IPO

15-JUL-2024

IPO MITI Northeast: Penyedia Komponen Kejuruteraan Tepat


AA    


 

Butiran IPO MITI Syarikat Northeast

 

Northeast Group Berhad akan disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia. Draf prospektus menyebut melalui penyenaraian ini, sebanyak 168 juta saham baharu akan diterbitkan dengan pecahan 37 juta diberikan kepada umum. Selain itu, sebanyak 40.7 juta akan dikhususkan pemohon MITI dan 61.68 juta diagihkan kepada pelabur terpilih. Baki sebanyak 29.6 juta akan dikhususkan untuk pangarah dan pekerja syarikat Northeast yang layak. Securities Commision turut mengesahkan syarikat ini berstatus patuh syariah.

 

Latar Belakang Syarikat

Diperbadankan pada tahun 2004, Northeast Group Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam pembuatan komponen kejuruteraan tepat. Komponen ini banyak digunakan di dalam industri fotonik, E&E, semikonduktor, telekomunikasi dan optoelektronik. 

 

Model perniagaan dan produk syarikat adalah seperti berikut:

 

Prestasi Kewangan

 

 

Menurut draf prospektus, pendapatan Northeast Group Berhad menunjukkan peningkatan untuk tahun 2021 hingga tahun 2022 dari RM113 juta kepada RM144 juta. Ini didorong oleh peningkatan dari segi pesanan oleh pelanggan utama syarikat disokong oleh pesanan yang tergendala disebabkan COVID-19. Antara yang menunjukkan peningkatan ketara ialah pesanan dari industri fotonik yang meningkat sebanyak RM13.93 juta. Manakala untuk tahun berikutnya iaitu 2023, Northeast merekodkan penurunan yang drastik dengan kejatuhan sebanyak RM51.18 juta atau 35.42% dari tahun sebelumnya. Ini disebabkan kejatuhan pesanan dari pelanggan terbesar syarikat yang datang dari industri fotonik, semikonduktor dan E&E. Menurut draf prospektus syarikat, keadaan ini berpunca dari penurunan permintaan global untuk industri semikonduktor dan E&E dan juga lebihan pegangan stok oleh pelanggan. 

 

 

Menariknya, penyumbang utama kepada pendapatan syarikat Northeast adalah dari luar Malaysia, dengan sumbangan kepada pendapatan syarikat melebihi  70% dari  sejak 2021 hingga 2023. Negara USA merupakan pelanggan terbesar bagi Northeast dengan fokus tertumpu kepada industri fotonik, manakala Malaysia merupakan penyumbang kedua terbesar. Jika mengikut trend semasa, terdapat peningkatan permintaan untuk pasaran tempatan dengan kenaikan direkodkan dari tahun 2021 hingga 2023. 

 

Penggunaan Dana IPO

 

 

Menurut laporan draf prospektus syarikat Northeast, perkara utama yang ditekankan syarikat untuk penggunaan dana ialah untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan fokus utama kepada pembinaan kilang baharu. Pada waktu ini, Northeast memiliki 3 kilang yang beroperasi. Pembinaan kilang terbaharu yang dianggarkan menelan kos RM50.40 juta ini membolehkan anak syarikat Northeast iaitu NE component yang kini beroperasi di kilang 2 dan NE Technologies yang beroperasi di kilang 1 berpindah ke kilang yang bakal dibina. Dengan peralihan ini, dapat meningkatkan operasi Northeast Precision di kilang 2 manakala kilang 1 akan dijadikan sebuah pusat yang menawarkan servis nilai tambah iaitu kemasan "plating & anodising" akhir permukaan.  

 

 

Selain pembinaan kilang baharu, Northeast turut bercadang untuk membeli mesin CNC (Computer Numerical Control) yang baharu bagi meningkatkan kebolehan syarikat untuk menghasilkan komponen kejuruteraan tepat yang lebih kompleks. Langkah ini juga dijangka dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran sedia ada syarikat syarikat bagi tujuan mengembangkan pelanggan tempatan dan antarabangsa yang sedia ada. Berikut merupakan butiran mesin yang akan dibeli.

 

 

Analisis Bisnes & Industri

Northeast Group Berhad terlibat dalam pengeluaran komponen kejuruteraan tepat menggunakan bahan-bahan logam. Prestasi industri kejuruteraan tepat  diukur berdasarkan nilai jualan.

Prestasi Industri

 

 

Laporan IMR yang dikeluarkan di dalam draf prospektus menunjukkan industri kejuruteraan tepat merekodkan peningkatan dari segi nilai jualan dari tahun 2020 hingga 2023. Walaupun terdapat penyebaran COVID-19, industri ini mampu berkembang pada kadar CAGR 28.68% dari tahun 2020 hingga 2022 dari nilai jualan RM2.15 bilion kepada RM3.56 bilion. Manakala untuk tahun 2023, nilai jualan turut meningkat kepada RM4.01 bilion dengan CAGR meningkat sebanyak 12.64%.

Untuk syarikat Northeast, perkembangan Northeast ini turut bergantung kepada prestasi industri yang berkaitan seperti fotonik, E&E, semikonduktor dan juga telekomunikasi. Selain dari itu, peningkatan permintaan pembuatan sumber luar (outsourcing) dan juga inovasi yang diperkenalkan juga mampu menjadi pendorong utama kepada prestasi syarikat di samping. Namun, terdapat juga risiko yang perlu diambil kira seperti masalah kebergantungan tenaga kerja asing dan juga kenaikan harga bahan mentah seperti logam dan tembaga yang mampu meningkatkan lagi kos operasi syarikat. 

 

Perbincangan

Sebagai rumusan,  Northeast merupakan syarikat pengeluar komponen kejuruteraan tepat. Komponen yang dihasilkan banyak dibekalkan untuk kegunaan dari industri fotonik, E&E dan semikonduktor. Dari segi kewangan, terdapat kejatuhan dari segi pendapatan syarikat untuk tahun 2022 hingga 2023. Ini disebabkan penurunan pesanan dari pelanggan utama syarikat dan juga  kelembapan industri semikonduktor global. Melalui penyenaraian ini, syarikat ini bercadang untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan fokus tertumpu kepada pembinaan kilang baharu dan pembelian mesin CMC. Langkah ini dijangka dapat meningkatkan pengeluaran semasa syarikat disamping penghasilan komponen yang lebih kompleks. 

 
 
 

 

 
 
 
 

 

 

  

 

 

 

 

 
 
 

 

 

 
 

 


< kembali ke laman blog utama