IPO

25-NOV-2024

IPO TOPVISION: Penyedia Rawatan Mata


AA    


 

Butiran IPO

 

 

TOPVISION Eye Specialist Berhad akan disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 16 Disember 2024. Prospektus menyebut melalui penyenaraian ini, sebanyak 54.22 juta saham baharu akan diterbitkan dan akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebanyak 15.49 juta saham akan dibahagikan kepada umum dan 33.928 juta saham akan diagihkan kepada pelabur terpilih melalui tawaran persendirian. Baki sebanyak 4.8 juta akan dikhususkan untuk pengarah dan pekerja syarikat TOPVISION yang layak. Securities Commision turut mengesahkan syarikat ini berstatus patuh Syariah dan syarikat ini ditawarkan pada harga RM0.33 seunit.

 

Latar Belakang Syarikat

 

TOPVISION Eye Specialist Berhad merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam industri perubatan dengan fokus tertumpu kepada menyediakan rawatan untuk mata. Antara servis yang ditawarkan ialah rawatan katarak, glaukoma, kelopak mata dan lain-lain.

 

 

Diasaskan pada tahun 2010 oleh founder syarikat iaitu Datuk Kenny dengan cawangan pertama yang dibuka ialah di Banting. Kemudian berkembang ke Cawangan Setia Alam pada tahun 2011 dan cawangan-cawangan lain seperti di Kuala Selangor dan Batu Pahat. Pada 21 November 2018, syarikat ini telah disenaraikan di Leap Market Bursa Malaysia. Untuk setakat ini, TOPVISION mempunyai sebanyak 11 cawangan di semenanjung Malaysia dan dalam proses untuk membuka 3 lagi cawangan termasuk 1 di negeri Sabah.

 

 

Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:

 

 

Prestasi Kewangan

 

 

Berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan dalam prospektus syarikat, prestasi kewangan TOPVISION dilihat stabil dengan mampu merekodkan peningkatan untuk pendapatan dari RM31.53 juta (FYE2021) hingga RM42.96 (FYE2023). Pendapatan FPE2024 turut meningkat berbanding tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, margin keuntungan bersih dilihat menurun dari 16.21% (FYE2021) ke 11.23% (FYE2023) didorong oleh peningkatan kos operasi syarikat. Berdasarkan rekod, penyumbang terbesar kepada pendapatan TOPVISION ialah cawangan Selangor iaitu cawangan Setia Alam, Banting dan juga Kuala Selangor iaitu sekitar 50%.

 

 

Untuk perbandingan asset vs laibiliti, TOPVISION mempunyai ratio yang baik dengan nilai asset adalah lebih 2 kali ganda berbanding jumlah liabiliti begitu juga dengan untuk current asset VS current liabilities. Ini menandakan syarikat ini memiliki risiko yang rendah untuk bankrap dengan kemampuan untuk membayar balik liabiliti yang ada.  

 

 Penggunaan Dana IPO

 

Melalui pemindahan dari Leap market ke Ace market ini, TOPVISION dijangka menerima dana sebanyak RM17.89 juta dana yang akan digunakan untuk beberapa perkara:

1. RM7.9 juta/44.14% -  Menubuhkan TOPVISION International

Di samping menawarkan perkhidmatan sedia ada, TOPVISION bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan sub-spesialis tambahan seperti pemindahan kornea, pembedahan untuk penyakit dan gangguan mata kanak-kanak, pembedahan estetik dan oculoplastik, serta pembedahan refraktif (LASIK dan lensa kolamer implan). TOPVISION International juga akan menumpukan kepada pesakit asing dengan fokus tertumpu kepada pasaran indonesia. Untuk itu, lokasi strategik iaitu di Petaling Jaya telah dipilih bagi membangunkan cawangan ini termasuk kos pembinaan dan pembelian peralatan. 

 

2. RM5.00 juta/27.94% -  Penubuhan 2 Cawangan baru iaitu di Kuala Terengganu dan Tawau

TOPVISION turut bercadang untuk menubuhkan 2 cawangan baru iaitu di Kuala Terengganu dan Tawau. Langkah ini dapat memperluas perkhidmatan syarikat yang dijangka akan meningkatkan pelanggan syarikat. Dengan pembukaan cawangan baru ini, TOPVISION turut akan merekrut beberapa pekerja seperti ophtalmologist. 

 

3. RM498 ribu/2.79% - Pembelian Mesin

TOPVISION turut bercadang untuk membeli 2 buah mesin phacoemulsification yang terlibat dalam rawatan pembuangan katarak. Pembelian ini adalah untuk menggantikan dan menaik taraf mesin sedia ada syarikat.

 

4. RM4.495 juta/25.12% - Pembayaran Kos Perpindahan

Baki dana akan digunakan untuk membayar kos perpindahan syarikat dari Leap Market ke Ace Market.

 

Industri & Bisnes

TOPVISION Eye Specialist Berhad merupakan sebuah pemain dalam industri penjagaaan kesihatan dengan fokus tertumpu kepada menyediakan rawatan untuk mata. Antara contoh rawatan yang ditawarkan ialah pembuangan katarak, glaukoma dan rawatan mata kering.

 

Prestasi Industri

 

Berdasarkan laporan IMR yang dikeluarkan oleh Protege, Industri penjagaan mata perubatan di Malaysia telah berkembang sebanyak 29.4% kepada RM702.4 juta pada tahun 2022 berbanding RM542.8 juta pada tahun 2021. Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan permintaan pesakit terhadap perkhidmatan penjagaan mata perubatan setelah beberapa tahun penangguhan yang disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan yang berkaitan dengan penyakit coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia. Selain itu, dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa, industri penjagaan mata perubatan di Malaysia juga mendapat manfaat daripada peningkatan jumlah pelancong kesihatan. Menurut Majlis Kesihatan Pelancongan Malaysia, jumlah pelancong kesihatan meningkat sebanyak 51.5% kepada 850,000 pada tahun 2022 (2021: 561,000), sementara pendapatan dari pelancong kesihatan lebih daripada dua kali ganda kepada RM1.30 bilion (2021: RM600.0 juta) pada tahun yang sama. 

Perbandingan prestasi pemain-pemain dalam industri adalah seperti berikut:

 

 

Perbincangan

Sebagai rumusan, TOPVISION merupakan sebuah yang terlibat dalam industri penjagaan kesihatan dengan fokus tertumpu menyediakan rawatan untuk mata seperti pembedahan katarak. Melalui perpindahan dari Leap Market ke Ace Market ini, TOPVISION bercadang untuk menggunakan sebahagian besar dana untuk menubuhkan TOPVISION International yang mana akan memperkenalkan perkhidmatan sub-spesialis tambahan. Dari segi kewangan, prestasi TOPVISION dilihat agak stabil dengan mampu meningkatkan pendapatan. Namun, penurunan margin keuntungan bersih syarikat perlu diambil perhatian. 


< kembali ke laman blog utama