Pengenalan
Fair value adalah salah satu indikator penting yang digunakan dalam menentukan nilai overvalue atau undervalue. Setiap instrument mempunyai nilai fair value yang berubah-ubah begitu juga dalam saham. Kebanyakan analyst akan mengeluarkan fair value kepada syarikat sama ada syarikat IPO ataupun syarikat sedia ada berasaskan jangkaan prestasi akan datang syarikat dengan menggunakan data sedia ada. Dalam blog kali ini, iSaham akan menerangkan tentang apa itu fair value dan bagaimana analyst menentukannya.
Maksud Fair Value Dalam Konteks Saham
Fair value, FV dalam konteks saham merujuk kepada nilai intrinsik saham, berdasarkan analisis fundamental. Dalam pelaburan, ia dianggap sebagai berapa nilai yang pelabur sanggup bayar untuk membeli sesuatu saham syarikat. Nilai ini ditentukan dengan menilai pelbagai metrik kewangan dan unjuran mengenai prestasi masa depan syarikat, dan bukannya hanya bergantung kepada harga pasaran semasa saham. Fair Value membantu pelabur menilai sama ada sesuatu saham dinilai rendah (undervalue) atau dinilai tinggi (overvalue) berbanding dengan harga pasaran. Perbezaan antara FV dan nilai pasaran adalah penting untuk pelabur. Sebagai contoh, jika FV saham dianggarkan RM100 tetapi diperdagangkan pada RM80, ini mungkin menunjukkan peluang keuntungan. Sebaliknya, jika nilai FV adalah RM70 manakala saham diperdagangkan pada RM90, ia menunjukkan bahawa saham tersebut terlebih nilai.
Cara Menentukan Nilai Fair Value Saham
Secara asasnya, terdapat beberapa model dalam menentukan nilai fair value. Ia bergantung kepada keyakinan institusi terhadap model yang digunakan dan juga cara pengiraan terhadap jangkaan prestasi syarikat. Jadi tak pelik mengapa kebanyakan institusi mempunyai nilai fair value yang berbeza-beza. Berikut merupakan antara 3 model atau formual yang sering digunakan dalam menentukan fair value:
1. Discounted Cash Flow (DCF) Model:
Untuk model ini menentukan nilai fair value sesuatu syarikat/saham dengan jangkaan cash flow yang akan diterima.
CF= Nilai jangkaan cashflow yang bakal diterima syarikat untuk tahun tersebut
t= Masa, berdasarkan tahun.
r= Kadar diskaun atau risiko yang diterima
n= Jumlah tahun
2. Dividend Discount Model
Bagi model ini, nilai instrinstik value saham syarikat akan dikira dengan menggunakan jangkaan nilai dividen yang akan diberikan pada masa akan datang.
D: Kadar dividen yang dijangka diterima
r: Jangkaan pulangan yang bakal diterima
g: Pertumbuhan nilai dividen berbanding dividen sebelumnya.
3. Net Present Value Model
CF: Net cashflow (Cash inflow - cash outflow)
r: Kadar diskaun atau jangkaan pulangan yang bakal diterima
Co: Initial investment
t: Tahun
n: Jumlah tahun
Perbincangan
Secara rumusan, pengiraan fair value adalah bergantung kepada keyakinan kepada model yang digunakan. Fair value adalah penting dalam menentukan sama ada sesuatu saham itu undervalue ataupun overvalue bagi mengenalpasti potensi keuntungan dan juga risiko rugi. Fair value berubah-ubah berdasarkan jangkaan prestasi akan datang dan juga risiko.