IPO ACO Group sudah dibuka untuk umum yang akan disenaraikan dalam pasaran ACE. Saham ini boleh dibeli dengan harga RM 0.28 seunit. Butiran tarikh IPO ini adalah seperti di bawah.
- Permohonan dibuka:
- 27 Feb 2020, 10.00 pagi
- Permohonan ditutup:
- 6 Mac 2020, 5.00 petang
- Cabutan saham:
- 11 Mac 2020
- Agihan saham:
- 17 Mac 2020
- Tarikh penyenaraian:
- 18 Mac 2020
Pengedar aksesori dan barangan elektrik
ACO Group telah beroperasi sejak tahun 1991 dan menjalankan operasi perniagaan dalam pengedaran aksesori dan barangan elektrik untuk perindustrian, penggunaan komersial dan juga perumahan. Pelanggan mereka terdiri daripada:
- Kontraktor elektrik
- Pengeluar barangan elektrik
- Pemilik kilang perniagaan
- Arkitek
- Pereka dalaman; dan
- Penyedia khidmat baik pulih dan selenggara peralatan dan mesin
Barangan yang dijual oleh ACO Group terdiri daripada jenama besar global seperti Schneider Electric, Siemens, ABB, Panasonic dan lain-lain.
Struktur syarikat ACO Group pula boleh dilihat seperti di bawah.
ACO Holdings berfungsi sebagai syarikat pemegang pelaburan manakala dibawahnya adalah operasi pengedaran aksesori dan barangan elektrik. Operasi ini dijalankan di Johor, Melaka dan sekitar Lembah Klang.
Maklumat Bisnes
- Market capitalization: RM 84.0 juta
- PE ratio: 11.34
- Operasi: Malaysia
- Ibu Pejabat - Johor
- Kedai Jualan - Melaka, Selangor, Johor
- Produk: Aksesori dan barangan elektrik
- Status syariah: Disahkan patuh syariah oleh SAC, Suruhanjaya Sekuriti
Prestasi Bisnes
Prestasi kewangan untuk ACO Group menunjukkan angka yang bagus. Pendapatan, keuntungan dan margin keuntungan masing-masing menunjukkan peningkatan setiap tahun bermula dari 2017. Pendapatan menunjukkan peningkatan sebanyak RM 10 juta secara kasar setiap tahun dari RM 114.5 juta pada tahun 2017 kepada RM 134.4 juta pada tahun 2019.
Keuntungan selepas cukai pula menunjukkan anjakan yang lebih tinggi pada tahun terbaru. Peningkatan ini dicatatkan sebanyak 48% dari RM 5.0 juta pada tahun 2018 kepada RM 7.4 juta pada tahun 2019.
Margin keuntungan syarikat juga adalah lebih baik iaitu dari RM 4.03 pada tahun 2018 meningkat kepada RM 5.52 pada tahun 2019.
Pendapatan ACO Group mengikut kumpulan barangan adalah seperti di bawah:
Segmen | RM (Juta) | Peratus (%) |
---|---|---|
Kabel, wayar dan aksesori | 54.32 | 40.43 |
Aksesori dan barangan elektrik | 34.49 | 25.67 |
Pengagihan elektrik, perlindungan dan peranti kawalan | 34.14 | 25.41 |
Lain-lain | 11.42 | 8.49 |
Dari Financial Ratio, ACO Group mencatatkan gearing ratio yang agak tinggi iaitu 0.73. Ini adalah tahap yang agak tinggi, namun basih belum kritikal.
Analisis Pasaran untuk ACO Group
Dalam Laporan Selidik Pasaran atau IMR, Vital Factor Consulting (VFC) mengelaskan aktiviti perniagaan ACO Group sebagai pengedaran aksesori dan barangan elektrik di Malaysia. Mereka beroperasi dengan membeli barangan dari pengeluar atau penjual lain, menjadikan barangan ini milik mereka, dan kemudian agihkan barangan ini ke mana-mana kedai jualan yang mereka miliki.
