Permohonan IPO untuk syarikat Greatech kini dibuka bermula 13 Mei 2019 dengan harga sebanyak RM 0.61. Anda boleh mohon melalui bank pilihan anda dan permohonan akan ditutup pada 24 Mei 2019.
Tarikh untuk penyenaraian dalam Bursa adalah pada 13 Jun 2019.
Latar Belakang Greatech
Greatech adalah syarikat yang menyediakan khidmat automasi (automation solution) dalam bidang perkilangan. Syarikat ini telah menjalankan bisnes lebih dari 20 tahun dan menawarkan khidmat mereka dalam industri seperti solar, peranti elektronik dan semikonduktor.
Maklumat Bisnes
Anda boleh baca poin-poin di bawah yang kami sudah ringkaskan
- Market capitalization sebanyak RM 381 mil
- Ibu pejabat di Bayan Lepas, Pulau Pinang
- Dua fasiliti di Kedah, sebuah pejabat di USA
- Geografi bisnes berdasarkan revenue:
- Tempatan: RM 22.0 mil (10.01%)
- Eksport: RM 197.6 mil (89.99%)
- Vietnam: RM 137.6 mil (69.7%)
- USA: RM 55.7 mil (28.2%)
- Tak lupa juga, disahkan patuh shariah oleh SC
Prestasi Bisnes
Revenue menunjukkan peningkatan yang baik sepanjang 4 tahun. Peratusan peningkatan terbesar sebanyak 313.7% pada tahun 2017, dan 133.8% pada tahun 2018. Namun, profit margin semakin berkurang iaitu 14.45% pada tahun 2018 berbanding 20.29% pada tahun sebelumnya. Boleh lihat pada graf di bawah.
Analisis Pasaran Bisnes
Menurut laporan ASEAN, pengeluaran global untuk modul dan sel solar menunjukkan 27.4% peningkatan CAGR dari tahun 2012 hingga 2017. Jualan global untuk semikonduktor pula menunjukkan 8.7% peningkatan CAGR dari 2014 hingga 2018. Bonusnya di sini adalah sektor solar yang kini semakin panas.
Team iSaham telah menyenaraikan competitor Greatech yang tersenarai dalam Bursa. Anda juga boleh buat kajian sendiri dengan hanya menggunakan tool Portfolio iSaham. Dari senarai ini, direct competitor mempunyai PE ratio dari 12.4 hingga 21.2 manakala Greatech pula mempunyai PE ratio sebanyak 9.7. Ini bermakna harga saham ini masih dianggap undervalued berbanding dengan competitor yang lain.
Penggunaan Dana
Greatech akan mengumpul dana sebanyak RM 73.05 juta daripada IPO ini. Dana ini bertujuan untuk digunakan dalam aspek berikut:
- Modal kerja 50.03%
- Aktiviti bisnes, pemasaran 24.64%
- Capex 6.85%
- R&D 6.85%
- Hutang bank 6.16%
- Perbelanjaan untuk IPO 5.47%
Cara Membeli
IPO ini boleh dibeli dengan membuat permohonan eIPO melalui bank anda. Untuk cara membeli saham IPO ni, anda boleh ikuti video tutorial kami untuk CIMB Clicks dan Maybank2u, atau blog post kami di sini.