Butiran IPO
Cropmate Berhad akan disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 5 Disember 2024. Prospektus menyebut melalui penyenaraian ini, sebanyak 210 juta saham baharu akan diterbitkan dan 50 juta saham sedia ada akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebanyak 36.90 juta saham akan dibahagikan kepada umum dan sebanyak 92.25 juta saham akan dikhususkan kepada pelabur Bumiputera melalui tawaran MITI. 116.09 juta saham turut akan diagihkan kepada pelabur terpilih melalui tawaran persendirian. Baki sebanyak 14.76 juta akan dikhususkan untuk pangarah dan pekerja syarikat CRPMATE yang layak. Securities Commision turut mengesahkan syarikat ini berstatus patuh Syariah dan syarikat ini ditawarkan pada harga RM0.20 seunit.
Latar Belakang Syarikat
Cropmate bermula pada tahun 2018 apabila 2 beradik iaitu Lee Cheng Seng dan Lee Cheng Fei. Sejak awal, syarikat ini bermula dengan perniagaan baja untuk sektor perladangan khususnya ladang kelapa sawit dan durian. Majoriti operasi dan jualan adalah untuk pasaran Malaysia dan antara negara yang di eksport ialah Kemboja dan Sri Lanka.
Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut.
Prestasi Kewangan
Berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan dalam prospektus syarikat, nilai pendapatan syarikat Cropmate meningkat dari RM108 juta pada FYE2021 kepada RM 151 juta pada FYE2023. Walaubagaimanapun, revenue Cropmate turun pada FYE2022 ke FYE2023 disebabkan oleh kejatuhan harga purata jualan yang di samping kejatuhan volume jualan. Kejatuhan harga purata ini disebabkan oleh kejatuhan bahan asas baja. Pendapatan terkini FPE2024 turut dinilai lebih rendah berbanding FPE2023 disebabkan oleh nilai pertukaran matawang USD yang yang lebih tinggi. Dari segi margin keuntungan, purata margin bersih Cropmate berada sekitar 7% dan untuk FPE2024 meningkat pada 8.3%. Dari segi gearing ratio dan current ratio, prestasi kedua-dua ratio untuk syarikat ini semakin baik. Net gearing ratio menurun kepada 0.5 menandakan pembiayaan operasi lebih stabil dengan menggunakan ekuiti syarikat berbanding hutang, Manakala current ratio meningkat ke 2.9 menunjukkan kemampuan syarikat untuk membiayai short term obligations.
Penggunaan Dana
Melalui penyenaraian ini, Cropmate dijangka menerima sebanyak RM42 juta dana yang akan diagihkan untuk beberapa perkara:
Sebanyak 40.8% dana akan digunakan untuk dana kerja bagi pembelian bahan asas untuk pembuatan baja. Selain itu, sebanyak 39.8% dari dana atau 16,695 juta akan digunakan untuk membiayai pembelian kilang di lot 8949 dan kilang lot 8950 yang sudah dimenterai pada tahun lalu. Seterusnya, sebanyak RM3.17 juta atau 7.5% dana akan digunakan untuk capital expenditure dengan Cropmate bercadang untuk membeli beberapa kenderaan baru dan juga menyediakan maklmal untuk R&D dan pengujian. Baki dana sebanyak RM5 juta akan digunakan untuk membayar kos penyenaraian.
Industri & Bisnes
Cropmate merupakan penyedia produk baja untuk sektor perladangan seperti kelapa sawit dan juga buah-buahan. Majoriti dari operasi dan juga bisnes syarikat dijalankan di Malaysia dengan HQ syarikat berada di Selangor.
Prestasi industri
Berdasarkan laporan IMR yang dikeluarkan dalam prospektus syarikat, prestasi industri baja dilihat jatuh pada tahun 2023. Ini berdasarkan statistik jualan baca yang merekodkan kejatuhan dari 2022 ke 2023 sebanyak 18.4% disebabkan kejatuhan harga baca secara keseluruhan. Dari segi import & eksport pula, berlaku penurunan untuk import dan eksport Malaysia pada tahun 2023s
Perbincangan
Sebagai rumusan Cropmate Berhad merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam penyediaan baja untuk sektor perladangan. Untuk penyenaraian ini, Cropmate dilihat menumpukan penggunaan dana untuk dana kerja iaitu untuk pembelian bahan asas untuk pembuatan baja dan juga untuk membiayai pembelian 2 buah kilang. Dari segi prestasi kewangan terkini, pendapatan FPE2024 sedikit menurun berbanding FPE tahun sebelum ini namun masih mampu untuk meningkatkan margin keuntungan.