UMUM

16-DEC-2020

Haiwan yang Boleh Diperhatikan Dalam Saham


FN    


Dalam mana-mana situasi harian, kita dapat lihat pelbagai rencam dan ragam pada sekeliling kita. Daripada pemerhatian kita ini, banyak ragam pada persekitaran yang boleh kita kaitkan dengan hidupan sekeliling kita, antaranya persamaan dengan haiwan. Begitu juga saham, ada banyak ragam yang kita lihat pada pasaran ini yang kita persamakan dengan ragam haiwan. Dalam post kali ini, kita lihat beberapa ragam saham yang kita samakan dengan haiwan.

1. Lembu jantan

lembu jantan lawan di sepanyol

Kenapa pasaran yang tengah naik disebut pasaran bullish? Dalam pasaran saham, lembu jantan adalah satu haiwan yang dikaitkan dengan keberanian. Ia menyerang secara berkejaran dalam keadaan meluru dan menaikkan mangsanya ke udara. Inilah yang berlaku pada pasaran saham apabila ia dikatakan bullish, atau kelembuan. Bukanlah saham itu dikatakan terbang, namun pelabur menjadi berani dan saham secara umumnya bergerak dalam keadaan menaik.

2. Beruang

grizzly bear pexel

Kenapa pasaran yang tengah turun disebut pasaran bearish? Apabila kita melihat beruang, secara automatik kita akan menjadi lebih berjaga-jaga. Seekor beruang akan menyerang dengan bergusti sehingga lawannya rebah ke tanah. Inilah yang berlaku apabila pasaran saham dikatakan bearish atau dibayangi beruang. Keyakinan kita untuk berpegang kepada saham yang selama ini bergerak dalam keadaan baik digoyah dengan kehadiran beruang. Akhirnya, pegangan itu dilepaskan ketika kita berasa paling takut.

3. Jerung

jerung di lautan

Kita seringkali melihat dari kaca TV bahawa jerung adalah sejenis ikan yang sangat berkuasa di lautan luas. Ianya ganas, berkuasa, laju, dan sangat licik. Begitulah jerung-jerung yang kita kenal dalam saham. Mereka adalah pelabur-pelabur besar yang boleh menjadikan sesebuah saham itu bergerak secara luar biasa. Namun, kehadiran jerung ini bukan senang disedari atau dikesan. Apabila kita tahu, harga saham pun telah bergerak. Anda boleh ke screener jerung dengan screener Jerung X dan Jerung Y. Jerung Z masih belum ada setakat ini.

4. Bilis

bilis di lautan

Ikan bilis adalah sejenis ikan-ikan kecil yang menghuni di lautan yang luas. Mulutnya kecil, hanya boleh makan sedikit demi sedikit. Itulah dia pelabur-pelabur runcit seperti kebanyakan kita ini. Modal tak besar, namun sentiasa melabur untuk keuntungan demi keuntungan.

5. Kanggaru

kanggaru zoo negara Gambar: Zoo Negara

Mungkin kita tak sedar selama ini bagaimana "kanggaru" dieja dalam bahasa melayu. Itulah dia ejaannya untuk haiwan kangaroo yang suka melompat-lompat. Apabila pasaran berada dalam keadaan bulllish dan bearish silang berganti, ia akan membentuk indeks yang naik turun. Sekejap di atas, sekejap turun semula ke lantai. Itulah dia yang dikatakan sebagai "kangaroo market" atau pasaran kanggaru.

6. Kucing

kucing baring dan terduduk

Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang yang comel macam di atas ni? Namun dalam dunia pasaran saham, istilah saham yang dirujuk mungkin tak sedap didengar lepas melihat gambar kucing yang comel di atas. Istilah ini ialah kucing mati melantun atau dead cat bounce. Ianya merujuk kepada sebuah pasaran yang sedang mengalami penurunan yang kuat, diikuti dengan kenaikan yang sementara. Begitulah kudrat seekor kucing di hujung hayatnya.

7. Turtle

turtle

Istilah kura-kura mungkin boleh bawa sebuah konotasi negatif yang menggambarkan ianya suatu yang perlahan. Namun dalam situasi pelaburan, anda mungkin pernah atau pertama kali mendengar istilah turtle trading system. Ianya sebenarnya tak begitu berkait dengan sifat kura-kura itu sendiri. Ianya mendapat nama dari idea pencipta sistem ini dalam menghasilkan pelabur secara cepat dan berkesan sebagaimana dia melihat kura-kura diternak. Anda boleh baca lebih lanjut tentang turtle trading system di tulisan yang lain, dan screener ini juga boleh didapati di iSaham.


< kembali ke laman blog utama