IPO

06-JUL-2021

Haily Group Meluaskan Pasaran dalam Industri Pembinaan di Johor


 


nestcon berhad ipo thumbnail

Haily Group adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam segmen pembinaan bangunan yang beroperasi di Johor. Butiran IPO Haily adalah seperti di bawah:

Harga IPO:
RM 0.68
Status syariah:
Dinilai syariah oleh SAC
Pasaran:
ACE Market
Market Capitalisation:
RM 121.26 juta
Nisbah PE:
11.6 (FYE 2020)
Permohonan ditutup:
07 Julai 2021 (5.00 p.m.)
Cabutan saham:
12 Julai 2021
Tarikh penyenaraian:
21 Julai 2021

Bisnes Haily

Haily sudah beroperasi selama 14 tahun yang mempunyai dua anak syarikat dikenali sebagai Haily Construction dan Haily Machinery. Haily Construction terlibat dalam industri pembinaan iaitu bangunan kediaman dan bangunan bukan kediaman.

Haily Construction juga bertanggungjawab untuk keseluruhan projek termasuk persekitaran binaan luaran meliputi civil and infrastructure works dalam kawasan pembinaan serta fizikal bangunan. Manakala, Haily Machinery melaksanakan perkhidmatan sewaan peralatan dan mesin pembinaan. 

nestcon projek infrastruktur
Antara projek kediaman yang dilaksanakan oleh Haily di Kulai, Johor. Gambar: Haily

Berdasarkan propektus setakat 10 Jun 2021, Haily memperolehi kontrak projek pembinaan sebanyak RM 460.04 juta. Pembinaan ini masih berada di fasa awal dan dijangka siap sepenuhnya antara tahun 2021 sehingga 2023. Projek ini melibatkan pembinaan residential single dwelling building, non-residential, clubhouse, bangunan pejabat, asrama pekerja, sekolah dan pembinaan infrastruktur kejuruteraan awam. 

Mereka merupakan kontraktor gred G7 yang berdaftar dengan CIDB. Gred 7 adalah gred teratas dalam senarai pendaftaran gred CIDB yang membolehkan pihak kontraktor membida tender tanpa had nilai projek. Sepanjang penubuhannya, Haily telah terlibat sebanyak 65 projek pembinaan bangunan dengan nilai kontrak RM 1.29 bilion. Antara pelanggan Haily Group iaitu IJM Properties, IOI GROUP, Mahsing, Meridin East, Tek Land dan lain-lain.

nestcon projek pembinaan
Gambar: Haily

Kesan Covid-19 terhadap bisnes

Apabila wabak pandemik Covid-19 menular di Malaysia menyebabkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Secara tidak langsungnya, Haily menerima tempias beberapa projek yang mengalami kelewatan dan penangguhan dari tarikh asal siap. Penangguhan ini menyebabkan pendapatan syarikat yang sepatutnya diperolehi pada tahun 2020 akan diterima pada tahun 2021.

Pada 27 April 2020, Haily telah memohon kebenaran daripada MITI untuk meneruskan pembinaan melibatkan 4 projek dalam fasa 90% siap. Projek ini telah menerima kelulusan pada 18 Mei 2020. Pada awalnya, pendapatan Haily mengalami penguncupan daripada RM 16.25 juta pada Februari sehingga RM 1.99 juta pada bulan April 2020.

Namun, pendapatan Haily kembali meningkat pada bulan Jun 2020 dengan mencatatkan RM 21.13 juta selepas projek ini berjaya disiapkan sepenuhnya. Selepas penangguhan aktiviti tapak pembinaan disebabkan PKP 3.0 bermula pada 1 Jun sehingga 28 Jun 2021. Haily menjangkakan penangguhan ini akan memberi kesan kepada laporan tahunan kewangan 2021. 

Prestasi kewangan

Haily menunjukkan pendapatan yang menaik pada tahun 2018. Ia meningkat sebanyak  42.64% daripada RM 121.83 juta tahun 2017 kepada RM 173.79 juta tahun 2018. Manakala keuntungan bersih tertinggi adalah pada tahun 2017 sebanyak RM 12.55 juta dan juga merupakan margin keuntungan tertinggi sebanyak 10.3%.  

