IPO

22-OCT-2024

IPO Life Water: Penyedia Produk Minuman Di Sabah


AA    


 

Butiran IPO

 

 

Life Water Berhad akan disenaraikan di pasaran Main Bursa Malaysia pada 13 November 2024. Melalui penyenaraian ini, sebanyak 97.56 juta saham baharu akan diterbitkan dan 28.39 juta saham sedia ada akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebanyak 23.66 juta saham akan dibahagikan kepada umum dan sebanyak 59.15 juta sahan akan dikhususkan untuk pelabur Bumiputera melalui tawaran MITI. Selain itu, sejumlah 14.195 juta saham akan dikhususkan untuk pangarah dan pekerja syarikat Life Water yang layak. Baki sebanyak 28.95 juta akan dikhususkan kepada pelabur terpilih melalui tawaran persendirian. Securities Commision turut mengesahkan syarikat ini berstatus patuh Syariah dan syarikat ini ditawarkan pada harga RM0.65 seunit.

 

Latar Belakang Syarikat

Life Water Berhad merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk minuman dengan fokus tertumpu kepada di negeri Sabah. Syarikat ini bermula dengan Life Water industries yang diasaskan pada tahun 1997 sebelum operasinya dihentikan dan diambil alih pada tahun 2001. 

Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:

Produk Minuman Yang ditawarkan Life Water:

 

 

Prestasi Kewangan

 

Berdasarkan  laporan kewangan yang dikeluarkan dalam prospektus syarikat, Life Water Berhad dilihat mempunyai kewangan yang agak baik dengan merekodkan peningkatan pendapatan dari FYE2021 hingga FYE2024 iaitu dari RM103 juta ke RM166 juta. Seiring dengan peningkatan pendapatan, kos jualan bagi syarikat ini turut meningkat yang menyebabkan berlaku sedikit penurunan dari segi margin keuntungan syarikat. Dari segi volume penjualan, trend jualan air minuman dilihat meningkat setiap tahun dari 167 juta botol pada FYE2021 ke 271 juta botol pada FYE2024. Ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kenaikan pendapatan syarikat. Untuk fokus geografi, 98.55% sumber pendapatan syarikat Life Water datang dari negeri Sabah. 

 

Penggunaan Dana

 

Melalui penyenaraian ini, Life Water Berhad dijangka menerima RM63.42 juta dana yang akan digunakan untuk beberapa perkara. Jika dilihat daripada jadual di atas, Life Water memfokuskan penggunaan dana bagi tujuan mengembangkan lagi perniagaan syarikat. Sebanyak 29.96% dana bersamaan RM19 juta akan digunakan untuk menyediakan manufacturing line tambahan untuk Kilang 1 Sandakan Sibuga.

Bukan itu sahaja, sebanyak RM12 juta akan digunakan untuk membina kilang kedua Sandakan Sibuga yang dalam jangkaan akan digunakan seawal penggal kedua 2027. Kilang ini akan dibina di tanah berkeluasan 5.82 ekar dan keluasan bangunan 50,000 kaki persegi.

Life Water turut bercadang untuk membina pusat pengedaran kedua di Sandakan dengan memperuntukan sebanyak RM12.6 juta bersamaan 19.87%. Sebuah gudang berkeluasan 70,000 kaki persegi dijangka dibina bagi menampung warehouse sedia ada yang sudah mencapai 100% utilisation. 

Sebagai tambahan, Life Water turut bercadang untuk memperluas pusat pembungkusan plastik sedia ada di Kota Kinabalu. Untuk rancangan ini, sebanyak RM9.6 juta atau 15.15% dana akan digunakan untuk pemasangan sistem rak gudang automatik dan juga pembelian PET preform injection moulding machine.

Baki dana pula akan digunakan sebagai dana kerja dengan sebanyak RM4.2 (6.64%)  juta manakala RM6 juta (9.46%) akan digunakan untuk membayar kos penyenaraian.

 

Industri & Bisnes

Dengan produk syarikat adalah berasaskan air minuman, Life Water dengan jelas terlibat dalam industri beverage dengan fokusnya tertumpu kepada pasaran Sabah. Antara jenama minuman dibawah syarikat ialah Sasa, K2, 2More dan Tritonic. 

 

Prestasi industri

Berdasarkan laporan IMR yang dikeluarkan oleh Vital Factor Consulting, prestasi jualan produk minuman di Malaysia menunjukkan peningkatan dari segi jumlah jualan dengan prestasi terkini menunjukkan jualan mencecah RM8.54 bilion untuk tahun 2023. Untuk prestasi pasaran Sabah pula export produk minuman di Sabah menunjukkan penurunan sejak tahun 2019 manakala import menunjukkan kenaikan.  Berikut merupakan pemain industri ini di Sabah dan juga Malaysia:

 

 

Perbincangan

Sebagai rumusan, Life Water Berhad merupakan sebuah syarikat yang menyediakan produk minuman dengan fokus utamanya di Sabah. Antara jenama terkenal di bawahnya ialah Sasa, K2 dan juga air berkarbotat 2More. dari segi prestasi kewangan, Life Water mampu merekodkan pendapatan yang stabil dengan peningkatan direkodkan dari FYE2021 hingga FYE2024. Dengan jangkaan menerima dana sebanyak RM63 juta dari penyenaraian ini, Life Water dilihat memfokuskan untuk mengembangkan lagi bisnes dengan menyediakan 2 kilang baharu, dan juga pusat pengedaran yang baru. 

 


< kembali ke laman blog utama