Permohonan IPO untuk TCS Group telah pun dibuka sebelum COVID-19. Kini, permohonan dibuka semula dengan butiran di bawah:
- Harga IPO:
- RM 0.23
- Pasaran:
- ACE
- Permohonan dibuka:
- 29 Jun 2020, 10.00 pagi
- Permohonan ditutup:
- 10 Julai, 5.00 petang
- Cabutan saham:
- 14 Julai 2020
- Agihan saham:
- 20 Julai 2020
- Tarikh penyenaraian:
- 23 Julai 2020
Syarikat berteraskan pembinaan bangunan dan struktur
TCS Group menjalankan bisnes dalam sektor pembinaan sejak tahun 1999. Kini, setelah 21 tahun beroperasi, TCS menjalankan kerja-kerja pembinaan seperti jalan raya, loji rawatan air dan pembinaan bangunan perumahan dan komersial.
Peristiwa penting dan pencapaian syarikat
- 2015
- Berkembang untuk pembinaan bangunan, GEMS International School bernilai RM 46.04 juta
- 2017
- Dianugerahkan projek bangunan binaan tinggi pertama - Suria Pantai dan Riana South bernilai RM141.73 juta dan RM119.73 juta
- 2018
- Dianugerahkan projek pusat membeli-belah pertama - KTCC Mall bernilai RM101.0 juta
- 2019
- Dianugerahkan projek Putrajaya Sentral bernilai RM223.89 juta
Ringkasan Bisnes
Ringkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:
- Market capitalization pada RM 82.8 juta
- PE ratio pada 16.67 untuk tahun kewangan 2018
- Beroperasi di Bandar Saujana Putra, Selangor
- Kontraktor pembinaan struktur dan bangunan
- Jualan berdasarkan geografi:
- WP Putrajaya - 48.20%
- WP KL - 34.16%
- Selangor - 9.00%
- Negeri Sembilan - 8.64%
- Syarikat dinilai patuh syariah oleh BIMB Securities
Prestasi Bisnes
TCS Group menunjukkan peningkatan kewangan yang cukup baik. Pendapatan pada tahun 2016 adalah pada RM 10.36 juta, diikuti dengan sedikit penurunan ke RM 7.17 juta pada tahun 2017. Daripada penurunan ini, TCS kembali mengumpul pendapatan ke RM 14.63 juta dan 35.84 juta pada tahun 2018 dan 2019. Maka secara keseluruhannya, kita dapat lihat bahawa nilai projek yang dijamin TCS adalah semakin meningkat.
Dari segi keuntungan pula, margin keuntungan untuk sektor pembinaan ini sememangnya agak rendah. Margin bersih (gross margin) dicatatkan pada 10% hingga 20% daripada pendapatan. Namun selepas cukai, margin ini berada pada julat 4% - 8%.
Analisis Bisnes
Menurut Jabatan Statistik Malaysia dan Protege Associates, Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun (CAGR) untuk sektor pembinaan dijangka pada 3.1% untuk tahun 2020 - 2024 dengan saiz RM 77.29 bilion.
TCS Group adalah kontraktor gred G7 yang boleh menjalankan projek tanpa had nilai. Namun, terdapat lebih 8,000 kontraktor lain dengan gred seperti ini di Malaysia. Maka, persaingan dalam sektor ini bukan terhad dalam kalangan syarikat pembinaan yang tersenarai sahaja.
Sebagai perbandingan, antara syarikat tersenarai lain yang boleh dibandingkan dengan TCS Group adalah seperti di bawah.
Penggunaan Dana IPO
TCS Group akan mengumpul dana sejumlah RM 20.7 juta daripada IPO ini. Pembahagian dana ini adalah seperti berikut:
Jenis Dana | Nilai (Juta) | Peratusan (%) |
---|---|---|
Pembelian mesin dan peralatan | 13.0 | 62.80 |
Modal kerja | 4.2 | 20.29 |
Perbelanjaan IPO | 3.5 | 16.91 |
Jumlah | 20.7 | 100 |
Seperti yang boleh dilihat dari jadual di atas, kebanyakan modal akan digunakan untuk membeli mesin dan peralatan pembinaan.
Kesimpulan
Kami berikan skor kepada IPO TCS Group ini sebanyak 3/4. Prestasi kewangan dilihat agak bagus. Namun, anda perlu sedar bahawa laporan kewangan mereka hanya setakat FYE 2019. Maka, kesan daripada COVID-19 belum termasuk dalam laporan.