Butiran IPO
Metro Healthcare Berhad dibuka untuk permohonan dan akan berpindah dari pasaran Leap ke pasaran Ace Bursa Malaysia pada 15 November 2024. Mengikut prospektus, syarikat ini bakal menerbitkan sebanyak 156 juta saham baharu. Sebanyak 24.4 juta saham akan diagihkan kepada orang umum dan sebanyak 9.7 juta saham akan dikhususkan untuk pengarah dan pekerja yang layak. Selain itu, sebanyak 122.36 juta akan diagihkan kepada pelabur Bumiputera melalui tawaran MITI. Metro turut mendapat kelulusan patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Securities Commisions dan ditawarkan pada harga RM 0.25 sen seunit.
Latar Belakang Syarikat
Metro Healthcare Berhad merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam industri kesihatan dengan fokus kepada menyediakan servis Obstetrik dan Ginekologi (O&G). Obstetrik berkaitan dengan kehamilan, kelahiran, dan penjagaan selepas bersalin, memastikan kesihatan ibu dan bayi yang dilahirkan. Manakala Ginekologi menangani pelbagai isu kesihatan yang berkaitan dengan sistem pembiakan wanita, termasuk gangguan haid, isu kesuburan, dan kanser yang mempengaruhi organ pembiakan. Syarikat ini bermula pada tahun 1989 dengan penubuhan sebuah pusat kesuburan persendirian yang dipanggil Tee Maternity and Gynae specialist centre di Jalan Pasar Klang Selangor. Pada tahun 1998, syarikat ini mengembangkan perkhidmatannya untuk merangkumi rawatan kesuburan di bawah jenama Metro IVF dan servis-servis lain terus berkembang untuk tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 2018 Metro Healthcare telah disenaraikan di pasaran Leap Bursa Malaysia
Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:
Prestasi Kewangan
Berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan dalam prospektus syarikat, 98% pendapatan syarikat datang dari segmen O&G. Pendapatan Metro dilihat menurun dari RM42 juta (FYE2021) ke RM40 juta (FYE2022) sebelum kembali meningkat ke RM44 juta (FYE2023). Margin keuntungan syarikat turut menunjukkan trend yang sama. Penurunan pada FYE2022 adalah disebabkan oleh kejatuhan dari segmen kesuburan. Peningkatan yang direkodkan pada FYE2023 pula disebabkan peningkatan pelanggan untuk segmen O&G. Jika dilihat prestasi terkini FPE2024, pendapatan Metro adalah lebih baik berbanding FPE2023. Ini didorong oleh peningkatan pelanggan dengan pembukaaan 4 fasiliti baharu yang terletak di Old Klang Road, Johor Bahru, Bandar Bukit Tinggi dan Penang. Dari segi aset vs liabiliti syarikat pula, mengikut rekod terkini setakat 30 Jun 2024, nilai aset bernilai RM57 juta berbanding RM21 juta liabiliti. Ia dilihat agak baik dan syarikat mampu untuk membayar nilai liabiliti yang ada.
Penggunaan Dana
Melalui penyenaraian ini, Metro dijangka akan menerima dana sebanyak RM39.16 juta. Majoriti dari dana akan digunakan untuk mengembangkan bisnes O&G dengan memperuntukkan sebanyak 63.85% bersamaan RM25 juta. Bagi rancangan ini, Metro merancang untuk mengambil alih 3 hospital bersalin kesemuanya terletak di Selangor.
Dengan pengambilan 3 hospital di atas, Metro turut bercadang untuk mengubahsuai dan menaik taraf premis-premis tersebut. Untuk itu sebanyak RM3 juta akan diperuntukkan seperti projek membaiki sistem pendingin hawa dan lantai. Sebagai tambahan, Metro turut memperuntukkan RM7.33 juta sebagai dana kerja merangkumi 18.72% dari keseluruhan dana diterima. Dana ini akan digunakan untuk membayar kos seperti penyelenggaraan, sewa, utiliti dan staf. Baki dana iaitu sebanyak RM3.83 juta akan digunakan untuk membayar kos penyenaraian.
Industri & Bisnes
Sebagai sebuah syarikat yang memfokuskan kepada perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Metro Healthcare Berhad merupakan pemain dalam industri kesihatan.
Prestasi Industri
Berdasarkan laporan IMR yang dikeluarkan oleh Providence, prestasi industri (O&G) menunjukkan peningkatan sejak tahun 2018. Nilai pendapatan industri ini meningkat dari RM176.7 juta (2018) ke RM345.5 juta (2023). Ia disokong dengan kejatuhan peratusan kesuburan di Malaysia yang mana pada tahun 2015 kadar kesuburan berada ialah 2.0 sebelum turun ke 1.6 pada tahun 2022.
Pemain dalam industri ini adalah seperti berikut:
Perbincangan
Sebagai rumusan, Metro Healthcare Berhad merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam industri penjagaan kesihatan dengan fokus kepada Obstetrik dan Ginekologi (O&G). Dari segi presasi kewangan, pendapatan Metro menurun pada FYE2022 sebelum meningkat semula pada FYE2023. Pendapatan untuk FPE2024 pula adalah lebih baik berbanding FPE2023. Dari segi penggunaan dana Metro secara jelas menumpukan untuk mengembangkan dana dengan fokus tertumpu kepada mengambil alih 3 buah hospital bersalin dan juga mengubahsuai fasiliti tersebut.