VFC juga mengenal pasti ACO Group sebagai pengedar full-line barangan perindustrian untuk aksesori dan barangan elektrik. Full-line di sini bermaksud barangan yang dijual merangkumi segmen barangan yang luas dengan jenama yang pelbagai. Segmen barangan elektrik yang dijual pula boleh dilihat seperti di bawah.
Dalam laporan penyelidikan, CAGR untuk segmen yang berkaitan dengan barangan jualan ACO Group pula adalah seperti di bawah. Jadual menunjukkan barangan industri mempunyai kadar pertumbuhan tahunan yang lebih cepat.
Segmen | YoY % | CAGR % |
---|---|---|
Kabel dan wayar | -3.6 | 0.4 (2015-2019) |
Agihan elektrik, perlindungan dan peranti kawalan | -5.8 | 16.5 (2015-2019) |
Peralatan pencahayaan | -20.4% | -0.6 (2015-2019) |
Industri pembinaan | 5.3% | 9.6 (2014 - 2018) |
Dalam pengelasan Bank Negara, ACO Group boleh dikelaskan ke dalam industri Pengedar Barang Jualan (Distributive Trade) yang mencatatkan sumbangan 14.7% daripada jumlah KDNK Malaysia. CAGR dari 2014 ke 2018 pula mencatatkan peningkatan sebanyak 9.9%. Sekiranya melihat dari industri Barang Jualan Borong (Wholesale Trade) pula, sumbangan KDNK industri adalah sebanyak 7.2% kepada ekonomi Malaysia. CAGR dari tahun 2014 ke 2018 pula mencatatkan peningkatan sebanyak 8.7%.
Dalam prospektus, pesaing yang menjalankan aktiviti yang sama, sama ada secara keseluruhan atau melalui anak syarikat mereka dikenal pasti seperti di bawah.
PE ratio untuk ACO Group pada 11.34 dianggap berpatutan. Menggunakan iSaham Portfolio, anda boleh lihat perbandingan antara PE Ratio dan Market Capitalization (dalam RM juta) untuk Pansar dan EITA yang dikenal pasti sebagai pesaing yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.
Penggunaan Dana IPO
ACO Group akan mengumpul dana sebanyak RM 16.24 juta. Dana ini akan dibahagikan seperti di bawah.
Segmen | RM (Juta) | Peratus (%) |
---|---|---|
Penapakan kedai jualan baru dan kedai konsep lampu | 4.2 | 25.86 |
Penapakan ibu pejabat baru dan pusat pengedaran | 2.50 | 15.39 |
Belian trak baru dan naik taraf sistem IT | 2.00 | 12.32 |
Modal kerja | 4.24 | 26.11 |
Perbelanjaan untuk IPO | 3.30 | 20.32 |
Jumlah | 16.24 | 100.00 |
Walaupun gearing ratio telah pun mencecah 0.50, tiada dana yang digunakan untuk bayaran semula pinjaman bank. Kebanyakan dana akan digunakan untuk perkembangan perniagaan dari segi pembukaan kedai baru, kedai konsep lampu, pusat pengedaran dan ibu pejabat baru. Selain itu, mereka juga merancang untuk membeli tiga buah lori muatan 16 tan dan juga naik taraf sistem IT.
Kesimpulan
Markah: 3/4
IPO ACO Group ini mendapat skor sebanyak 3/4. Syarikat ini mempunyai tahap hutang yang agak tinggi. Namun, tiada sebarang dana pun digunakan untuk bayaran semula pinjaman hutang ini. Semuanya perancangan dana telah diperuntukkan untuk perkembangan perniagaan. Prestasi kewangan ACO Group menunjukkan perkembangan yang sihat dan secara keseluruhannya, IPO ini kelihatan positif.
Cara Membeli
IPO ACO Group Berhad ni boleh dibeli melalui bank. Sekiranya anda menggunakan Maybank atau CIMB, anda boleh gunakan link yang disediakan ini.
Tutorial video membeli IPO dengan Maybank