IPO

26-MAY-2019

IPO Mestron Kini Boleh Dibeli


FN    


Baru-baru ini kami baru sahaja cover IPO Greatech. Kalau anda terlepas, boleh tengok pada saham Mestron pula yang diletakkan pada harga RM 0.16 seunit. Butiran tarikh permohonan adalah seperti di bawah:

Permohonan dibuka:
23 Mei 2019, 10.00 pagi
Permohonan ditutup:
3 jun 2019, 5.00 petang
Cabutan saham:
10 Jun 2019
Agihan saham kepada yang berjaya:
17 Jun 2019
Tentatif penyenaraian:
18 Jun 2019

Latar Belakang Mestron

Mestron Holdings Berhad, ataupun yang kita akan tulis sebagai Mestron, adalah syarikat yang membuat tiang besi. Mereka telah menjalankan bisnes ini sejak tahun 2002. Jenis-jenis tiang yang diniagakan termasuklah tiang lampu biasa, tiang berhias, tiang telekomunikasi dan tiang berkamera. Semuanya anda boleh lihat di atas jalan. 

Mestron Products

Maklumat Bisnes

Ringkasan bisnes ini adalah seperti di bawah

Mestron shariah

Prestasi Bisnes

Bisnes menunjukkan peningkatan setiap tahun untuk revenue dan keuntungan selepas cukai. Pertumbuhan revenue tidak begitu banyak dari 2017 ke 2018, namun masih dalam keadaan baik memandangkan banyak projek kerajaan yang dibatalkan atau tertangguh sejak pertukaran kerajaan pada Mei 2019. Boleh rujuk graf di bawah.

Mestron

Analisis Pasaran Bisnes

Bisnes Mestron sangat bergantung pada pasaran pembinaan. Sejak pertukaran kerajaan Mei 2019, banyak projek yang kini dalam pertimbangan semula sama ada untuk dibatalkan, ditangguhkan atau disambung. Dari sini akan memberi kesan kepada potensi pendapatan dan keuntungan (atau kerugian).

Barangan jualan Mestron adalah dalam niche yang tersendiri, dan persaingan adalah terdiri dari syarikat kecil tempatan yang mendapat kelulusan JKR. Anggaran saiz pasaran untuk lampu jalan ialah RM202.5 juta. Mestron pula memiliki anggaran 19.8% daripada pasaran tempatan.

Mestron market share

Penggunaan Dana

Mestron akan mengumpul dana sebanyak RM 25.28 juta daripada IPO ini. Perancangan dana ini adalah untuk digunakan dalam aspek berikut:

Cara Membeli

IPO ini boleh dibeli dengan membuat permohonan eIPO melalui bank anda. Untuk cara membeli saham IPO ni, anda boleh ikuti video tutorial kami untuk CIMB Clicks dan Maybank2u, atau blog post kami di sini.


< kembali ke laman blog utama