IPO

26-AUG-2019

IPO MTAG Group Berhad Kini Boleh Dibeli


FN    


Agak lama masa berlalu sejak kita dihidangkan dengan IPO. Terakhir sekali kita diberi IPO Tashin awal bulan Ogos yang tak begitu menjadi. Jadi sekarang ni kita diumumkan dengan IPO MTAG Group yang mendapat markah 4/4 berdasarkan algoritma skor iSaham. Kalau ikutkan rekod sebelum ni (boleh rujuk IPO analysis), saham macam ni ada potensi untuk naik.

So macam biasa, kita tengok butiran IPO ni supaya tahu harga dan tarikh yang perlu.

Harga Penyenaraian:
RM 0.53
Papan senarai:
Pasaran ACE
Permohonan dibuka:
19 Ogos 2019, 10.00 pagi
Permohonan ditutup:
6 Sept 2019, 5.00 petang
Cabutan saham:
12 Sept 2019
Agihan saham:
20 Sept 2019
Tentatif penyenaraian:
25 Sept 2019

Cetak label pun boleh masuk IPO

MTAG Group Berhad ini bermula dengan penubuhan Toyo Sho yang menyediakan khidmat cetakan label pada tahun 1995. Bisnes mereka menunjukkan prestasi yang bagus dan terus berkembang dengan penubuhan Intag Industrial Supplies pada 2001 dan Intag Steel pada 2005. Kini ketiga-tiga syarikat ini diuruskan di bawah syarikat pemegang iaitu MTAG. Bisnes utama kumpulan syarikat ini ialah:

  1. Percetakan label dan pelekat industri dan khidmat pertukaran diubahsuai (customised converting services)
  2. Pengedaran pita industri (industrial tape), pelekat dan produk lain
MTAG Factory Fasiliti MTAG sekarang

Mungkin ada yang terfikir, cetak label pun boleh masuk IPO? Ya, boleh. Dan saiz pasaran industri cetakan label dan converting ini dijangka akan terus meningkat dari RM 5.46 billion pada tahun 2018 kepada RM 8.11 billion menjelang tahun 2023 iaitu CAGR sebanyak 8.2% dalam 5 tahun.

Berbalik kepada MTAG, converting services merujuk kepada percetakan, potongan beracuan (die-cutting), potongan jalur (slitting) dan penggabungan bahan kepada produk baru. Cara nak faham converting services ini, ia masih berada di bawah khidmat percetakan, cuma lebih banyak pengubahsuaian yang boleh dibuat dalam suatu percetakan. Pengubahsuaian ini termasuklah bentuk potongan, saiz yang tak piawai, jenis bahan dan tambahan bahan pelekat.

Pengedar sah pelekat 3M dan Henkel, pembekal kepada Dyson

MTAG menggunakan pelekat yang berreputasi tinggi dan sangat dikenali iaitu 3M dari Amerika dan Henkel dari Jerman. Kebanyakan pesanan diambil dari industri elektrikal dan elektronik (E&E), alatan jitu (precision tooling), automotif, mekanikal dan kejuruteraan, dan juga sektor pembinaan. Namun pelanggan terbesar bagi mereka berada dalam sektor E&E.

MTAG Brand Application Sumber: Website MTAG

Majoriti pelanggan utama mereka (antaranya yang tersenarai Bursa: VS Industry, Jabco Filter, ATA Industrial dan Sin Kwang Plastic) merupakan pembekal kepada Dyson, jenama yang tak asing lagi buat industri E&E. Banyak juga syarikat di Malaysia ni mempunyai hubungan silaturahim dengan Dyson. Selain vakum pembersih tanpa beg dan kipas tanpa bilah, Dyson mempunyai rancangan untuk membina kereta elektrik yang bakal bermula tahun 2020. Maka kita boleh jangka potensi yang agak banyak untuk syarikat ini beberapa tahun kehadapan.

MTAG juga sebenarnya terlibat dalam saringan pembekal, dan membekal secara tak langsung kepada Dyson. Mereka mendapati saringan yang dijalankan mengambil masa, dan percaya bahawa pelanggan mereka tak akan mudah bertukar pembekal. Dalam kata lain, sebagai pembekal yang diluluskan untuk produk Dyson, MTAG sudah menyediakan tapak yang kukuh untuk bisnes mereka.

Ringkasan maklumat bisnes

Ringkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:

MTAG menyatakan bahawa belum ada syarikat yang tersenarai dalam Bursa yang menjalankan bisnes sama dengan mereka. Analisis pasaran dalam prospectus juga tidak menyebut mana-mana saham yang menjadi pesaing dalam bisnes syarikat ini. Jadi, kita boleh anggap mereka bersaing dengan syarikat-syarikat kecil yang lain. PE ratio pula berada pada angka 11.0 berdasarkan pro forma net EPS bagi tahun kewangan 2018. Kita tak dapat nak bandingkan angka ini dengan syarikat lain kerana ketiadaan perbandingan, namun merupakan angka yang bagus.

Prestasi Bisnes

Pendapatan MTAG Group pada tahun 2018 adalah agak mendatar dengan sedikit peningkatan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Pendapatan tahun ini dicatatkan pada RM 187.5 juta manakala 2017 pada RM 186.6 juta. Walaubagaimanapun, keuntungan menunjukkan prestasi yang semakin baik dari 2016 sehingga laporan terbaru bulan Jun 2018. Dari segi angka dalam RM, peningkatan ini adalah dari RM 158.9 juta kepada RM 475.1 juta iaitu hampir tiga kali ganda dalam 3 tahun. Margin keuntungan juga meningkat dari 12.5% dari tahun 2016 kepada 25.3% pada 2018.

prestasi kewangan

Penggunaan Dana IPO

MTAG Group akan mengumpul dana sejumlah RM 72.2 juta daripada IPO ini. Dana ini dirancang untuk digunakan dalam aspek berikut:

Dana ini akan digunakan untuk pengembangan fasiliti dan kapasiti pengeluaran. Melalui IPO ini, mereka akan membeli tanah untuk bangunkan kilang yang lebih besar. Kilang ini juga akan menempatkan sebanyak 11 mesin baru mengikut perancangan untuk menambah kapasiti kerja dan mengambil lebih banyak pesanan dari pelanggan. Dengan mesin baru yang antaranya pencetak digital, MTAG boleh ambil pesanan untuk percetakan berdefinisi tinggi (contohnya cetakan gambar) yang tak mampu ditunaikan sebelum ini.

Polisi Dividen

Dalam prospektus, MTAG ada nyatakan bahawa mereka bercadang untuk memberikan sebanyak 20% daripada keuntungan kepada pemegang saham.

Cara Membeli

IPO MTAG Group Berhad ni boleh dibeli melalui bank. Sekiranya anda menggunakan Maybank atau CIMB, anda boleh gunakan link yang disediakan ini.

Tutorial video membeli IPO dengan Maybank

Tutorial video membeli IPO dengan CIMB Clicks

Blog membeli IPO dengan Maybank


< kembali ke laman blog utama