AGM

5-AUG-2019

Info Berguna Sebelum Anda Beli Saham Petron


FN    


Asal Usul Petron di Malaysia


Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd atau Petron adalah sebuah syarikat minyak yang tak asing lagi di Malaysia sejak kemasukan ke dalam pasaran Malaysia pada tahun 2012. Kemasukan ini adalah melalui pembelian 65% pegangan Esso Malaysia Berhad dan sebahagian anak syarikat ExxonMobil. Berasal dari negara Filipina, Petron merupakan syarikat minyak yang terbesar di negara tersebut dan pemain downstream ketiga terbesar di Malaysia.

Sekarang ni, kita boleh tengok lebih 640 pam Petron serata Malaysia. Kita juga boleh lihat gas memasak LPG Petron (dijenamakan Petron Gasul) yang juga dijual di stesen minyak Petron.

Petron gasul

Pasaran minyak tak menentu, keuntungan lebih rendah


Dah kenal secara luaran, kita kenal lebih dalam pula tentang syarikat Petron ni. Menurut laporan kewangan tahunan 2018, Petron mencatatkan revenue dari RM 10.3 bil kepada RM 12.0 bil dengan peningkatan sebanyak 16%. Walaupun volume jualan meningkat, keuntungan bersih dicatatkan pada RM 225 juta, iaitu berkurang sebanyak 44% berbanding RM 405 juta tahun sebelumnya.

Situasi ini dikaitkan dengan ketidaktentuan harga minyak disebabkan keadaan ekonomi global dan ketidakpastian geopolitik. Harga minyak pada umumnya adalah tinggi pada tahun 2018, namun semakin menurun menjelang hujung tahun dari USD 81 setong pada Oktober kepada USD 57 pada Disember 2018. Ringkasan selanjutnya untuk prestasi kewangan adalah seperti di bawah.

Petron financial summary

Berapa lama diperlukan untuk pemprosesan minyak?


Sesebuah fasiliti pemprosesan minyak akan mendapatkan sejumlah tong minyak dalam kuantiti yang mencukupi untuk penggunaan lebih daripada sebulan. Sebagai contoh, Petron boleh menapis sebanyak 88,000 tong sehari di fasiliti mereka di Port Dickson Refinery (PDR). Mereka akan memesan lebih dari 2.4 juta tong minyak mentah supaya stok pemprosesan mencukupi untuk tempoh masa lebih dari sebulan.


Produk Petron


Proses penapisan ini boleh menghasilkan produk petroleum yang termasuk gasolin, diesel, liquefied petroleum gas (LPG) dan bahan bakar untuk penerbangan.

Petrol dan diesel

Produk petrol dan diesel yang dijual di pam minyak Petron adalah seperti di bawah:

Jenis Jenama Spesifikasi
Petrol Blaze 100 Euro 4M
Petrol Blaze 97 Euro 4M
Petrol Blaze 95 Euro 2M
Diesel Turbo Diesel Euro 5
Diesel Turbo Max Euro 2M 

Terdapat lebih 640 cawangan dimiliki oleh Petron Malaysia Group yang merupakan pemain downstream ketiga terbesar di Malaysia. Setakat ini, spesifikasi tertinggi untuk minyak petrol keluaran mereka adalah Euro 4M, tak termasuk Blaze 95 yang masih menggunakan spesifikasi Euro 2M. Bahan bakar diesel pula sudah dijual dalam spesifikasi Euro 5 di cawangan pam terpilih, manakala yang tak terpilih pula akan menjual Euro 2M.

Petron facility
Gambar: Petron

Nota: Spesifikasi Euro adalah piawai tahap kebersihan pelepasan (emission) bahan bakar. Euro 2M mempunyai pelepasan sulfur pada paras 500 ppm (parts per million) manakala Euro 4M pada 50 ppm dan Euro 5 pada 10 ppm.

Produk lain

Selain bahan bakar kenderaan darat, Petron juga terlibat dalam jualan berikut:


Naik Taraf Fasiliti


Petron facility

Port Dickson Refinery

Petron memiliki Port Dickson Refinery (PDR) yang menjalankan proses penapisan dari minyak mentah kepada pelbagai produk. Fasiliti ini akan dinaik taraf dengan penambahan komponen Diesel Hydrotreater. Ia akan membolehkan penapisan minyak di PDR memenuhi spesifikasi diesel Euro 5 apabila beroperasi pada tahun 2020 nanti. Ini adalah sejajar dengan rancangan kerajaan untuk menguatkuasakan penggunaan Euro 5 dan juga untuk memenuhi permintaan pasaran.

Selain itu, Petron juga dalam proses penambahan pipeline sedia ada untuk menghubungkan marine terminal offshore dengan fasiliti PDR.

Port Dickson Terminal

Mesin pengisian LPG dipasang di PDT untuk memenuhi permintaan gas LPG yang semakin meningkat.

Petron LPG refiller

Bagan Luar Terminal

Terminal Bagan Luar adalah fasiliti penyimpanan dan pengedaran minyak yang terletak di Pulau Pinang. Kapasiti bekalan ditingkatkan dengan penambahan tangki sebesar 50,000 tong untuk memenuhi permintaan di kawasan utara.

KLIA Aviation Facility

Servis pengisian semula bahan bakar pesawat dipertingkat dengan penggunaan hybrid refueller.

Petron aviation

Melihat ke hadapan

Pengerusi Petron Malaysia, Ramon Ang menyatakan bahawa walaupun bersaing dengan pemain minyak yang lebih besar terutamanya China, mereka optimis dengan masa hadapan Petron. Melangkah ke hadapan, mereka akan terus perkasakan tenaga kerja mereka mengikut perancangan yang telah disusun.


< kembali ke laman blog utama