Pada 24 September baru-baru ni, kita diumumkan dengan IPO baru iaitu AME Elite Consortium Berhad. Ini adalah IPO ke 12 dalam tahun 2019 dan bakal menjadi IPO ke-4 tahun ni yang tersenarai dalam pasaran utama (main market) bursa selepas LHI, HPMT dan UWC. Setakat ini, harga IPO diumumkan pada RM 1.30 sesaham, dan tarikh IPO adalah seperti di bawah.
- Permohonan dibuka:
- 24 September 2019, 10.00 pagi
- Permohonan ditutup:
- 30 September 2019, 5.00 petang
- Cabutan saham:
- 2 Oktober 2019
- Agihan saham:
- 10 Oktober 2019
- Tentatif penyenaraian:
- 14 Oktober 2019
Syarikat berteraskan pembinaan perindustrian skala besar
AME Elite Consortium Berhad (AME) adalah syarikat pembinaan dan hartanah dengan kepakaran utama dalam bidang pembinaan kilang besar dan juga reka-dan-bina kawasan perindustrian. Aktiviti ini disokong oleh bahagian khidmat kejuruteraan dan pelaburan dan khidmat pengurusan hartanah di Malaysia. Syarikat ini bermula pada tahun 1995 dengan fokus utama dalam pengubah suaian kilang industri. Sejak tahun 2011, syarikat ini mampu membangunkan kawasan industri dengan bangunan yang berkualiti tinggi.
Aktiviti utama kumpulan syarikat ini dijalankan bersama ahli kumpulan syarikat dalam bidang tersebut:
- Pembinaan kilang pembuatan berskala besar dan hartanah perindustrian (68.93%)
- Pembangunan kawasan industri dan jualan atau sewaan unit kilang perindustrian (12.73%)
- Menyampaikan kerja-kerja kejuruteraan dan perkhidmatan yang termasuk kejuruteraan besi, konkrit sedia-bancuh (precast concrete) dan khidmat kejuruteraan M&E (12.00%)
- Pelaburan dan sewaan hartanah dan pengurusan tempat tinggal pekerja (6.34%)
(Peratusan berdasarkan sumbangan kepada pendapatan untuk tahun kewangan 31 Mac 2019)
Ringkasan bisnes
Ringkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:
- Market capitalization pada RM 555.2 juta
- PE ratio pada 11.73
- Beroperasi di Senai, Johor
- Menjalankan pembinaan dan kejuruteraan untuk bangunan perindustrian dan juga pelaburan dan sewaan hartanah untuk residensi pekerja
- Geografi pendapatan berdasarkan laporan kewangan terkini
- Malaysia - RM326.6 juta (96.33%)
- Singapura - RM11.9 juta (3.50%)
- Australia - RM0.6 juta (0.17%)
- Syarikat disahkan patuh syariah dalam prospectus
Prestasi Bisnes
AME telah menghantar empat tahun laporan kewangan sehingga terkini Mac 2019. Melihat secara kasar, pendapatan menunjukkan peningkatan dari tahun 2016 sehingga 2018, dan mendatar pada tahun 2019. Keuntungan terkini juga dicatatkan pada angka yang lebih kecil iaitu RM 50.99 juta berbanding tahun sebelumnya RM 78.22 juta, bersamaan dengan 34.8% pengurangan. Sekiranya mengira dari segi margin keuntungan, peratusan pada tahun 2018 adalah lebih besar iaitu 22.92% berbanding 2019 pada 15.04%.
Analisis pasaran
Segmen ini ditulis berdasarkan laporan industri oleh Smith Zander dalam prospektus. Laporan tersebut menjangka pertumbuhan CAGR dari 2019 - 2020 dalam industri yang diceburi AME Elite Consortium Berhad seperti berikut:
- Pembinaan perindustrian - 1.16%
- Konkrit sedia bancuh - 14.58%
- Kejuruteraan besi - 2.78%
- Khidmat M&E - 17.70%
AME terlibat dalam bisnes pembinaan bangunan perindustrian. Sebagai sebuah syarikat pembinaan, pelaburan asing yang tinggi akan memberikan peluang yang lebih baik untuk mendapatkan projek pembinaan. Johor pula adalah lokasi yang panas sebagai pilihan pelaburan di Malaysia, di mana 34.92% pelaburan asing seluruh Malaysia telah disalurkan ke negeri ini pada tahun 2018.
Potensi keuntungan untuk sektor pembinaan akan menjadi baik dengan masuknya pelaburan yang lebih banyak ke dalam negara. Sektor pengeluaran yang merupakan penyumbang kedua terbesar untuk GDP Malaysia mencatatkan peningkatan pelaburan sebanyak RM87.38 bil pada tahun 2018. Sebanyak 66.4% daripada angka ini datang daripada pelaburan asing yang menunjukkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia berada di tahap yang baik.
Pesaing bisnes
Aktiviti utama AME adalah pembinaan perindustrian yang melibatkan kilang pengeluaran berskala besar. PE ratio dianggarkan pada 11.73 yang nilainya lebih tinggi berbanding saham-saham pesaing bisnes di bawah berdasarkan laporan industri tadi. Namun harus diingat bahawa AME adalah syarikat pembinaan yang tertumpu kepada projek pembinaan perindustrian berbanding dengan pesaing yang terlibat dalam pembinaan perindustrian sebagai salah satu bisnes mereka. Nilai market capitalization yang jauh berbeza tidak menjadikan perbandingan ini suatu yang padan, namun ia disebut dalam laporan supaya kita boleh menilai dengan sendiri.
Penggunaan Dana IPO
AME akan mengumpul dana sejumlah RM 111.1 juta daripada IPO ini. Pembahagian dana ini adalah seperti berikut:
- Tanah dan usahasama untuk projek akan datang 62.2%
- Modal kerja 20.7%
- Pembesaran kapasiti pengeluaran konkrit sedia 8.1%
- Perbelanjaan untuk IPO 9.0%
Hampir keseluruhan dana IPO akan digunakan untuk membiayai aktiviti bisnes. Ini adalah sesuatu yang positif bagi IPO ini. Dari segi kegunaan dana pula, mereka merancang untuk membangunkan kawasan perindustrian di negeri lain di Semenanjung Malaysia. Namun setakat ini, AME belum mempunyai projek yang khusus untuk projek akan datang. Di dalam prospektus, AME menyatakan sekiranya dana pembangunan ini tidak diperlukan dengan segera, mereka akan letakkan dana tersebut dalam instrumen pelaburan kewangan dengan matlamat untuk menjana keuntungan. Sekiranya terdapat perancangan di atas tadi yang tak dapat dijalankan, baki dana ini akan dimasukkan dalam modal kerja.
Cara Membeli
IPO AME Elite Consortium Berhad ni boleh dibeli melalui bank. Sekiranya anda menggunakan Maybank atau CIMB, anda boleh gunakan link yang disediakan ini.
Tutorial video membeli IPO dengan Maybank