Butiran IPO
TMK Chemical Berhad akan disenaraikan di pasaran Main Bursa Malaysia pada 12 Disember 2024. Berdasarkan prospektus, melalui penyenaraian ini, sebanyak 220 juta saham baharu akan diterbitkan dan akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebanyak 20.00 juta saham akan dibahagikan kepada umum dan 190 juta saham akan diagihkan kepada pelabur terpilih melalui tawaran persendirian. Baki sebanyak 10 juta akan dikhususkan untuk pangarah dan pekerja syarikat TMK Chemical yang layak. Securities Commision turut mengesahkan syarikat ini berstatus patuh Syariah dan syarikat ini ditawarkan pada harga RM1.75 seunit.
Latar Belakang Syarikat
TMK Chemical Berhad, yang ditubuhkan pada 1989 dan diasaskan oleh Datuk Lee Soon Hian dan abangnya, Datuk Lee Hau Hian. Pada asalnya dikenali sebagai Taiko Marketing Sdn Bhd. TMK Chemical mempunyai kepakaran dalam perkhidmatan pengurusan kimia keseluruhan, yang merangkumi sumber, pemprosesan, dan pengedaran pelbagai bahan kimia anorganik seperti asid, alkali, dan garam. Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan terminal kimia, termasuk penyimpanan pukal dan penyelesaian logistik. Selama bertahun-tahun, TMK telah mengembangkan operasinya untuk merangkumi keupayaan pembuatan, terutamanya melalui Banting Plant 1, yang memulakan operasi pada Mei 2024 dan kini beroperasi pada kapasiti 70%. Servis yang ditawarkan oleh TMK melibatkan banyak industri seperti penjagaan kesihatan, automotif, pembinaan, pertanian dan banyak lagi.
Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:
x
Prestasi Kewangan
Berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan dalam prospektus syarikat, pendapatan TMK dilihat meningkat dari RM1.126 bilion pada FYE2021 kepada RM1.306 bilion pada FYE2023. Walaubagaimanapun, nilai pendapatan FYE2023 adalah lebih rendah berbanding FYE sebelumnya iaitu RM1.48 bilion kejatuhan sekitar RM140 juta. Menurut prospektus, kejatuhan ini disebabkan oleh kejatuhan dari segmen utama syarikat iaitu pengurusan bahan kimia iaitu sebanyak RM180 juta berpunca dari kejatuhan ASP untuk alkali, asid dan produk garam. Untuk rekod, pasaran tempatan kekal menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan syarikat, diikuti Vietnam dan juga Singapura.
Untuk perbandingan aset dan liabiliti, kedua-duanya dilihat meningkat, namun peningkatan ketara dilihat untuk liabiliti yang mana jika dibandingkan untuk FPE2024 aset berada sekitar RM1.067 juta dan liabiliti sekitar RM762 juta.
Pada harga RM1.75 seunit, mungkin ramai melihat harga yang ditawarkan sedikit mahal, namun berdasarkan perbandingan P/E syarikat vs median industri vs median pesaing, ratio TMK adalah lebih rendah menandakan potensi syarikat ini masih undervalue.
Penggunaan Dana
x
1. RM90.20 juta/23.4% - Memperluas Banting Plant 1
TMK bercadang untuk memperluas kilang sedia ada dengan membina kilang kedua yang dijangla berkeluasan 45,700 meter persegi ke 55,900 meter persegi. Pembinaan ini dijangka akan meningkatkan kapasiti keupayaan syarikat untuk menghasilkan lebih banyak chlor-alkali derivatif. Butiran kos adalah seperti berikut:
2. RM79.40 juta/ 20.6% - Dana kerja
Pengkhususan dana kerja ini akan membiayai beberapa kos operasi antaranya pembelian bahan mentah, logistik dan juga perbelanjaan pentadbiran.
3. RM99.1 juta/25.7%- Mengambil alih syarikat lain
TMK turut bercadang untuk melabur atau mengambil alih syarikat berpotensi yang terlibat dalam industri kimia dalam tempoh 3 tahun. Buat masa sekarang, TMK masih dalam fasa awal untuk mengenalpasti syarikat tersebut.
4. RM49.5 juta/12.9%- Pembinaan fasiliti baharu di Singapura
TMK turut bercadang untuk meluaskan operasi pemprosesan di Singapura dengan pembinaan "Singapore Facility 4". Kos yang terlibat termasuk pembelian tanah bernilai RM11 juta. Fasiliti baharu ini akan mempunyai fungsi yang hampir sama dengan fasiliti sedia ada di Tuas Avenue iaitu, gudang, pemprosesan, simpanan pukal dan pembungkusan bahan kimia inorganik.
5. RM50 juta/13%- Membayar pinjaman
TMK bercadang untuk membayar sebahagian pinjaman yang berjumlah RM250 juta. Dengan pembayaran sebanyak RM50 juta ia dijangka memberi penjimatan sehingga RM2.1 juta berdasarkan kadar faedah bernilai 4.1% setahun.
6. RM16.8 juta/4.4%- Kos penyenaraian
Industri & Bisnes
TMK terlibat dalam industri bahan kimia dengan fokus kepada bahan inorganik iaitu bersumberkn dari bahan tidak hidup seperti mineral yang terbahagi kepada alkali, asid dan garam.
x
Prestasi Industri
Berdasarkan laporan IMR yang dikeluarkan oleh Smith Zander, prestasi industri bahan kimia inorganik dilihat meningkat dari 2020 ke 2022 sebelum kembali turun pada 2023 ke RM2.85 bilion penurunan sebanyak 14.16%. Ia disebabkan oleh kejatuhan harga disamping kejatuhan jumlah jualan.
Pemain-pemain dalam industri adalah seperti berikut:
Market share yang dipegang TMK di dalam industri:
Perbincangan
Sebagai rumusan, TMK merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pengurusan bahan kimia inorganik. Prestasi kewangan TMK menurun dari FYE2022 ke FYE2023 namun untuk FPE2024 adalah lebih baik dari tahun sebelumnya. Penggunaan dana juga dilihat memfokuskan kepada mengembangkan operasi syarikat dengan pembinaan kilang kedua di Banting dan juga fasiliti baharu di Singapura pada masa yang sama dalam fasa untuk mencari syarikat yang sesuai untuk diambil alih/dilaburkan.