Meskipun pada tahun 2020 negara mengalami wabak pandemik Covid-19, namun pendapatan dan keuntungan masih meningkat jika dibandingkan pada tahun sebelumnya 2019. Unjuran pendapatan tahun 2020 mencatatkan RM 166.13 juta dan keuntungan sebanyak RM 10.44 juta. Apa yang positifnya, Haily kembali menunjukkan unjuran peningkatan margin keuntungan dari tahun 2018 sebanyak 4.9% sehingga tahun 2020 sebanyak 6.3%.

prestasi kewangan nestcon berhad

Secara keseluruhannya, nilai pendapatan dalam segmen pembinaan Haily mengalami fasa menaik bagi bangunan kediaman dan menurun bagi bangunan bukan kediaman. Pada tahun 2020, pendapatan segmen bangunan kediaman mencatatkan RM 144.93 juta berbanding sebanyak RM 29.59 juta tahun 2017. Peningkatan ini disebabkan Haily menumpukan pasaran bangunan kediaman terutamanya di Kulai dan Johor Bharu.

Menurut data statistik tahun 2020, 64.1% jumlah pembinaan di Johor merupakan bangunan kediaman. Ia meliputi 23,150 unit di Johor yang merangkumi 48.7% di Johor Bharu dan 7.7% di Kulai. Manakala, bangunan bukan kediaman menunjukkan unjuran penurunan sebanyak dari RM 91.08 juta tahun 2017 kepada RM 18.95 juta tahun 2020. Selain itu, pendapatan lain yang diterima melibatkan infrastruktur kejuruteraan awam dan sewaan mesin pembinaan.

Strategi IPO dan masa depan

Haily akan mengumpul dana sebanyak RM 20.40 juta melalui IPO ini. Dana ini akan digunakan untuk tujuan tersebut:

Dana Nilai (Juta) Peratusan (%)
Pembelian mesin pembinaan, peralatan melibatkan pengurusan kontrak dan teknologi software dalam sistem perakaunan serta peralatan pejabat. 4.20 20.59
Modal kerja 6.00 29.41
Bayaran hutang bank 7.00 34.31
Perbelanjaan penyenaraian 3.20 15.69
Jumlah 20.40 100.0

Daripada jumlah keseluruhan dana IPO RM 20.4 juta, sebanyak 21% digunakan untuk perbelanjaan modal seperti pembelian mesin pembinaan, peralatan melibatkan pengurusan kontrak dan lain-lain. 

Menjangkakan segmen pembinaan bangunan akan berkembang di Johor, Haily merancang pembelian mesin pembinaan seperti scaffolding, backhoe loaders, dan tractors. Pembeliaan ini akan mengurangkan kebergantungan terhadap jentera pembinaan yang disewa.

Selain itu, pembelian tractor baharu akan meningkatkan kecekapan pergerakan ke tapak binaan dan mengurangkan kos penyelenggaraan jika berlakunya kerosakan. Hal ini disebabkan kos untuk membaiki kerosakan tractor baharu lebih murah jika dibandingkan tractor lama. 

Dari segi modal kerja, Haily memperuntukkan RM 6.0 juta untuk pembayaran kepada perkhidmatan subkontraktor dan peralatan bahan binaan. Manakala, RM 7.0 juta diperuntukkan untuk pembayaran hutang bank.

Analisis bisnes dan industri Haily

Haily Group lebih menumpukan pasaran pembinaan di Johor berbanding negeri lain di Malaysia. Oleh sebab itu, kita akan berikan lebih tumpuan dari segi sudut makroekonomi terhadap geografi negeri ini untuk menilai potensi syarikat pada masa hadapan. Penilaian ini melibatkan industri pembinaan bangunan kediaman dan bangunan bukan kediaman.

Gambar: Segmen pasaran geografi di Johor 

Prestasi industri pembinaan

Pada tahun 2020, GDP sebenar dalam industri pembinaan telah menunjukkan unjuran penurunan sebanyak 19.4%. Penurunan ini disebabkan syarikat dalam industri pembinaan terjejas dari segi kekurangan bahan binaan, tenaga buruh berkurangan, dan pengoperasian tapak binaan ditutup disebabkan pandemik Covid-19.

Bank Negara Malaysia berpendapat ekonomi Malaysia akan kembali pulih sedia kala dengan mencatatkan pertumbuhan GDP sekitar 6.0% sehingga 7.5% serta industri pembinaan juga dijangka mengembang sebanyak 13.4% pada tahun 2021. 

Secara keseluruhannya, Malaysia mencatatkan kenaikan nilai kerja pembinaan dari 2015 hingga 2019, dan mengalami kejatuhan pada 2020. Namun, ia masih menunjukkan perkembangan pada tahun 2020 jika dibandingkan 2015. Trend yang sama dapat diperhatikan untuk geografi Johor dengan mencatatkan nilai konsisten antara RM 20 juta sehingga Rm 28.4 juta. Walau bagaimanapun, pada tahun 2020 berlakunya penurunan dengan mencatatkan sebanyak RM 12.14 juta.

