software. Kaedah ini berupaya mengatasi masalah kekurangan buruh industri menyebabkan kos penanaman lebih tinggi dan hasil yang rendah. Penggunaan mesin secara optimum menjadikan kos perkhidmatan mesin yang lebih rendah kepada petani.
  • Mewujudkan komuniti petani digital yang dikenali sebagai Komuniti SEPAKAT dengan mengagregat pembelian mereka kepada kos pembelian input yang lebih rendah.
  • Menghubungkan Komuniti SEPAKAT dalam platform pasaran secara dalam talian bagi memudahkan penjualan dan tanpa melibatkan orang tengah.
  • Menyediakan akses kepada petani mengenai big data analytics dan artificial intelligence melalui platform BIDARATI.
  • Melaksanakan peralatan pertanian yang bersesuaian untuk meningkatkan hasil petani dan mengurangkan kos input mereka. Dalam masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan.
  • Mewujudkan akses terus dalam pasaran dengan melibatkan peruncit dan pembeli dalam Komuniti SEPAKAT.

Kepakaran teknologi

Dari segi kepakaran teknologi, Estet Sepakat telah menggabungkan dua kaedah pelaksanan melalui BIDARATI (SaaS) dan perkhidmatan mesin (EaaS) dalam program ini. Gabungan dua kaedah ini akan mengukuhkan syarikat dan mengurangkan pesaingan dari pesaing yang berpotensi dalam pemain industri yang sama.

Estet Sepakat menjangkakan kekuatan program ini akan datang dari Komuniti Sepakat. Jika pihak Estet berupaya mewujudkan kesetian dalam diri pelanggan, tidak mustahil segmen Komuniti Sepakat akan memberikan satu sistem perniagaan dan pendapatan jangka panjang secara berulang.

Platform BIDARATI (SaaS)

Platform BIDARATI merupakan pusat saraf yang berfungsi menyalurkan maklumat melalui kaedah aliran data. Bukan itu sahaja, ia akan mengawal transaksi pada e-dompet, e-Marketplace dan pengurusan fleet untuk mesin yang digunakan. Seterusnya, menyampaikan data yang diperlukan dalam pelbagai komponen kepada pengguna data yang berkaitan seperti petani, pengurus ladang, pengurus logistik dan penyelia fleet. Semua komponen ini menggunakan analisis big data, artificial inteligence (AI) dan machine learning serta kesahihan transaksi menggunakan kaedah blockchain.

Platform BIDARATI
Perancangan dan kaedah dalam platform BIDARATI. Gambar: Estet Sepakat

Penggunaan Mesin (EaaS)

Dalam kaedah ini, Estet Sepakat akan menggunakan beberapa mesin yang bersesuaian yang berupaya mengurangkan kos pengeluaran pada kadar optimum dan meningkatkan semula kadar pendapatan petani melalui peningkatan pengeluaran beras.

Penggunaan Mesin Estet Sepakat
Penggunaan teknologi mesin dalam komponen EaaS. Gambar: Estet Sepakat

Sumber pendapatan

Sumber pendapatan Estet Sepakat akan diperolehi melalui caj bayaran perkhidmatan terhadap platform Eaas dan SaaS. Pembayaran ini akan dikenakan kepada petani sama ada secara langsung atau tidak langsung yang melibatkan pelbagai pengurus ladang, wakil petani atau koperasi mereka. Perstrukturan harga yang disediakan oleh Estet Sepakat berupaya menjimatkan petani atau berlakunya peningkatan dalam hasil pengeluaran mereka. Ini membolehkan mereka meningkatkan pendapatan pada akhir musim.

Selain itu, Estet Sepakat melaksanakan satu mekanisme melalui pembelian jerami padi selepas tuai daripada petani. Ini dapat memberikan pendapatan tambahan kepada para petani. Pelaksanaan platform BIDARATI berupaya menjana pendapatan langsung kepada Estet selain daripada mengoptimumkan hasil bagi perkhidmatan EaaS. Dalam tempoh 5 tahun akan datang , hasil langsung daripada BIDARATI dijangka memberi pulangan kepada syarikat sekitar 20 peratus daripada jumlah pendapatan syarikat.

Sasaran Estet Sepakat

Apabila menggunakan platform BIDARATI (SaaS) dan mesin (Eaas), Estet Sepakat berharap dapat meningkatkan pendapatan petani dalam Komuniti Sepakat kepada RM 5,000 sebulan berbanding RM 2,500 sekarang.

Gambar: Estet Sepakat

Jalinan usaha sama

Melalui program ini, Estet Sepakat telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah syarikat yang mempunyai kepakaran masing-masing.

Syarikat usaha sama dengan Estet Sepakat
Gambar: Estet Sepakat

Sebab untuk perlu melabur ekuiti ECF di Estet Sepakat

Umumnya, ini adalah kempen pelaburan pertama Estet Sepakat dalam platform ekuiti ECF. Estet Sepakat berharap dapat mengumpul nilai minimum sekitar RM 1.4 juta dan menawarkan pelabur sehingga 9% kepentingan dalam syarikatnya. Terdapat beberapa faktor mengapa para pelabur perlu melabur ekuiti ECF dalam Estet Sepakat ini, antaranya ialah:

Baru-baru ini, Estet Sepakat dan Ethis ada membuat final pitch untuk kempen mereka secara langsung di Zoom dan Facebook. Boleh tonton rakaman tersebut dengan menekan link ini.

Kempen ini ditawarkan melalui platform Equity Crowdfunding (ECF) patuh shariah iaitu Ethis Ventures. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana cara dan kaedah melabur ekuiti ECF dalam Estet Sepakat, anda boleh rujuk di link ini.


< kembali ke laman blog utama