IPO

30-SEP-2024

IPO OBHB: Penyedia Produk Makanan Tambahan


AA    


 

Butiran IPO Syarikat OBHB

 

OB Holdings Berhad akan disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 29 Oktober 2024.  Prospektus menyebut melalui penyenaraian ini, sebanyak 120 juta saham baharu akan diterbitkan dan akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebanyak 19.58 juta saham akan dibahagikan kepada umum dan sebanyak 48.95 juta saham akan dikhususkan kepada pelabur Bumiputera melalui tawaran MITI.  43.632 juta saham turut akan diagihkan kepada pelabur terpilih melalui tawaran persendirian. Baki sebanyak 7.833 juta akan dikhususkan untuk pangarah dan pekerja syarikat OBHB yang layak. Securities Commision turut mengesahkan syarikat ini berstatus patuh Syariah dan syarikat ini ditawarkan pada harga RM0.24 seunit.

 

Latar Belakang Syarikat

 

Syarikat ini mula beroperasi sejak 1995 dengan nama ketika itu Orient Group Sdn Bhd sebelum pada tahun 2003 mengubah nama ke Orient Biotech Sdn Bhd. OB Holdings Berhad (OBHB) merupakan sebuah syarikat yang telibat dalam industri makanan & minuman (F&B) dengan fokus kepada menyediakan produk makanan tambahan dan juga supplemen sama ada untuk pihak ketiga atau jenama di bawah OBH sendiri.  Antara contoh produk yang dikeluarkan termasuk probiotik, campuran herba, dan juga supplemen diet.

Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:

 

 

Prestasi Kewangan

 

 

Berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan dalam prospektus syarikat, OB Holdings Berhad menunjukkan prestasi kewangan yang agak baik dengan menunjukkan peningkatan dari segi pendapatan dari FYE2021 hingga FYE2024. Peningkatan yang ketara iaitu sebanyak RM13.84 juta (46.57%) direkodkan disebabkan kenaikan dari segmen pembuatan produk kesihatan dan juga supplemen diet didorong oleh pandemik yang meningkatkan permintaan produk makanan tambahan. Untuk pendapatan paling terkini iaitu FYE2024, kenaikan sebanyak RM4.44 juta adalah disebabkan peningkatan permintaan oleh produk di bawah jenama syarikat. 

 

Pelanggan Malaysia kekal menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan syarikat sejak FYE2021 hingga FYE2024 dengan sumbangan melebihi 90% . Dari segi segmen pula, provision of manufacturing services merupakan penyumbang terbesar diikuti jualan produk di bawah jenama syarikat dan juga jualan produk serbuk susu. 

 

 

Penggunaan Dana

 

Berdasarkan prospektus syarikat, melalui penyenaraian ini, OBHB dijangka akan menerima dana sebanyak RM28.80 juta yang akan digunakan untuk beberapa perkara. Fokus syarikat OBH jelas menumpukan untuk mengembangkan lagi perniagaan. Sebanyakk RM14.9 juta akan digunakan untuk membayar pinjaman bank yang mana telah digunakan untuk membeli sebidang tanah dan pembinaan kilang baharu di Serendah. Dengan pembinaan kilang baharu ini dijangka dapat meningkatkan kadar kecekapan pengeluaran. 

Selain itu, dana yang diterima juga akan digunakan untuk membeli beberapa jenis mesin yang akan digunakan untuk kilang baharu nanti. Sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk rancangan ini. Antara mesin yang akan dibeli adalah seperti berikut:

Sebagai tambahan, OBHB turut dalam rancangan untuk menyediakan sebanyak RM900 ribu bagi tujuan product development antaranya membeli peralatan untuk makmal dan juga clinical trial untuk produk Bonlife SachaQ10 Plus Softgel. Baki dana pula akan digunakan untuk tujuan pemasaran (RM1 juta) dana kerja (RM 3 juta) dan juga membayar kos penyenaraian (RM 4.00 juta).

 

Industri & Bisnes

 

OB Holdings Berhad merupakan penyedia produk makanan tambahan dan juga supplemen. Di samping menyediakan produk untuk pihak ketiga, OBHB turut menjual produk yang dihasilkannay di bawah jenama syarikat antaranya, Bonlife & Beaute. Jadi, OBHB terlibat dalam industri F&B dengan kepada produk makanan tambahan. 

 

Prestasi Industri

 

Saiz industri makanan tambahan menunjukkan peningkatan dari 2018 hingga 2023 dengan berkembang dari RM11.82 bilion kepada RM16.91 bilion dengan nilai CAGR 7.43%. Dengan peningkatan pelbagai penyakit, permintaan produk makanan tambahan dijangka meningkat seiring dengan kesedaran terhadap kesihatan tubuh badan. Selain dari itu, faktor peningkatan usia populasi di Malaysia boleh jadi faktor yang mendorong pertumbuhan industri ini.

Pemain utama industri:

 

 

Pelanggan Utama OBHB:

 

Perbincangan

Sebagai rumusan, OB Holdings Berhad merupakan sebuah syarikat yang menyediakan produk makanan tambahan dan supplemen. Dari segi kewangan syarikat ini mampu mencatatkan kenaikan dari segi pendapatan dari FYE2021 hingga FYE2024. Untuk penggunaan dana pula, majoriti dari dana akan digunakan untuk membayar pinjaman bank yang telah digunakan untuk pembelian tanah dan juga pembinaan kilang baharu di Serendah. Dengan saiz industri dalam trend berkembang, adakah IPO OBHB ini akan turut sama berkembang seiring dengan rancangan syarikat? Sama-sama kita nantikan.

 


< kembali ke laman blog utama