Pada 25 Jun lalu, tarikh IPO Tashin Holdings Berhad diumumkan. Kali ni waktu dibuka agak lama, jadi anda boleh kaji baik-baik sebelum beli IPO ini pada harga RM 0.58 seunit. Butiran tarikh untuk IPO ini adalah seperti berikut:
- Permohonan dibuka:
- 25 Jun 2019, 10.00 pagi
- Permohonan ditutup:
- 19 Julai 2019, 5.00 petang
- Cabutan saham:
- 24 Julai 2019
- Agihan saham kepada yang berjaya:
- 30 Julai 2019
- Tentatif penyenaraian:
- 1 Ogos 2019
Tashin Holdings merupakan anak syarikat Prestar Group
Tashin Holdings Berhad (Tashin) ialah anak syarikat kepada Prestar Resources Berhad (Prestar). Prestar menjalankan bisnes dalam bisnes pembuatan besi dengan produk yang lebih luas, manakala Tashin lebih menumpukan kepada produk gegelung besi yang boleh diproses menjadi paip besi, kepingan besi, checkered plate, C purlin, dan expanded metal. Mereka juga terlibat dalam aktiviti pengeluaran dan perdagangan besi.
Aktiviti yang dijalankan dalam Tashin sekiranya dibahagikan mengikut revenue adalah 70.0% pemprosesan besi, 29.4% pengeluaran produk besi, dan 0.6% aktiviti dagangan. Produk jualan Tashin ini pula digunakan dalam beberapa sektor, antaranya elektronik, industri, automotif, perabot, pembuatan dan kejuruteraan.
Banyak menumpukan aktiviti tempatan
Ringkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:
- Market capitalization pada RM 195.4 juta
- Beroperasi di Perai, Pulau Pinang
- Prestar Group di KL sebagai pemegang syarikat boleh menambahkan keluasan rangkaian bisnes Tashin
- Menjalankan pemprosesan produk gegulung besi, pembuatan paip besi dan perdagangan produk besi
- Geografi bisnes mengikut revenue sebanyak RM 260.5 juta berdasarkan laporan akhir tahun 2018:
- Penang, Perak, Kedah & Perlis (39.6%)
- Kelantan, Terengganu & Pahang (24.3%)
- KL & Selangor (23.3%)
- Johor (12.8%)
- Status shariah tidak disebut dalam prospectus
Adakah sekarang ni masa yang bagus buat Tashin?
Buat masa ini, prestasi pasaran besi dilihat semakin rendah berbanding tahun yang lalu disebabkan projek mega yang tertangguh atau mungkin dibatalkan oleh kerajaan. Namun, permintaan besi dijangka pulih semula secara sederhana dengan permulaan projek yang akan dijangkakan contohnya Bandar Malaysia yang dianggarkan bernilai RM 140 billion dan projek ECRL RM 44 bil.
Tashin bergantung kepada CSC Steel sebagai pembekal utama colled rolled coil untuk gred tertentu. Colled rolled coil ini pula adalah 70% aktiviti Tashin Holdings yang mendatangkan revenue. Jika mereka tidak dapat membeli dari CSC Steel di masa akan datang, mereka terpaksa menanggung duti import sebanyak 15% untuk mengimport bekalan coil ini. Ia juga mengakibatkan lebih banyak kehilangan pertukaran matawang kerana dalam senario ini perdagangan dibuat dalam USD.
Berdasarkan laporan penyelidikan dalam prospectus, Tashin miliki sebanyak 1.23% bahagian pasaran (market share) dalam Malaysia. Pasaran ini disaingi oleh banyak lagi syarikat seperti Southern Steel, Hiap Teck, Leon Fuat dan Mycron Steel.
Prestasi Bisnes
Tashin Holdings Berhad mencatatkan revenue yang meningkat setiap tahun. Namun agak flat pada 2 tahun terbaru dalam laporan kewangan, iaitu dari RM 257.7 hanya meningkat ke RM 260.5 juta. Keuntungan selepas cukai pula dicatatkan pada lingkungan RM 4.2 juta pada tahun 2015 hingga ke RM 15.7 juta tertinggi pada tahun 2017. Keuntungan ini berkurang pada tahun 2018 menjadi RM 11.3 juta, iaitu peratusan keuntungan sebanyak 3.89% daripada 5.43% pada tahun 2017. Secara pandangan kasarnya, kewangan Tashin ini dilihat tak begitu menarik.
Ingin menambah kapasiti pengeluaran
Tashin akan mengumpul dana sejumlah RM 34.41 juta daripada IPO ini. Penggunaan dana ini dirancang untuk aspek berikut:
- Pemerolehan tanah dan pembinaan kilang baru (51.00%)
- Pemerolehan tanah 20.92%
- Pembinaan kilang baru 30.08%
- Pembelian mesin dan peralatan
- 5 aliran pembuatan wire mesh 11.92%
- 1 aliran pemotongan 5.23%
- 5 mesin pembungkusan 5.23
- Modal kerja 17.32%
- Perbelanjaan untuk IPO 9.30%
Matlamat utama dana ini lebih bersifat pengembangan fasiliti dan kapasiti pengeluaran. Melalui IPO ini, Tashin mengatur rancangan untuk menambahkan segmen produk pengeluaran mereka iaitu wire mesh yang sebelum ini dijalankan sebagai aktiviti dagangan. Wire mesh dijadikan tambahan produk kerana lebih mudah digunakan untuk pembinaan dan juga dijangka menambah baik margin keuntungan syarikat.
Cara Membeli
IPO Tashin Holdings Berhad ni boleh dibeli melalui bank. Sekiranya anda menggunakan Maybank atau CIMB, anda boleh gunakan link yang disediakan ini.
Tutorial video membeli IPO dengan Maybank