IPO

19-DEC-2024

IPO NORTHERN: Penyedia Perkhidmatan EPCC Solar


AA    


 

Butiran IPO

 

 

Northern Solar Holdings Berhad akan disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 6  Februari 2025. Berdasarkan prospektus syarikat, melalui penyenaraian ini, sebanyak 35.60 juta saham baharu akan diterbitkan dan 67.25 juta saham sedia yang ada akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebanyak 19.78 juta saham akan diagihkan kepada umum manakala sebanyak 49.45 juta saham akan dikhususkan untuk pelabur Bumiputera melalui tawaran MITI dan 25.714 juta saham pula untuk pelabur terpilih melalui tawaran persendirian. Baki sebanyak 7.912 juta saham akan dikhususkan untuk pengarah dan pekerja syarikat Swift yang layak. Securities Commision turut mengesahkan syarikat ini berstatus patuh Syariah dan syarikat ini ditawarkan pada harga RM0.63 seunit. 

 

Latar Belakang Syarikat

 

Northern merupakan syarikat yang agak muda. Syarikat ini diasaskan pada tahun 2019 oleh beberapa orang director iaitu Lew Shoong Kai, Chew Win Hoe dan Chew Ann Bee dan beberapa pihak ketiga lain. Sejak awal, syarikat ini bermula sebagai penyedia perkhidmatan sistem EPCC. Dengan pengembangan bisnes syarikat yang sangat pesat, pada tahun 2023, Norther bekerjasama dengan Engtex Group Berhad dalam membangunkan projek Solar PV yang membolehkan Northern memperoleh projek EPCC yang diterima oleh Engtex Energy. Perkhidmatan EPCC yang ditawarkan merangkumi komersial dan industri serta kediaman. Berdasarkan laman sesawang syarikat, Northern telah menerima 239 projek dengan kuasa janaan kesuluruhan mencecah 80,522 MWh.

 

 

Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:

 

 

Prestasi Kewangan

 

 

 

Berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan dalam prospektus syarikat, prestasi  kewangan Northern dinilai stabil dengan mampu membuat peningkatan pendapatan dari RM 22 juta (FYE2022) kepada RM 77 juta (FYE2024). Keuntungan bersih syarikat turut melonjak dari RM 3 juta kepada RM 10 juta.

Walaubagaimanapun, margin keuntungan bersih syarikat dinilai sedikit menurun namun masih berada di atas paras 10 peratus. Untuk aset vs liabiliti juga, ratio Northern dilihat masih berada di paras risiko yang rendah dengan aset terkini syarikat untuk FPE2025 RM 67 juta manakala liabiliti RM 40 juta. 

Dari segi perbandingan PE, syarikat Northern merekodkan nilai PE hybrid yang lebih tinggi berbanding median sektor tetapi lebih rendah jika dibandingkan median peers. 

 

 

Penggunaan Dana

 

 

Berdasarkan laporan prospektus syarikat, dengan penyenaraian ini, Northern dijangka menerima dana sebanyak Rm42.4 juta yang akan digunakan untuk beberapa perkara.

 

1. RM29.166 juta/68.8%- Dana Kerja

Majoriti dari dana akan digunakan sebagai dana kerja. Buat masa sekarang, syarikat Northern sedang berusaha untuk mendapatkan sejumlah 387 tender projek dengan nilai keseluruhan RM1.8 bilion. Sebanyak RM1,8 juta akan digunakan untuk recruitment 20 jurutera dan beberapa ahagian lain seperti juruteknik. Baki sebanyak RM27.4 juta akan digunakan untuk pembelian bahan yang digunakan untuk projek seperti panel solar dan inverter.

 

2. RM5.5 juta/13%- Membayar Pinjaman

Northern turut bercadang untuk menggunakan 13% dana untuk membayar pinjaman. Pembiayaan pinjaman ini digunakan syarikat untuk menampung projek semasa dan juga dan dana kerja. 

 

3. RM3.15 juta/7.4%- Mengembangkan bisnes

Northern turut bercadang untuk membayar kos penyediaan pejabat korporat dan command centre yang telah dibangunkan. Sebanyak RM2 juta ringgit telah diperuntukkan untuk membangunkan keua-dua ini. Di samping itu , Northern turut bercadang untuk menggunakan sebanyak RM1 juta untuk menaik taraf 2 buah pejabat iaitu 1 di Johor dan 1 di Penang.

 

4. RM4.6 juta/10.8%- Kos Penyenaraian

 

Industri & Bisnes

Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan EPCC dengan fokus kepada industri Solar, Northern jelas merupakan salah satu pemain dalam industri tenaga boleh diperbaharui dengan fokus kepada sistem dan fasiliti untuk solar.   

 

Prestasi Industri

Berdasarkan laporan IMR yang dikeluarkan oleh Providence, sektor pemasangan sistem solar di Malaysia menunjukkan peningkatan dari tahun 2019 hingga 2022. Nilai kapasiti yang dihasilkan meningkat dari 894 MW kepada 1,933 MW. Dari segi nilai industri EPCC pula, Providence melaporkan kejatuhan dari RM1.17 bilion pada tahun 2020 kepada RM664 juta pada tahun 2022. 

 

 

Pemain-pemain dalam industri ini adalah seperti berikut

 

 

Perbincangan

Sebagai rumusan, Northern merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan EPCC dengan fokus kepada bangunan komersial, industri dan juga perumahan. Syarikat ini dinilai mempunyai kewangan yang stabil dengan pendapatan sentiasa meningkat dan juga margin keuntungan bersih masih berada di atas 10%. Dari segi penggunaan dana, majoritinya akan digunakan untuk dana kerja dengan rancangan membeli barang atau bahan berkaitan dengan projek seperti panel solar & inverter. 

 

 


< kembali ke laman blog utama