Nilai kerja pembinaan CAGR (2016-2020)
Malaysia -1.8%
Johor -18.5%

Prestasi industri hartanah

Secara umumnya, nilai dan jumlah transaksi hartanah menunjukkan trend tidak konsisten dan penurunan dari tahun ke tahun bagi jenis hartanah kediaman, komersial dan industri

Gambar: Transaksi jumlah unit hartanah di Malaysia dan Johor

Bekalan akan datang

Secara ringkas, bekalan di ketiga-tiga jenis hartanah ini menunjukkan penurunan  terutamanya di Johor. Ia mencatatkan 170,707 unit pada tahun 2017 kepada 119,815 unit pada tahun 2020. Bekalan akan datang di Johor bagi segmen bangunan kediaman lebih menumpukan landed properties. Pada penghujung tahun 2021, sebanyak 117,818 units melibatkan 74.5% (87,808 units) adalah landed properties

Johor Bharu dan Kulai merupakan kawasan yang berlakunya kepesatan dari segi populasi penduduk dan peningkatan pelaburan projek. Kepesatan ini akan memberi kesan kepada permintaan terhadap bangunan kediaman, aktiviti perindustrian dan lain-lain.

Persaingan

Haily Group adalah syarikat kontraktor Gred 7 yang merupakan satu gred tertinggi dalam sistem berdaftar dengan CIDB. Jika dilihat jumlah syarikat yang berdaftar G7 ini bukanlah sedikit. Berdasarkan laporan Vital dalam propektus sehingga 8 Jun 2021, sebanyak 8,657 syarikat Gred G7 yang didaftarkan di Malaysia. Dalam jumlah ini sebanyak 702 syarikat Gred 7 di Johor.

Oleh itu, wujudnya persaingan yang tinggi terhadap sektor pasaran pembinaan dalam kalangan pemain industri ini. Di bawah ini adalah syarikat yang tersenarai awam dalam industri sama dengan Haily berdasarkan jumlah pendapatan yang diperolehi.

Syarikat Market Cap (RM Juta) Nisbah PE GP Margin
AME 1,101 20.3 31.6
KERJAYA 1,427 15.1 16.6
GDB 496 17.4 11.6
TCS 169 12.0 15.1
HAILY 121.26 11.6 16.5
SUNCON 2,093 27.8 17.4
INTA 157 14.4 9.5

Perbincangan

Melihat secara keseluruhannya, Haily mencatatkan permodalan pasaran sebanyak RM 180.27 juta. Permodalan pasaran ini agak kecil, jika dibandingkan dengan pemain industri pembinaan yang lain. Berdasarkan laporan kewangan 2020 dalam propektus , syarikat ini dinilai pada nisbah PE 11.6. Nisbah ini lebih rendah jika dibandingkan dengan nisbah PE median sektor pembinaan pada nisbah 16.1. Seandainya kita menjangkakan syarikat ini mengembang sekurang-kurangnya ke tahap median sektor pembinaan, maka kita boleh jangkakan ada lagi faktor kenaikan pada masa hadapan.

Haily menunjukkan prestasi kewangan pendapatan yang memberangsangkan sepanjang tempoh dalam laporan tersebut. Kita dapat lihat prestasi ini terus meningkat terutamanya dalam segmen bangunan kediaman. Haily juga berhasrat untuk melibatkan diri dalam pasaran pembinaan dalam daerah lain di Johor. Sebelum ini, Haily lebih menumpukan di kawasan Kulai dan Johor Bahru. Pada 10 Jun, Haily telah menerima kontrak pembinaan di kawasan Pontian.

Dari sudut positifnya Johor merupakan negeri yang ke-4 di Malaysia dari segi pertumbuhan GDP tertinggi selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak. Secara tidak langsungnya, akan memberi peluang pertumbuhan dalam segmen pembinaan bangunan disebabkan peningkatan ekonomi di Johor. Namun, syarikat perlu membuktikan keberkesanan selepas penyenaraian di Bursa Saham.

Antara risiko yang mungkin akan dihadapi oleh Haily adalah, cabaran terhadap pasaran hartanah perumahan di Johor. Laporan Vital Factor juga menunjukkan hartanah tidak terjual di Johor antara tertinggi di Malaysia. Pada tahun 2020, data menunjukkan 23.8% perumahan tidak terjual di Malaysia terletak di Johor. Ia melibatkan sejumlah 7,030 unit perumahan yang bernilai RM 5.5 bilion.

 


< kembali ke laman blog utama