Butiran IPO
Colform Group Berhad akan disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 10 Februari 2025. Berdasarkan prospektus syarikat, melalui penyenaraian ini, sebanyak 114.42 juta juta saham baharu akan diterbitkan dan 54 juta saham sedia yang ada akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebanyak 30 juta saham akan diagihkan kepada umum dan sebanyak 75 juta saham akan dikhususkan untuk pelabur Bumiputera melalui tawaran MITI. 57.424 juta saham pula untuk pelabur terpilih melalui tawaran persendirian. Baki sebanyak 6 juta saham akan dikhususkan untuk pengarah dan pekerja syarikat Colform yang layak. Securities Commision turut mengesahkan syarikat ini berstatus patuh Syariah dan syarikat ini ditawarkan pada harga RM0.36 seunit.
Latar Belakang Syarikat
Telah beroperasi sejak tahun 2003, Colform merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan dan melalui anak syarikat terlibat dalam pembuatan, pemprosesan dan perdagangan produk keluli bahan binaan. Dengan fokus operasi di Sabah dan Sarawak, produk utama syarikat ini ialah struktur seperti sistem lbs, atap, kekuda bumbung, zink dan lain-lain.
Prestasi Kewangan
Berdasarkan prospektus syarikat, prestasi kewangan Colform Group menunjukkan turun naik yang agak ketara dengan penurunan dicatatkan daripada RM85.46 juta pada FYE2021 kepada RM62.64 juta untuk FYE2022. Ini disebabkan oleh penjualan produk keluli yang lebih rendah. Namun revenue syarikat Colform naik semula ke paras RM92.53 juta didorong oleh pemulihan permintaan pasca-pandemik dan juga peningkatan order dari client utama syarikat Superscape Sdn Bhd.
Keuntungan syarikat turut mencerminkan trend yang sama, menurun daripada RM17.53 juta pada FYE2021 kepada RM7.58 juta dan kembali meningkat RM12.74 juta. Walaupun dengan turun naik tersebut, margin keuntungan bersih syarikat masih kekal di atas 10% dan terkini untuk FPE2024 berada pada paras yang agak baik pada 18.34%.
Untuk perbandingan aset dan juga liabiliti, jumlah aset syarikat masih kukuh iaitu pada RM 105.09 juta dan liabiliti hanya RM26.87 juta untuk FYE2023.
Penggunaan Dana
1. RM9.0 juta/21.84%- Menubuhkan colour coil coating production line
Colform bercadang untuk menyediakan sebuah production line baru di Kilang Kota Kinabalu yang dijangka akan melibatkan pembelian mesin.
Dengan memperkenalkan production line baharu ini, akan mengurangkan kebergantungan untuk mendapatkan colour coated coils dari supplier syarikat.
2. RM4.5 juta/10.93%- Pembinaan Fasiliti Penyimpanan
Sebanyak RM4.5 juta akan digunakan untuk membina ruangan penyimpanan baharu di Kilang Kota Kinabalu yang dijangka berkeluasan 40,000 kaki persegi.
3. RM5.1 juta/12.38%- Mengembangkan perniagaan ke Semenanjung Malaysia.
Colform juga merancang untuk meluaskan bisnes sedia ada dengan membuka sebuah pejabat cawangan & menyewa sebuah kilang sekitar Lembah Klang. Selain kos sewa, ia akan melibatkan penggajian sebanyak 15 pekerja baharu, kos renovasi dan lain-lain. Kilang baharu ini akan digunakan untuk pembuatan bahan keluli downstream seperti kepingan atap, purlin dan rangka IBS.
4. RM18.093 juta/43.92% - Dana Kerja
Pecahan terbesar dana dari penyenaraian ini adalah untuk dana kerja. Colform bercadang menggunakan RM18.093 juta untuk membeli bahan-bahan mentah seperti steel coils & roofing coils.
5. RM4.5 juta/10.93%- Kos Penyenaraian
Industri & Bisnes
Sebagai syarikat yang terlibat dalam pembuatan produk berasaskan keluli seperti atap, kekuda bumbung dan struktur IBS, Colform merupakan salah satu pemain dalam industri keluli dengan aktivitinya tertumpu ke arah segmen downstream.
Prestasi Industri
Berdasarkan laporan IMR yang dikeluarkan oleh Smith Zander, prestasi industri besi di Sabah & Sarawak menunjukkan prestasi penggunaan produk besi agak mendatar selepas menurun pada tahun 2020. Untuk rekod terkini, penggunaan produk besi di Sabah & Sarawak berada pada 980 ribu metrik tan. Manakala bagi saiz industri untuk indutri keluli downstream, merekodkan peningkatan yang agak ketara selepas 2020 didorong oleh pemulihan selepas pandemik. Data terkini, nilai jualan industri ini di Sabah dan Sarawak mencapai RM749 juta pada tahun 2023.
Antara pemain-pemain di bawah industri ini adalah seperti berikut:
Perbincangan
Sebagai rumusan, Colform Group Berhad merupakan sebuah syarikat pembuatan produk keluli dengan produk utamanya seperti zink atap, kekuda bumbung, struktur IBS, penghadang jalan dan lain-lain. Dari segi kewangan, prestasi Colform dilihat agak tidak stabil. Pendapatan syarikat menurun sekitar RM23 juta pada tahun 2022 sebelum meningkat semula sebanyak RM30 juta untuk 2023. Namun, Colform masih mampu untuk mengekalkan margin keuntungan syarikat di atas 10% untuk tahun kewangan yang dipaparkan. Dari sudut penggunaan dana, majoriti dana akan digunakan untuk dana kerja iaitu pembelian bahan mentah.