IPO

29-NOV-2024

IPO VANZO: Pengeluar Produk Wangian Udara


AA    


x

Butiran IPO

 

 

Vanzo Holdings Berhad akan disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 17 Disember 2024. Berdasarkan prospektus syarikat, melalui penyenaraian ini, sebanyak 93.35 juta saham baharu akan diterbitkan dan 46.67 juta saham sedia yang ada akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebanyak 23.34 juta saham akan dibahagikan kepada umum dan 93.35 juta saham akan diagihkan kepada pelabur terpilih melalui tawaran persendirian. Baki sebanyak 23.338 juta akan dikhususkan untuk pengarah dan pekerja syarikat Vanzo yang layak. Securities Commision turut mengesahkan syarikat ini berstatus patuh Syariah dan syarikat ini ditawarkan pada harga RM0.15 seunit. 

 

Latar Belakang Syarikat

 

Vanzo mula beroperasi pada tahun 2017 dengan penubuhan E&W Perfume Enterprise. Sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan, Vanzo melalui anak syarikatnya terlibat dalam mereka bentuk, pemasaran dan juga penjualan produk wangian udara seperti wangian kereta dan wangian dalam bangunan. Selain menjual produk di bawah jenama utama iaitu Vanzo, syarikat ini turut menjual produk di bawah jenama Vanscent dan juga jenama pihak ketiga iaitu CopperX.

Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:

 

 

Prestasi Kewangan

 

 

Prestasi kewangan dilihat stabil dengan mampu meningkat pendapatan dari RM22 juta pada FYE2021 ke RM40 juta pada FYE2023. Pendapatan FPE2024 juga lebih baik dari tahun sebelumnya. Margin keuntungan syarikat juga kekal di atas 10% walaupun terdapat sedikit kejatuhan. 

Dari perbandingan aset dan liabiliti, untuk FYE2024, nisbah aset/liabiliti syarikat dilihat berkurang di bawah 2 dengan berlaku kenaikan yang agak mendadak dalam pinjaman bank. Berdasarkan management discussion, peningkatan curent liabilities syarikat adalah untuk dana kerja syarikat.

Bagi perbandingan PE, Vanzo diletakkan di bawah industri produk konsumer manakala tiada syarikat di Bursa Malaysia yang mempunyai model bisnes seperti Vanzo yang menjual wangian  udara dengan fokus kepada kenderaan. Hybrid P/E ratio Vanzo berada pada paras 12.77, lebih rendah dari median P/E sektor iaitu 13.35. 

 

Penggunaan Dana

 

Melalui penyenaraian ini Vanzo dijangka menerima dana sebanyak RM 14.003 juta yang akan digunakan untuk beberapa perkara seperti berikut:

 

1. RM 6.6 juta/47.2%- Mengembangkan bisnes semasa dan juga pemasaran.

Untuk masa sekarang Vanzo mempunyai 6 kiosk. Dengan penyenaraian ini, Vanzo bercadang untuk membuka 4 lagi kiosk yang dijangka akan menggunakan dana sebanyak RM1.6 juta.

Bagi tujuan pemasaran pula, Vanzo akan menggunakan dana sebanyak RM5.00 juta. Antara yang akan dilakukan ialah promosi seperti diskaun, melantik sekurangnya 1 duta tempatan dan juga menaja acara. Butiran pemasaran yang akan dilakukan adalah seperti berikut.

 

 

2. RM3.00 juta/21.4%- Pembayaran pinjaman bank

Pembayaran hutang ini dijangka akan menambah baik cash flow semasa syarikat dan menjimatkan kos pinjaman sekitar RM220 ribu. Gearing ratio syarikat juga dijangka akan menjadi lebih baik iaitu dari 0.3 kepad 0.2. 

3. RM3.7 juta/26.4%- Membayar kos penyenaraian

4.RM 700 ribu/5%- Dana kerja

 

Industri & Bisnes

Vanzo merupakan syarikat pengeluar wangian udara pertama yang tersenarai di Bursa Malaysia. Produk wangian yang dikeluarkan diletakkan di bawah industri barangan pengguna. 

 

 

Prestasi Industri

 

 

Berdasarkan laporan IMR yang dikeluarkan oleh Providence, industri wangian merekodkan peningkatan dari RM244 juta pada tahun 2021 kepada RM299.2 juta pada 2023 dengan CAGR 10.7%. Menurut jangkaan nilai industri ini diunjur meningkat ke 387.5 juta pada tahun 2026. 

Berdasarkan rekod semasa, Vanzo berada di tempat ketiga market share bagi pasaran wangian udara dengan 13.3%. 

 

Perbincangan

Sebagai rumusan, Vanzo merupakan pengeluar produk wangian udara dengan fokus pendapatan kepada wangian kenderaan. Dengan penyenaraian ini, Vanzo menumpukan untuk  menambah 4 kiosk baharu dan juga pemasaran merangkumi tajaan, duta dan pemasaran digital. Prestasi kewangan syarikat dinilai stabil dengan revenue meningkat dari FYE2021 hingga FYE2023 dengan nilai margin kekal di atas 10%. 

 


< kembali ke laman blog utama