IPO

28-AUG-2024

IPO SDCG: Penyedia Perkhidmatan BMS


AA    


 

Butiran IPO

 

 

Menurut laporan prospektus syarikat, Solar District Cooling Group Berhad akan disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 19 September 2024. Melalui IPO ini sebanyak 118.67 juta saham baharu akan diperuntukkan dengan harga penawaran sebanyak RM0.38 seunit. Dari jumlah tersebut sebanyak 21.19 juta akan dibahagikan kepada orang umum manakala jumlah yang sama, 21.19 juta akan diagihkan kepada pengarah dan pekerja syarikat yang layak. Baki sebanyak 76.28 juta akan dikhususkan untuk pelabur terpilih secara tawaran tertutup. SDCG turut disahkan patuh Syariah oleh Securities Commisions.

 

Latar Belakang Syarikat

SDCG atau nama penuhnya Solar District Cooling Group bermula pada tahun 2003 dengan nama permulaan, Pustaka Integrasi Sdn Bhd sebelum berubah ke nama terkini. Syarikat ini terlibat dalam aktiviti BMS iaitu Building Management System dengan fokus tertumpu kepada pembekalan dan penyelenggaraan sistem terma solar dan servis penjimatan tenaga. 

Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:

 

Prestasi Kewangan

 

Berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan syarikat, SDCG menunjukkan prestasi kewangan yang stabil dan agak baik kerana mampu untuk meningkatkan dan mengekalkan pendapatan dan keuntungan dari tahun 2020 hingga 2023. Margin keuntungan syarikat turut meningkat untuk tempoh tersebut. Untuk laporan kewangan terkini syarikat iaitu FP2024, kenaikan sebanyak 31.38% direkodkan disebabkan peningkatan revenue dari segmen BMS yang melibatkan beberapa projek antaranya projek pejabat di Ampang Tower dan projek Kementerian Kewangan yang bernilai RM1.84 juta.

 

 

Penggunaan Dana

 

 

Berdasarkan prospektus syarikat, SDCG dijangka akan memperoleh dana sebanyak RM45.09 juta melalui penyenaraian ini. Dengan dana ini, syarikat bercadang untuk menggunakannya untuk beberapa perkara. Peratus terbesar adalah pembelian bahan untuk segmen BMS, dan sistem terma solar dan segmen servis penjimatan tenaga iaitu sebanyak RM18.7 juta (41.47%). Sebanyak RM12.67 juta akan digunakan untuk dana kerja manakala sebanyak RM5 juta akan di gunakan sebagai tender bon atau/dan bon prestasi untuk projek yang akan datang. Selain itu, sejumlah RM2.52 juta dikhususkan untuk pembelian peralatan baharu dan juga perisian ICT dan sebanyak RM1.9 juta akan digunakan untuk memperluas ibu pejabat syarikat di Kajang. Akhir sekali sebanyak RM4.3 juta akan digunakan untuk membayar kos penyenaraian.

 

Industri & Bisnes

Menurut laporan IMR yang dikeluarkan oleh Vital Factor consuting, SDCG merupakan sebuah syarikat yang terlibat menyediakan dan menyelenggara sistem pengurusan bangunan (BMS), sistem terma solar, dan servis penjimatan tenaga di Malaysia. Berikut merupakan komponen di dalam BMS yang dilaksanakan oleh SDCG.

 

 

Prestasi Industri

Sebagai sebuah syarikat yang terlibat dalam industri BMS, ia sedikit sebanyak bergantung kepada industri pembinaan di Malaysia. Berdasarkan laporan IMR, industri pembinaan mula menunjukkan recovery khususnya selepas pandemik dan setakat tahun 2023, sektor pembinaan merekodkan pertumbuhan CAGR sebanyak 6.1%.

 

 

Selain dari itu, untuk segmen thermal solar dan penjimatan tenaga, ia sedikit sebanyak bergantung kepada industri tenaga yang mengikut statistik merekodkan kejatuhan untuk penggunaan industri iaitu 14.7% ke -6.4% dari tahun 2016 hingga 2020. Untuk kegunaan perumahan dan komersial pula, pertumbuhan direkodkan dari tahun 2016 hingga 2020. 

 

Perbincangan

Sebagai rumusan SDCG merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam aktiviti BMS iaitu Building Management System dengan fokus tertumpu kepada pembekalan dan penyelenggaraan sistem terma solar dan servis penjimatan tenaga. Dari segi prestasi kewangan, SDCG dilihat mempunyai prestasi kewangan yang baik dengan berjaya merekodkan peningkatan dari segi pendapatan dan keuntungan dari FY20 ke FY23. Untuk pengguanaan dana pula, fokus SDCG adalah untuk membeli bahan untuk segmen terma solar dan segmen penjimatan tenaga di samping dana kerja. Sama-sama kita nantikan prestasi syarikat ini apabila disenaraikan kelak.                                    


< kembali ke laman blog utama