IPO

07-OCT-2024

IPO Sorento: Penyedia Kelengkapan Bilik Air & Dapur


AA    


 

Butiran IPO

 

Sorento Capital Berhad akan disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 28 Oktober 2024.  Prospektus menyebut melalui penyenaraian ini, sebanyak 155 juta saham baharu akan diterbitkan dan 74 juta saham sedia ada akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebanyak 43 juta saham akan dibahagikan kepada umum dan sebanyak 107.5 juta saham akan dikhususkan kepada pelabur Bumiputera melalui tawaran MITI.  62.5 juta saham turut akan diagihkan kepada pelabur terpilih melalui tawaran persendirian. Baki sebanyak 16 juta akan dikhususkan untuk pangarah dan pekerja syarikat OBHB yang layak. Securities Commision turut mengesahkan syarikat ini berstatus patuh Syariah dan syarikat ini ditawarkan pada harga RM0.37 seunit.

 

Latar Belakang Syarikat

Sorento Capital Berhad merupakan penyedia dan pengedar produk kelengkapan bilik air dan juga dapur. Antara produk utama syarikat termasuk sinki, tub mandi dan lain-lain. Perjalanan syarikat ini bermula sejak 2005 dengan operasi pengedaran dan jualan produk perkakasan bilik air dan juga dapur yang pada mulanya memfokuskan pada barangan kecil seperti bidet, kepala paip dan kepala shower. Perniagaan syarikat terus berkembang untuk tahun-tahun berikutnya sehingga menghasilkan beberapa jenama di bawah syarikat antaranya Sorento, Mocha, Cabana dan i-Born.

 

Model perniagaan syarikat Sorento adalah seperti berikut:

 

Prestasi Kewangan

 

Berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan dalam prospektus syarikat, Sorento dilihat mampu membuat kenaikan dari segi pendapatan dari FYE2021 hingga FYE2024 iaitu dari RM66 juta ke RM151 juta. Selain dari pendapatan, keuntungan kasar syarikat turut menunjukkan kenaikan sepanjang tempoh tersebut. Untuk kewangan yang terkini, peningkatan pendapatan yang agak ketara direkodkan iaitu sekitar RM39.24 juta atau 39.94% disebabkan oleh peningkatan jualan kepada peniaga ditambah dengan pengeluaran produk sanitari bilik dan dapur yang baru. Seiring dengan peningkatan pendapatan, kos jualan turut merekodkan peningkatan dan pada FYE2024, margin keuntungan syarikat jatuh sedikit jika dibandingkan dengan FYE2023.

Untuk rekod, sebahagian besar pendapatan syarikat adalah datang dari dealer iaitu sekitar 60+% diikuti oleh project based sales sekitar 35+%.  Untuk segmen pula, segmen perkakasan bilik air menjadi penyumbang terbesar syarikat iaitu sekitar 83% diikuti oleh kelengkapan dapur (16%)

 

 

Penggunaan Dana IPO

 

Sorento dijangka menerima sebanyak RM57.35 juta melalui penyenaraian ini. Dana yang diterima akan digunakan untuk beberapa rancangan yang majoritinya akan digunakan untuk dana kerja bagi pembelian inventori iaitu sebanyak 31.35 juta atau 54.67%. Selain itu, Sorento turut bercadang untuk menggunakan sebanyak RM9 juta untuk pembayaran hutang yang mana telah digunakan untuk pembelian sebuah bangunan yang digunakan sebagai warehouse dan juga pejabat di Penang serta pembelian inventori.

 

Sorento juga merancang untuk menggunakan RM6 juta untuk mengembangkan rangkaian pengedar dengan sasaran menambah sebanyak 200 pengedar baru dalam tempoh 3 tahun akan datang.  RM6 juta dana juga akan digunakan bagi tujuan pemasaran antaranya kempen, iklan di media sosial dan tradeshows. Baki dana iaitu sebanyak RM5 juta akan digunakan untuk membayar kos penyenaraian. 

 

 

Industri & Bisnes

Sorento Capital Berhad merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam menyediakan dan mengedar kelengkapan bilik air dan juga dapur. Selain menjual barangan di bawah jenama syarikat, Sorento turut menjadi pengedar bagi jenama pihak ketiga seperti Bravat dan Infinity. 

 

 

Prestasi Industri

 

Berdasarkan laporan IMR yang dikeluarkan oleh Smith Zander, nilai industri kelengkapan sanitari bilik air dan juga dapur dilihat meningkat dari tahun 2018 hingga 2023 iaitu dari RM2.41 bilion kepada RM3.05 bilion dengan CAGR 3.82%. Pertumbuhan ekonomi, peningkatan populasi, dan juga peningkatan permintaan untuk industri pembangunan dijangka menjadi antara faktor pertumbuhan industri ini.

 

Berikut merupakan antara pesaing Sorento dalam industri ini: 

 

Perbincangan

Sebagai rumusan, Sorento Capital Berhad merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam menyediakan kelengkapan bilik air dan juga dapur. Selain mengedarkan produk di bawah jenama sendiri, Sorento turut menjadi pengedar bagi produk pihak ketiga iaitu Bravat dan Infinity. Melalui IPO ini, sebahagian besar dari dana akan digunakan untuk dana kerja yang mana untuk pembelian inventori syarikat. Prestasi kewangan syarikat turut berada dalam keadaan stabil dengan kenaikan dari segi pendapatan dan juga keuntungan kasar direkodkan dari FYE2021 hingga FYE2024.


< kembali ke laman blog utama