IPO

20-SEP-2024

IPO KHB: Penyedia Komponen Industri Automotif


AA    


 

Butiran IPO

 

 

KHPT Holdings Berhad akan disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 8 Oktober 2024. Berdasarkan draf prospektus, syarikat ini akan menerbitkan sebanyak 108.64 juta saham baharu dan 38.23 juta saham sedia ada yang akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebanyak 20.12 juta saham akan diagihkan kepada orang umum manakala sebanyak 10.0597 juta saham akan dikhususkan untuk pengarah dan pekerja yang layak. Baki sebanyak 116.6918 juta akan dibahagikan kepada pelabur terpilih melalui tawaran persendirian. Securities Commision turut mengeluarkan status patuh Syariah bagi syarikat ini. IPO ini ditawarkan pada harga RM0.20 seunit dan akan ditutup pada 25 September 2024 jam 5.00 petang.

 

Latar Belakang Syarikat

 

Syarikat ini bermula sejak penubuhannya pada tahun 1994 yang sebelum ini dikenali sebagai KHEI. Secara asasnya, KHB terlibat dalam pembuatan dan penjualan komponen dan bahagian untuk industri automotif seperti bahagian badan kenderaan, struktur tempat dudul dan komponen lain seperti enjin dan juga absorber. Antara pelanggan utama KHB ialah jenama automotif nasional Malaysia iaitu Proton dan Perodua. 

Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:

 

Model komponen kenderaan yang dibuat:

Pelanggan Syarikat:

 

Prestasi Kewangan

 

 

Berdasarkan maklumat kewangan yang dipaparkan di dalam prospektus syarikat, KHB mencatatkan peningkatan dari segi pendapatan dari tahun FYE2021 hingga 2022 iaitu dari RM58.9 juta kepada RM114 juta. KHB mencatatkan peningkatan ketara dari FYE2021 ke FYE2022 iaitu sebanyak 97.13% berpunca dari kesan peningkatan pesanan dengan berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan. Namun, penurunan sebanyak 2 juta direkodkan dari FYE2022 ke FYE2023 disebabkan oleh penurunan dari segmen bahagian struktur badan kenderaan. Untuk rekod, bahagian struktur kerusi kekal menjadi penyumbang utama untuk pendapatan KHB dari FYE2021 ke FPE2024.

 

 

Penggunaan Dana

 

Melalui penyenaraian ini, KHB dijangka menerima sebanyak RM21.73 juta dana yang akan digunakan untuk beberapa perkara. Majoriti dari dana akan digunakan untuk membeli mesin tekanan dengan peruntukkan sebanyak RM11.046 juta atau 50.83%. Sebanyak 4 mesin tekanan bakal dibeli untuk meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran. Di samping itu, sbenyak 20.71% dari dana atau RM4.5 juta akan digunakan untuk pembelian dan pemasangan automation equipment. Langkah ini dijangka dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja manual disamping meningkatkan keberkesanan operasi. Peralatan yang akan dibeli adalah seperti berikut:

Selain itu, KHB juga dalam usaha untuk mengubahsuai satu-satunya kilang operasi iaitu Kilang TPG untuk automation equipment yang dibeli dengan memperuntukkan sebanyak RM450 ribu. KHB akan menfokuskan untuk menambah lantai dan asas yang lebih kukuh untuk pemasangan peralatan tersebut bagi tujuan keselamatan. Satu mesin overhead crane juga akan dibeli menggunakan dana IPO sebanyak RM370 ribu.  Baki dari dana akan digunakan untuk dana kerja iaitu sebnayk RM700 ribu dan pembayaran kos penyenaraian sebanyak RM4.66 juta.

 

Bisnes & industri

 

KHPT Holding Berhad merupakan pembuat dan juga penjual komponen dan bahagian kenderaan. Antara produk utama termasuk struktur badan kereta, struktur kerusi, komponen enjin dan absorber. Ini bermakna, KHB terlibat secara langsung dalam industri automotif.   

 

Prestasi Industri

 

Berdasarkan laporan IMR yang dikeluarkan oleh Smith Zander, perkembangan industri automotif diukur melalui total industry volume (TIV). Dari 2017 hingga 2023, TIV mencatatkan peningkatan iaitu dari 576 ribu unit ke 799 ribu unit. Secara purata, kenderaan penumbang menyumbang 89/63% kepada TIV manakala kenderaan komersial sebanyak 10.37%. TIV untuk tahun 2024 dijangka akan berkurang ke paras 765 ribu disebabkan oleh keadaan ekonomi global semasa di samping peningkatan kos sara hidup. Industri automotif Malaysia dipegang oleh pengeluar tempatan iaitu Perodua dan Proton iaitu market share sebanyak 60.18% untuk tahun 2023. Perodua juga mencatatkan penjualan kenderaan terbanyak di Malaysia dengan market share sebanyak 41.58% manakala Proton di tempat kedua. 

 

KHB sebagai penyedia komponen kepada Proton dan Perodua, sedikit sebanyak menerima impak positif dari penguasaan kedua-dua pengeluar tempatan. Untuk rekod, kelima-lima pelanggan  utama KHB berkait dengan Proton dan Perodua. Untuk rekod, penjualan komponen kenderaan turut menunjukkan peningkatan dari tahun 2017 hingga 2023 iaitu dari RM15.82 bilion ke RM27.58 bilion.

 

 

Perbincangan

Sebagai rumusan, KHPT Holding Berhad (KHB) merupakan pembuat dan juga penjual komponen dan bahagian kenderaan dengan fokus kepada jenama pengeluar  tempatan iaitu Proton dan Perodua. KHB mencatatkan kewangan yang stabil walaupun terdapat sedikit penurunan dicatatkan dari segi pendapatan untuk FYE2022 ke FYE2023. Untuk penggunaan dana, KHB memfokuskan untuk membeli mesin tekanan yang dijangka dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran. Prestasi industri automotif juga berada dalam keadaan yang baik dengan peningkatan TIV dan juga jualan komponen kenderaan turut meningkat. Pada harga tawaran  20 sen seunit, sejauh mana syarikat ini akan pergi? Sama-sama kita nantikan.


< kembali ke laman blog utama