IPO

03-DEC-2024

IPO CARLORINO: Pengeluar Produk Fesyen Wanita


AA    


 

Butiran IPO

 

 

Carlo Rino Group Berhad akan dipindahkan dari Leap Market ke pasaran ACE Bursa Malaysia pada 18 Disember 2024. Berdasarkan prospektus syarikat, melalui penyenaraian ini, sebanyak 171.87 juta saham baharu akan diterbitkan dan 87.98 juta saham sedia yang ada akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebanyak 48.88 juta saham akan dibahagikan kepada umum dan 87.98 juta saham akan diagihkan kepada pelabur terpilih melalui tawaran persendirian. Selain itu, sejumlah 122.19 juta saham dikhususkan untuk pelabur Bumiputera melalui tawaran MITI. Baki sebanyak 0.8 juta akan dikhususkan untuk pengarah dan pekerja syarikat Carlo Rino yang layak. Securities Commision turut mengesahkan syarikat ini berstatus patuh Syariah dan syarikat ini ditawarkan pada harga RM0.27 seunit. 

 

Latar Belakang Syarikat

 

Carlo Rino Group Berhad ditubuhkan pada tahun 2004.  Syarikat ini telah mencipta nama dalam industri runcit fesyen, khususnya dalam mereka bentuk dan pengeluaran beg tangan, kasut serta aksesori khususnya untuk wanita. Pada tahun 2018, syarikat ini telah disenaraikan di pasaran Leap Market Bursa Malaysia.

Berdasarkan prospektus, produk yang dihasilkan menumpukan kepada golongan belia berumur 18 hingga 25 tahun dan berpendapatan sederhana. Setakat ini, Carlo Rino mempunyai 40 cawangan seperti berikut.

 

Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:

 

 

Prestasi Kewangan 

 

 

Laporan kewangan yang dikeluarkan dalam prospektus syarikat menunjukkan Carlo Rino menunjukkan peningkatan pendapatan dari RM76 juta pada FYE2021 ke RM113 juta pada FYE2023 sebelum jatuh ke RM104 juta pada FYE2024.  Kejatuhan ini disebabkan oleh kejatuhan jualan oleh butik dan department store yang disebabkan oleh beberapa perkara termasuk peningkatan kos harian konsumer dan penutupan beberapa butik selama 1 bulan untuk pengubahsuaian. 

Margin keuntungan bersih syarikat pula dilihat meningkat mendadak dari 5.21% (FYE2021) ke 21% (FYE2022 & FYE2023) sebelum turun sedikit ke 18% (FYE2024). Ia dinilai masih bagus kerana masih diatas 10%.

Untuk perbandingan aset dan liabiliti pula, Carlo Rino dilihat mempunyai jumlah aset yang cukup besar dengan jumlah aset berada pada RM150 juta manakala jumlah aset hanya RM38.4 juta. Salah satu faktor disebabkan oleh Carlo Rino mempunyai pegangan wang tunai yang agak besar iaitu hampir RM47 juta pada FYE2024.

Pecahan pendapatan berdasarkan produk syarikat adalah seperti berikut:

 

Penggunaan Dana

 

Berdasarkan prospektus syarikat, melalui penyenaraian ini Carlo Rino dijangka menerima dana sebanyak RM46.40 juta yang akan digunakan untuk perkara berikut: 

 

1. RM 15 juta/32.32% - Membangunkan butik flagship baharu

Pecahan dana terbesar bagi penyenaraian ini adalah bagi pembinaan sebuah butik flagship. Untuk pembinaan butik ini, ia dijangka akan menggunakan bangunan dengan ketinggian 8 tingkat dengan luas keseluruhan 19,000 kaki persegi. Untuk setakat ini, bangunan yang akan digunakan masih dalam proses pemilihan dan dijangka akan dibangunkan di ibu negara Kuala Lumpur. 

 

2. RM 10.204 juta/21.99%- Pembelian inventori

Bagi menamping permintaan dari pelanggan, Carlo Rino bercadang untuk membeli inventori yang diperlukan yang kebanyakannya merupakan produk wanita seperti tangan, kasut dan juga aksesori yang telah siap. 

 

3. RM 10 juta/21.55% - Membayar kos sewaan butik

Untuk setakat ini, Carlo Rino menyewa sebanyak 40 butik yang menelan kos keseluruhan RM760 ribu sebulan. Untuk itu, dana sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi membayar kos sewaan ini.

 

4. RM 3.5 juta/7.54% - Pengubahsuaian butik dan kaunter di gedung membeli-belah.

Pengubahsuaian ini melibatkan pembelian dan pemasangan beberapa kelengkapan baru seperti lampu dan lantai, interior design dan display.

 

5. RM3.0 juta/6.47%- A&P kos

Untuk meningkatkan kesedaran konsumer terhadap jenama Carlo Rino, syarikat bercadang untuk melakukan promosi dan iklan seperti melalui papan iklan, pemasaran digital dan juga media sosial.

 

6. RM500 ribu/1.08%- Penyelenggaraan infrastruktur IT

Carlo Rino turut bercadang untuk menaik taraf sistem web sedia ada salah satunya mengintergasikan dengan sistem CRM. Caj ini termasuk bayaran langganan sistem awan dan perkakasan/aplikasi yang digunakan.

 

7. RM4.2 juta/9.05% - Kos penyenaraian

 

Industri & Bisnes

 

Sebagai sebuah syarikat yang mereka bentuk, mengedar dan menjual beg tangan, kasut dan juga aksesori untuk kaum wanita, Carlo Rino diletakkan di bawah industri fesyen.

 

 

Prestasi Industri

 

 

Berdasarkan laporan IMR, prestasi industri yang dimainkan oleh Carlo Rino iaitu inudstri fesyen menunjukkan peningkatan nilai dari sekitar RM22 bilion pada tahun 2019 kepada RM26 bilion pada 2023. Nilai sub-industri iaitu aksesori berkembang pada kadar CAGR 3.9%, manakala kasut wanita berkembang 6.3% dan beg tangan berkembang 4.1% (2019-2023).

 

Antara pemain-pemain dalam industri ini adalah seperti  berikut:

 

x

Perbincangan

Sebagai rumusan, Carlo Rino merupakan sebuah pemain dalam industri fesyen dengan fokus kepada mereka bentuk, mengedar dan menjual beg tangan, kasut dan aksesori untuk kaum wanita. Bagi perpindahan dari Leap market ke Ace market ini, Carlo Rino menumpukan menggunakan dana untuk membangunkan butik flagship baharu dan dalam rancangan sekurang-kurangnya berkeluasan 19000 kaki persegi dan dengan berketinggian 8 tingkat. Dari segi kewangan, walaupun terdapat sedikit kejatuhan untuk pendapatan syarikat pada FYE2024, prestasi kewangan Carlo Rino masih dianggap stabil dengan jumlah aset yang lebih besar berbanding liabiliti.  

 


< kembali ke laman blog utama