Butiran IPO
Swift Energy Technology Group Berhad akan disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 8 Januari 2025. Berdasarkan prospektus syarikat, melalui penyenaraian ini, sebanyak 50.04 juta saham baharu akan diterbitkan dan 250.20 juta saham sedia yang ada akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebanyak 50.04 juta saham akan diagihkan kepada umum. Sebanyak 125.10 juta saham akan dikhususkan untuk pelabur Bumiputera melalui tawaran MITI dan 75.06 juta saham pula untuk pelabur terpilih melalui tawaran persendirian. Baki sebanyak 50.04 juta saham akan dikhususkan untuk pengarah dan pekerja syarikat Swift yang layak. Securities Commision turut mengesahkan syarikat ini berstatus patuh Syariah dan syarikat ini ditawarkan pada harga RM0.28 seunit.
Latar Belakang Syarikat
Syarikat ini bermula pada tahun Jun 2000 dengan pengasasan SESB dan memulakan operasi pada tahun 2001. Swift Energy Technology Berhad mempunyai kepakaran dalam menyediakan perkhidmatan tenaga yang inovatif, dengan fokus pada peningkatan kecekapan dan kelestarian di pelbagai sektor. Servis syarikat ini merangkumi sistem tenaga boleh diperbaharui, perundingan pengurusan tenaga, pembangunan teknologi untuk kecekapan tenaga, perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan, serta program latihan untuk pelanggan. Sebagai contoh menyediakan sistem Switchboard, sistem solar anti letupan dan juga pengedaran kuasa elektrik.
Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:
Prestasi Kewangan
Berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan dalam prospektus syarikat, syarikat Swift menunjukkan prestasi kewangan yang stabil dan agak baik dengan berjaya untuk meningkat pendapatan dari RM56 juta pada FYE2021 kepada RM92 juta pada FYE2023. Pendapatan FPE2024 turut lebih baik berbanding tahun sebelumnya iaitu RM81 juta VS RM65 juta.
Margin keuntungan bersih syarikat turut menunjukkan peningkatan iaitu dari 6.52% (FYE2021) kepada 13.20% (FYE2023) dan 14.34% (FPE2024). Dari segi aset VS liabiliti, data terkini syarikat menunjukkan aset Swift berada sekitar RM110 juta manakala liabiliti RM55 juta. Jadi, ia masih di paras yang stabil dengan nisbah 2:1.
Untuk perbandingan P/E syarikat, Swift dilihat mempunyai P/E yang lebih tinggi berbanding median PE industri tetapi lebih rendah bagi median PE peers.
Penggunaan Dana
Melalui penyenaraian ini, Swift dijangka akan menerima dana sebanyak RM70.06 juta. Pecahan penggunaan dana adalah seperti berikut:
1. RM28 juta/39.97%- Memperluas fasiliti fabrikasi, penyimpanan, pejabat & pusat R&D.
Swift bercadang untuk memperluaskan fasiliti terkini dengan membina fasiliti fabrikasi yang baru dan juga membina mezannine level. Menurut prospektus syarikat, jangkaan keluasan fasiliti ini akan bertambah dari 69,950 kaki persegi kepada 156,710 kaki persegi.
2. RM15 juta/21.41%- Pembayaran Pinjaman
Untuk masa sekarang, jumlah pinjaman bank untuk syarikat Swift berjumlah RM34.24 juta. Untuk itu Swift bercadang untuk membayar sebahagian pinjaman dengan memperuntukkan sebanyak RM15 juta.
3. RM13.34 juta/19.05%- Dana Kerja
Dengan pelan pengembangan operasi syarikat, kos operasi dijangka akan turut meningkat. Untuk itu, Swift bercadang untuk menggunakan sebahagian dana untuk dana kerja seperti membeli inventori seperti kepingan besi, kabel Ex dan juga komponen elektronik. Dana kerja ini turut akan digunakan untuk pembyaran kontraktor, gaji dan perbelanjaan seperti utiliti.
4. RM4.03 juta/5.75%- Pengembangan Bisnes
Swift turut bercadang untuk mengembangkan lagi bisnes di Indonesia. Untuk itu Swift bercadang untuk membuka sebuah pejabat di Jakarta. Kos pembukaan pejabat ini dijangka menelan kos RM4.03 juta termasuk staf dan juga aktiviti pemasaran.
5. RM2.2 juta/3.14%- Membeli mesin, peralatan & perkakasan
Swift turut bercadang untuk membeli beberapa perkara seperti berikut.
6. RM1.48 juta/2.11%- Membangunkan Pusat R&D
7. RM6 juta/8.575-Kos Penyenaraian
Industri & Bisnes
Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan beberapa servis merangkumi sistem proses kawalan, sistem pembekalan kuasa dan juga (EX) sistem solar. Berdasrkan laporan IMR yang dikeluarkan oleh Vital Factor Consulting, dengan servis yang ditawarkan, Swift terlibat dalam industri infrastruktur tenaga dan juga minyak dan gas disebabkan Swift turut menyediakan bekalan kuasa untuk kapal-kapal dan platform dek.
Prestasi industri
Berdasarkan laporan IMR syarikat, jumlah jualan bagi distibution elektrik edan juga switchboard di Malaysia menunjukkan trend peningkatan dengan nilai jualan electricity distribution meningkat dari dari RM 7 bilion pada tahun 2019 kepada RM 13.9 bilion pada tahun 2023.
Untuk perbandingan pemain-pemain dalam industri terdapat beberapa syarikat yang sudah tersenarai di Bursa iaitu Willowglen MSC dan juga Powerwell.
Pelanggan utama syarikat Swift adalah seperti berikut:
Perbincangan
Sebagai rumusan, Swift merupakan sebuah syarikat yang menyediakan pekhidmatan tenaga merangkumi sistem kawalan, sistem (Ex) solar, sistem pengagihan eletrik dan lain-lain. Antara pelanggan syarikat termasuk syarikat minyak & gas dan industri pembuatan makanan dan pemprosesan minyak masak. Dari segi kewangan, Swift menunjukkan kewangan yang stabil dengan berjaya menunjukkan peningkatan dari segi pendapatan dan margin keuntungan. Dari segi penggunaan dana, Swift dilihat mengkhususkan penggunaan dana untuk memperluas fasiliti fabrikasi yang dijangka akan meningkatkan kapasiti pengeluaran.