IPO

19-SEP-2024

IPO Crest: Penyedia Penyelesaian Pengimejan


AA    


 

Butiran IPO Crest

 

 

Syarikat Crest Group Berhad akan disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 9 Oktober 2024. Berdasarkan draf prospektus, syarikat ini akan menerbitkan sebanyak 130 juta saham baharu dan 103 juta saham sedia ada yang akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebanyak 43.28 juta saham akan diagihkan kepada orang umum manakala sebanyak 108.20 juta saham akan dikhususkan untuk pelabur Bumiputera melalui tawaran MITI. Selain itu, 70.13 juta saham akan dikhususukan untuk pelabur terpilih melalui tawaran persendirian dan baki sebanyak 12.98 juta saham akan diagihkan kepada pengarah dan pekerja yang layak. Securities Commision turut mengeluarkan status patuh Syariah bagi syarikat ini. IPO ini ditawarkan pada harga RM0.35 seunit dan akan ditutup pada 25 September 2024.

 

Latar Belakang Syarikat

 

Crest group Berhad adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan anak-anak syarikatnya terlibat dalam penyelesaian pengimejan, analisis dan ujian yang digunakan terutamanya untuk pemeriksaan kualiti, analisis sampel dan R&D. Servis Crest digunakan dalam pelbagai industri termasuk semikonduktor, E&E, akademik, automotif, minyak dan gas, penerbangan, sains hayat dan penjagaan kesihatan. Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:

 

Servis utama Crest iaitu penyelesaian pemgimejan merangkumi kepada beberapa perkara iaitu:

1. Khidmat rundingan sebelum jualaan.

2. Penjualan dan penyesuaian peralatan. Contoh peralatan adalah seperti berikut:

3. Pemasangan & commisioning

4. Latihan

Manakala untuk servis selepas jualan termasuk khidmat sokongan dan penyelenggaraan dan penjualan alat ganti.

 

Prestasi Kewangan

Berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan dalam prospectus syarikat, prestasi kewangan Crest adalah agak baik dan stabil yang mana peningkatan pendapatan dicatatkan dari FYE2020 hingga FYE2023. Segmen penyelesaian pengimejan merupakan penyumbang terbesar kepada syarikat dengan sejak FYE2022 menyumbang lebih 80%. Pelanggan Malaysia masih menjadi penyumbang utama kepada syarikat, diikuti oleh PRC, Thailand dan Singapore. Walaubagaimanapun, apabila dibandingkan FPE2023 dan FPE2024, terdapat sedikit kejatuhan dari pendapatan syarikat iaitu sebanyak RM 300 ribu disebabkan kejatuhan jualan untuk segmen utama syarikat ini disamping penurunan hasil dari pelanggan Thailand dan Singapore. Secara keseluruhan, prestasi kewangan syarikat adalah stabil yang mana tiada penurunan atau peningkatan yang drastik dicatatkan. Sebagai contoh, walaupun terdapat sedikit penurunan untuk FYE2021 ke 2022, ianya tidaklah terlalu ketara dan masih dianggap baik.

 

Penggunaan Dana

 

Melalui IPO ini, Crest dijangka akan memperoleh dana sebanyak RM45.75 juta yang akan digunakan untunk beberapa perkara. Sebanyak 34.45% dari dana akan digunakan untuk menyediakan sebuah ibu pejabat yang baharu di Selangor. Untuk tempoh sekarang, Crest masih menyewa 3 unit premis. Dengan penyediaan "centralised" HQ terbaharu ini akan memberikan kemudahan kepada syarikat untuk beroperasi di samping akan menyediakan sebuah ruang demostrasi bagi tujuan pemasaran. Lokasi dan saiz HQ yang dicadangkan masih belum diputuskan setakat ini. 

Crest turut bercadang untuk menggunakan 31.73% atau 14.52 juta untuk tujuan mengembangkan lagi perniagaan. Untuk itu, Crest bercadang untuk mula beroperasi di Vietnam dan menambah staf di Thailand dan China di samping pembelian dan sewaan kelengkapan pejabat.

Selain itu, pembelian peralatan untuk demostrasi turut diperuntukkan iaitu sebanyak RM5.87 juta atau 12.83%. Alat tersebut ialah 3 unit X-Ray imaging dan 1 unit automatd stainer, 1 unit automated cover slipper dan 1 unit histological processing sistem yang akan diagihkan di pejabat di Malaysia, PRC dan Thailand. Di samping itu sebanyak 6.00 juta atau 13.12% akan dikhususkan untuk pembayaran kos penyenaraian dan sebanyak 3.6 juta akan digunakan untuk menambah staff untuk servis sokongan teknikal dan penyelenggaraan.

 

 

Analisis Bisnes & Industri

Crest terlibat dalam menyediakan penyelesaian pengimejan, analisis dan juga pengujian termasuk servis selepas jualan. Servis yang ditawarkan oleh Crest digunakan dalam beberapa industri antaranya, semokonduktor, eletrik &elektronik, automotive, kesihatan, minyak dan gas, dan juga akademik.

 

Prestasi Industri

 

Berdasarkan laporan IMR yang dikeluarkan oleh Smith Zander, prestasi segmen imaging, analysis & testing industry menunjukkan peningkatan saiz untuk tahun 2020 hingga 2023.Segmen peralatan pengujian dan pengukuran merupakan penyumbang terbesar untuk industri ini. Kemajuan industri teknologi menyokong pertumbuhan industri ini disamping sokongan kerajaan untuk memajukan sekroe E&E dan semikonduktor khususnya Malaysia sebagai pemain besar dalam testing industry. Di bawah segmen ini, peralatan yang digunakn turut menunjukkan perkembangan CAGR dari 2019 hingga 2023 dengan pertumbuhan secara purata ialah 8.37%.

 

Dalam industri ini, Crest bukanlah pemain tunggal dalam industri ini. Crest mempunyai beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang hampir sama. Yang paling hampir ialah syarikat yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia iaitu QES Group Berhad. Perbandingan prestasi syarikat adalah seperti berikut: 

 

 

Perbincangan

Sebagai rumusan, Crest Group Berhad merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam aktiviti penyelesaian pengimejan, analisis dan pengujian dengan fokus tertumpu kepada pre-sale consultation, penjualan dan penyesuaian peralatan khusus, pemasangan & commisioning dan latihan di samping servis selepas jualan. Peralatan dan servis yang dipasarkan oleh Crest banyak digunakan dalam industri sepperti semikonduktor, E&E, automotif, kesihatan, akademik dan lain lain. Dari segi prestasi kewangan, boleh dikatakan kewangan syarikat Crest adalah stabil dengan peningkatan pendapatan dicatatkan syarikat dari FYE2019 hingga FYE2023. Untuk penggunaan dana pula, Crest menfokuskan untuk menyediakan sebuah HQ baharu dan juga mengembangkan perniagaan di Vietnam, Thailand dan China di samping menambah bilangan kakitangan syarikat. Dengan keterlibatannya dalam industri semikonduktor dan E&E yang dianggap agak kuat, ia dijangka dapat menjadi pemangkin untuk Crest terus berkembang. 


< kembali ke laman blog utama