e
Butiran IPO
CBH Engineering Holding Berhad akan disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 16 Januari 2025. Berdasarkan prospektus syarikat, melalui penyenaraian ini, sebanyak 298 juta saham baharu akan diterbitkan dan 188.09 juta saham sedia yang ada akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebanyak 94.05 juta saham akan diagihkan kepada umum. Sebanyak 235.11 juta saham akan dikhususkan untuk pelabur Bumiputera melalui tawaran MITI dan 128/.518 juta saham pula untuk pelabur terpilih melalui tawaran persendirian. Baki sebanyak 28.415 juta saham akan dikhususkan untuk pengarah dan pekerja syarikat CBH yang layak. Securities Commision turut mengesahkan syarikat ini berstatus patuh Syariah dan syarikat ini ditawarkan pada harga RM0.28 seunit.
Latar Belakang Syarikat
CBH Engineering Holding Berhad, yang ditubuhkan pada 16 Ogos 1990, merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam kejuruteraan elektrik, mekanikal, awam dan struktur. Pada awalnya, CBH menumpukan pada penyelesaian Kejuruteraan Elektrik tetapi telah berkembang untuk menawarkan penyelesaian integrasi di pelbagai cabang kejuruteraan seperti pemasangan dan reka bentuk sistem elektrik high voltage (HV), sistem mekanikal ventilasi penyaman udara, sistem tenaga diperbaharui dan lain-lain.
Model perniagaan syarikat CBH adalah seperti berikut:
Prestasi Kewangan
Berdasarkan prospektus syarikat, prestasi kewangan CBH dilihat stabil dan mampu membuat kenaikan untuk pendapatan dari tahun 2021 hingga 2023. Peningkatan drastik dapat dilihat iaitu dari RM67.57 juta pada FYE2021 kepada RM180,12 juta pda FYE2022, peningkatan sebanyak 166.53% disebabkan oleh kenaikan mendadak untuk segmen utamanya iaitu M&E. Untuk rekod, antara projek yang menyumbang kepada segmen ini ialah projek pusat data di Sedenak Tech Park dan beberapa projek pusat data lain seperti di Putrajaya.
Margin keuntungan bersih syarikat juga dinilai semakin baik dengan peratusannya melonjak dari hanya 5.3 % pada FYE2021 kepada 17.20% pada FPE2024. Bagi perbandingan aset vs liabiliti, CBH turut mempunyai aset yang lebih besar berbanding liabiliti. Berdasarkan FPE2024, jumlah aset berada pada RM134,667 juta berbanding liabiliti hanya RM46,580. Sebagai tambahan, dengan harga yang ditawarkan pada 28 seunit, P/E ratio syarikat CBH turut dinilai lebih rendah berbanding P/E sektor dan juga peers yang lain. Berdasarkan data iSaham, P/E hybrid CBH ialah 10.23 berbanding median P/E industri 19.15 dan median P/E peers 19.5.
Penggunaan Dana
Berdasarkan prospektus syarikat, dengan penyenaraian ini, CBH dijangka menerima sebanyak RM83.44 juta yang akan digunakan untuk beberapa perkara:
1. RM38.504 juta/46.15%- Membeli peralatan dan komponen untuk projek kejuruteraan M&E
CBH bercadang untuk membeli peralatan dan juga komponen untuk projek masa depan. Kos ini termasuk pembayaran kepada pembekal seperti kabel kuasa, transformer, generator, switchgear dan peralatan HV.
2. RM18.48 juta/22.15%- Membayar sub-kontraktor
Sebahagian dana juga diperuntukkan untuk membayar sub-kontraktor yang akan membantu dalam menyelesaikan beberapa aspek khusus seperti kejuruteraan M&E, sivil, dan struktur untuk projek di masa akan datang.
3. RM17.3 juta/20.73%- Bank Guarantees
Beberapa projek memerlukan CBH untuk menyediakan performance bonds untuk projek kejuruteraan M&E tertentu dengan julat antara 5 hingga 10 peratus dari nilai keseluruhan projek tersebut. Selain itu, projek CBH turut melibatkan terbitan letter of credit (LC). Bagi menerbitkan kedua-dua ini, CBH perlu meletakkan sejumlah jaminan atau cagaran yang dijangka akan menggunakan 20.73% dari dana penyenaraian.
4. RM3.46 juta/4.145- Merekrut pekerja
Bagi mengembangkan operasi, CBH bercadang untuk menambah sebanyak 13 kakitangan baharu merangkumo 6 pengurus projek, 5 supervisor, 1 executive akaun dan 1 HR/Admin executive.
5. RM5.7 juta/6.83%- Membayar kos pembayaran
Industri & Bisnes
Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan servis kejuruteraan elektrik dengan kemahiran dalam pembekalan sistem pengedaran elektrik, CBH terlibat dalam industri Mechanical and Engineering (M&E).
Prestasi Industri
Berdasarkan laporan IMR yang dikeluarkan oleh Providence, prestasi industri kejuruteraan M&E di Malaysia menunjukkan peningkatan dari tahun 2019 hingga 2023. Nilai industri ini meningkat dari RM3.9 bilion (2019) kepada RM7.3 bilion (2023) dengan pertumbuhan CAGR 19.7%. Pertumbuhan industri kediaman dan juga bangunan komersial/industri memainkan peranan penting dalam menyokong industri ini. Berdasarkan data yang dikeluarkan DOSM, industri kediaman dan juga bangunan komersial meningkat dari RM113.2 bilion kepada RM163.1 bilion. Di samping itu, industri-industri lain seperti semikonduktor,elektronik, telekomunikasi, dan pusat data turut menjadi penyumbang kepada servis yang ditawarkan industri.
Antara pemain-pemain dalam industri M&E adalah seperti berikut:
Rumusan
Sebagai rumusan, CBH Engineering Holding Berhad merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrik dengan kepakaran dalam pembekalan sistem elektrik di substation, sistem ACMV dan lain-lain. Kewangan semasa syarikat menunjukkan prestasi yang stabil dengan berjaya meningkatkan pendapatan dan juga keuntungan bersih. Dari segi penggunaan dana, majoriti dana akan digunakan untuk membeli peralatan dan juga komponen yang diperlukan untuk projek akan datang syarikat dengan sebanyak 46.15% diperuntukkan.