IPO

28-OCT-2024

IPO Supreme: Pengedar Produk Makanan


AA    


 

Butiran IPO

 

 

Supreme Consolidated Resources Berhad dibuka untuk permohonan dan akan disenaraikan di pasaran Ace Bursa Malaysia pada 29 November 2024. Mengikut prospektus, syarikat ini bakal menerbitkan sebanyak 70 juta saham baharu yang akan diagihkan kepada beberapa pihak. Sebanyak 8.6 juta saham akan diagihkan kepada orang umum dan sebanyak 7.65 juta saham akan dikhususkan untuk pengarah dan pekerja yang layak. Baki sebanyak 53.75 juta akan diagihkan kepada pelabur Bumiputera melalui tawaran MITI. Supreme turut mendapat kelulusan patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Securities Commisions dan ditawarkan pada harga RM 0.25 sen seunit. 

 

Latar Belakang syarikat 

Supreme merupakan syarikat yang terlibat dalam mengedarkan produk makanan dengan fokus di negeri Sarawak. Antara makanan yang diedarkan kebanyakannya ialah makananan sejuk beku dan juga makanan lain seperti krim pastry, susu, pasta dan sebagainya. Makanan yang diedarkan sama ada daripada jenama pihak ketiga atau jenama supreme sendiri. Selain makanan, Supreme turut mengedarkan produk lain iaitu produk pembersihan Diversey dan Anchor.

 

Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:

 

Prestasi Kewangan

 

Berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan dalam prospektus syarikat, pendapatan  Supreme meningkat dari RM187 juta pada FYE2021 kepada RM199 juta pada  FYE2023. Walaubagaimanapun berlaku penurunan dari FYE2022 ke FYE2023 sekitar RM10 juta. Ini disebabkan berlaku pengurangan dari jualan dari daging sejuk beku sebanyak RM23.27 juta. Dari sudut margin keuntungan, nilai bersih margin Supreme dilihat agak rendah iaitu di bawah 5%. Untuk perbandingan aset vs liabiliti, debt ratio syarikat supreme dilihat agak stabil dengan merekodkan ratio 2:1 untuk tahun kewangan yang dipaparkan. Berdasarkan rekod, 98% pendapatan Supreme datang dari negeri Sarawak dengan produk makanan sejuk beku menyumbang majoriti pendapatan syarikat.

 

 

Penggunaan dana

 

 

Melalui penyenaraian ini, Supreme dijangka menerima dana sebanyak RM17.50 juta yang akan digunakan untuk beberapa perkara.

Majoriti dana akan digunakan untuk memperluas fasiliti gudang dengan memperuntukkan sebanyak RM11 juta atau 62.86% dari dana. Dana ini akan digunakan untuk membayar sebahagian kos pembelian tanah dan juga pembinaan yang dijangka menelan kos RM18 juta. Gudang terbaru ini akan menjadi pusat pengedaran tambahan untuk menampung pengembangan produk yang ditawarkan syarikat. Antara yang akan disediakan di gudang ini ialah fasiliti sejuk beku, pejabat, dan ruang chiller.

Selain dari itu, Supreme turut bercadang untuk menggunakan sebanyak Rm4 juta sebagai dana kerja. Ini termasuk pembayaran staf, pembekal dan perbelanjaan umum. Baki dana iaitu sebanyak RM2.5 juta akan digunakan untuk membayar kos penyenaraian

 

Industri & Bisnes

 

Supreme  terlibat dalan aktiviti mengedarkan produk makanan ke pelanggan akhir. Antara produk yang dieedarkan adalah makanan sejuk beku seperti daging, pasta, sos, dan lain-lain. Jadi, secara asasnya Supreme Consolidated resources Bhd terlibat dalam industri F&B dengan fokus servis tertumpu kepada "distribution"/ pengedaran makanan di Sarawak.

 

Prestasi Industri

 

Berdasarkan laporan IMR yang dikeluarkan oleh Providence, industri servis pengedaran makanan, minuman di Sarawak boleh dikukur melalui  sumbangan ke GDP. Untuk rekod nilai sumbangan industri ini di Malaysia dilihat mendatar dengan tiada kenaikan/penurunan yang terlalu ketara direkodkan dari tahun 2018. Di negeri Sarawak trend sama dapat dilihat.  Untuk data terkini, pada rahun 2022, nilai  industri ini di Sarawak ialah sekitar RM 6.6 bilion meningkat dari RM5.9 bilion dari tahun sebelumnya. Berikut merupkan antara pemain dalam industri ini:

 

 

Perbincangan

Sebagai rumusan, Supreme Consolidated Resources Bhd merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pengedaran produk makanan. Fokus utama tertumpu kepada produk sejuk beku seperti daging, makanan laut, pastri dan lain-lain. Dari segi prestasi kewangan, Supreme dilihat mencatatkan kejatuhan pendapatan untuk FYE2023 manakala untuk FPE2024 pendapatan syarikat adalah lebih baik. Bagi penggunaan dana, fokus Supreme adalah untuk mengembangkan fasiliti gudang dengan bercadang untuk membina sebuah  gudang yang baru dengan memperuntukkan RM11 juta iaitu sebanyak 62% dana penyenaraian.


< kembali ke laman blog utama