Pengenalan
Sama seperti platform mplus online, di aplikasi Mplus Global, anda boleh melakukan transaksi jual/beli saham. Namun masih ramai yang tidak tahu terdapat perbezaan transaksi atau jenis transaksi berdasarkan jenis order yang anda letakkan. Dalam blog kali ini, iSaham akan menerangkan tentang fungsi dan juga perbezaan order type di aplikasi Mplus Global.
Pengenalan Order Type di Aplikasi Mplus Global
Secara asasnya terdapat 3 jenis order yang perlu dipilih oleh pedagang sebelum membuat transaksi. Ia terbahagi kepada 2 iaitu basic order dan juga conditional order.
1. Limit: Jenis transaksi biasa yang digunakan beli/jual saham pada harga tertentu atau harga yang lebih baik.
2. Odd Lot: Pembelian/penjualan saham kurang dari 1 lot atau 100 unit contohnya 1/10/15 unit.
3. Stop Limit: Biasanya stop loss akan di set sebaik sahaja sesuatu saham itu dibeli untuk menjaga risiko sekiranya harga saham jatuh. Sekiranya harga saham tersebut menyentuh harga yang ditetapkan, sistem akan auto sell.
Cara Menggunakan Limit/Odd Lot/Stop Limit
1. Limit
Secara asasnya, limit merupakan jenis transaksi jual/beli biasa yang mana anda beratur untuk beli atau jual di harga yang anda mahukan. Contoh, sekiranya harga saham sekarang RM 1.00, dan anda mahu beratur membeli di RM 0.95, letakkan harga tersebut di bahagian "enter price" sekiranya harga jatuh di paras itu dan ada jumlah volume jualan yang mencukupi, transaksi anda akan matched. Begitu juga sebaliknya.
Untuk tutorial penuh, anda boleh merujuk blog kami di pautan di bawah:
Pautan: Cara Jual Beli Saham Di Aplikasi Mplus Global
2. Odd Lot:
Di bahagian odd lot merupakan jualan/belian khas bagi kuantiti saham di bawah 1 lot atau 100 unit. Ini bermakan sekiranya anda ingin menjual atau membeli saham di atas 1 lot anda perlu menggunakan fungsi limit di bahagian atas. Contoh sekiranya anda ingin menjual 150 unit saham:
100 unit/ lot perlu dijual di bahagian order type limit
Baki 50 unit boleh dijual di bahagian odd lot
Untuk tutorial jual dan beli menggunakan odd lot anda boleh merujuk blog kami di laman di bawah:
Pauatan: Cara Membeli dan Menjual Saham Odd Lot Bursa Di Aplikasi Mplus Global
3. Stop Limit
Untuk stop limit diletakkan sebaik sahaja anda membuat belian bagi tujuan menjaga risiko. Stop limit atau juga juga dipanggil stop loss/SL diletakkan bawah sedikit dari support.
Contoh jika support berada pada 4.67, julat Stop Limit yang wajar sekitar (4.60-4.65).
a. Selepas anda lakukan belian, klik pada bahagian jualan dan pilih Conditional Orders: "Stop Limit"
b. Masukkan Stop Limit dan juga Limit price.
Stop Limit: Pada harga berapa saham tersebut akan trigger auto sell.
Limit price: Pada harga berapa anda hendak saham itu dijual sekiranya jatuh ke had stop limit. Limit price perlu sama atau lebih rendah dari harga stop limit.
C. Setelah selesai, letakkan validity contohnya 30 hari iaitu sepanjang 30 hari dagangan sekiranya harga tersebut tidak mencecah stop limit, transaksi ini akan terbatal pada hari berikutnya. Jadi sekiranya anda masih memegang saham tersebut anda perlu set sekali lagi stop limit.
Rumusan
Sebagai rumusan, di aplikasi Mplus Global terdapat 3 jenis order type iaitu limit yang merupakan transaksi biasa, odd lot: jualan atau belian bagi kuantiti saham di bawah 1 lot dan juga conditional order: Stop Limit yang akan trigger jualan secara auto apabila harga saham tersebut hatuh keparas harga yang ditetapkan.