IPO

12-AUG-2024

IPO VTC: Penyedia Penyelesaian IT


AA    


 

Butiran IPO

 

 

VETECE Holdings Berhad akan disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 28 Ogos 2024. Berdasarkan prospektus syarikat, tarikh tutup permohonan IPO ini ialah pada 14 Ogos 2024 dan ditawarkan pada harga RM0.25 sen seunit. Untuk IPO ini, VTC akan menerbitkan sebanyak 98 juta saham baharu yang dibagikan kepada beberapa bahagian. Sebanyak 19.6 juta saham akan diagihkan kepada orang umum manakala sebanyak 9.8 juta akan diagihkan kepada pengarah dan pekerja yang layak. Baki sebanyak 68.6 juta akan dikhususkan kepada pelabur terpilih melalui tawaran persendirian. IPO VTC disahkan patuh Syariah oleh Securities Commisions.

 

Latar Belakang Syarikat

VTC adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan. Melalui anak syarikatnya, VTCM dan VTCS, VTC menyediakan penyelesaian IT untuk perusahaan. Antara perkhidmatan yang dilakukan ialah servis penyelenggaraan, sokongan dan perkhidmatan profesional serta penjualan semula perkakasan dan perisian. Sejarah syarikat bermula pada tahun 2003 dengan penubuhan VTCM yang berfungsi sebagai subkontraktor pelaksanaan Siebel tempatan di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian Siebel CRM (Customer Relationship Management) kepada syarikat-syarikat besar dan MNC. Selepas daripada itu, perkhidmatan VTC terus berkembang untuk tahun-tahun berikutnya:

Model perniagaan terkini syarikat adalah seperti berikut:

 

 

Prestasi Kewangan

 

 

Secara asasnya, VTC menunjukkan prestasi kewangan yang stabil. Pendapatan VTC meningkat dari FYE2021 hingga FYE2023 dari RM20 juta ke RM23 juta. Keuntungan kasar syarikat turut menunjukkan peningkatan RM5.8 juta ke RM9.7 juta. Peningkatan pendapatan dari 2022 hingga 2023 iaitu sebanyak 10.99% disebabkan oleh peningkatan dari segmen penyelenggaraan, sokongan dan servis profesional. Menurut rekod, Malaysia merupakan pelanggan utama bagi syarikat ini dengan menyumbang sebanyak 96.40% kepada pendapatan syarikat untuk FYE2023. Disamping itu, industri telekomunikasi menjadi penyumbang utama kepada VTC. Jika dibandingkan FPE2024 dan FPE2023, pendapatan VTC jatuh sebanyak RM150 ribu namun masih mampu untuk membuat keuntungan yang lebih tinggi.

 

 

Penggunaan Dana IPO

 

Berdasarkan prospektus VTC, mereka membahagikan penggunaan dana kepada bahagian. Secara umum, sebahagian besar dari dana akan digunakan untuk mengembangkan lagi perniagaan. Antara yang akan dilakukan ialah pengeluaran produk dan servis baharu, dengan sebanyak RM2.19 juta atau 8.95% dengan tumpuan diberikan kepada produk AI. Selain itu, sebanyak RM3.3 juta akan digunakan untuk memperkukuh operasi di Singapura dengan melantik beberapa jawatan, sewaan pejabat dan pembelian peralatan. VTC turut bercadang untuk mewujudkan Center of Excellence (COE) bagi penyelesaian perisian. Untuk itu, sebanyak RM3.8 juta diperuntukkan untuk melantik beberapa kakitangan, pembelian laptop dan sistem serta infrastruktur awan. 

 

Selain itu, VTC juga akan menggunakan dana sebanyak 26.61% atau RM6.52 juta untuk pembayaran lesen perkakasan dan perisian  yang melibatkan jenama seperti Oracle dan WSO2 dan jenama-jenama lain. Baki dana akan digunakan untuk membayar hutang sebanyak RM4.47 yang telah digunakan untuk pembelian 4 bangunan yang dijadikan ibu pejabat VTC. Sebanyak RM4.6 juta pula akan digunakan untuk membayar kos penyenaraian. 

 

Industri & Bisnes

Vetece merupakan sebuah syarikat yang menyediakan penyelesaian IT untuk perusahaan dengan fokus utama kepada servis implementation, penyelenggaraan, sokongan dan servis profesional serta penjualan perkakasan dan perisian. Jadi, VTC terlibat dalam industri ICT dengan fokus kepada industri servis IT.

 

Prestasi Industri

Berdasarkan laporan IMR yang dikeluarkan oleh Protege, industri servis IT untuk perusahaan menunjukkan peningkatan dari segi pendapatan dari tahun 2020 hingga 2022 iaitu dari RM19.44 bilion ke RM21.30 bilion. Menurut jangkaan nilai ini akan terus meningkat dan dijangka akan berkembang pada kadar CAGR 5.7% (2024 - 2028). Untuk tahun 2024, industri perusahaan ICT dijangka akan memperoleh pendapatan sebanyak RM23.48 bilion. Pelanggan utama syarikat VTC untuk tahun 2023 ialah TM dengan menyumbang sebanyak 45.6% kepada pendapatan syarikat.

 

Perbincangan

Sebagai rumusan, VTC merupakan penyedia penyelesaian IT untuk perusahaan dengan fokus utama servis kepada servis implementation, penyelenggaraan, sokongan dan servis profesional serta penjualan semula perkakasan dan perisian. Prestasi kewangan VTC dianggap agak baik kerana mampu mengekalkan peningkatan dari segi pendapatan syarikat dan keuntungan kasar dari FYE2021 hingga FYE2023. Untuk penggunaan dana, VTC dilihat menggunakan sebahagian besar dari dana untuk memperkembangkan perniagaan contohnya memperkenalkan produk baharu, memperkukuh pasaran Singapura dan juga memperkenal penyelesaian COE.  


< kembali ke laman blog utama