IPO

27-NOV-2024

IPO Winstar: Penyedia Produk Aluminium


AA    


x

Butiran IPO

 

 

Winstar Capital Berhad akan disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 19 Disember 2024. Berdasarkan prospektus syarikat, melalui penyenaraian ini, sebanyak 17.40 juta saham baharu akan diterbitkan dan 56.55 juta saham sedia yang ada  akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebanyak 14.50 juta saham akan dibahagikan kepada umum dan 43.50 juta saham akan diagihkan kepada pelabur terpilih melalui tawaran persendirian. Baki sebanyak 15.95 juta akan dikhususkan untuk pengarah dan pekerja syarikat Winstar yang layak. Securities Commision turut mengesahkan syarikat ini berstatus patuh Syariah dan syarikat ini ditawarkan pada harga RM0.35 seunit. 

 

Latar Belakang Syarikat

Beroperasi di Malaysia sejak 2002, Winstar memulakan operasi dengan nama CNC Aluminium Sdn Bhd dengan ibu pejabatnya terletak di Batang Berjuntai, Selangor.Winstar mempunyai pengalaman selama 22 tahun dalam industri pembuatan dengan fokus kepada pembuatan produk aluminium seperti tangga dan struktur rangka solar.  Di pembuatan produk alumunium, Winstar turut menawarkan servis pemasangan sistem solar. 

Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:

 

 

Prestasi Kewangan

 

Berdasarkan laporan prospektus syarikat, Winstar dilihat mempunyai kewangan yang stabil di samping mampu meningkatkan pendapatan syarikat dari RM89 juta pada FYE2021 kepada RM153 juta pada FYE2023. Peningkatan yang agak ketara direkodkan pada FYE2023 didorong oleh peningkatan jualan untuk segmen utama syarikat iaitu aluminiun extrusion sebanyak RM43.78 juta. Seiring dengan peningkatan revenue, margin keuntungan bersih syarikat turut dilihat meningkat namun masih di bawah 10% .Untuk perbandingan aset vs liabiliti, keduanya berada dalam trend meningkat dan yang terkini aset berada pada paras 209 juta manakala liabiliti 132 juta. Ini bermakna jika debt ratio syarikat untuk FPE2024 berada pada sekitar 1.58: 1. 

Majoriti pendapatan syarikat datang dari segmen aluminium extrusion sekita 60% diikuti oleh perdagangan & pengedaran bahan binaan. Segmen terbaru yang dikenalkan pada FYE2023 iaitu pemasangan solar menyumbang 2.3% untuk FPE2024. 

 

 

Penggunaan Dana

 

 

Melalui penyenaraian ini Winstar dijangka menerima dana sebanyak RM19.79 juta yang akan digunakan untuk beberapa perkara: 

1. RM9.5 juta/48.25%- Membeli mesin tekanan aluminium extrusion yang baru.

Winstar bercadang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran syarikat dengan pembelian 4 mesin baru. Menurut prospektus, jangkaan kapasiti penghasilan syarikat meningkat dari 6,705 tan/setahun kepada 15,285 tan/setahun peningkatan sebanyak 8,580 tan/setahun.   

 

2. RM6.24 juta/31.54%- Dana  kerja

Winstar bercadang untuk membeli bahan utama untuk penghasilan produk aluminium iaitu aluminium billet. 

 

3. RM 4 juta/20.21%- Kos penyenaraian 

 

Industri & Bisnes

 

Winstar merupakan pemain dalam industri aluminium dengan fokus kepada produk berasaskan aluminium extrusion seperti tangga, kerangka panel solar, bahan pembinaan dan sebagainya.

 

 

Prestasi Industri

 

Berdasarkan laporan IMR, industri aluminium menunjukkan peningkatan dari segi saiz iaitu dari nilai RM1.88 bilion pada tahun 2020 kepada RM3.22 bilion. Jangkaan pada tahun 2028, industri ini akan bernilai RM4.69 bilion dengan CAGR sekitar 7.8%. Sebagai pemain dalam industri aluminium, faktor harga aluminium mempengaruhi prestasi syarikat ini.  

Pelanggan utama syarikat Winstar adalah seperti berikut:

 

 

Perbincangan

 

Sebagai rumusan, Winstar merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan produk aluminium seperti rangka panel solar, dan tangga. Melalui penyenaraian ini, sebahagian besar dana akan digunakan untuk membeli 4 mesin tekanan yang dijangka mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran segmen utama syarikat lebih 100%. Dari segi kewangan, Winstar dilihat mempunyai pendapatan yang stabil dengan merekodkan peningkatan pendapatan. Namun, jika dilihat dari nilai nisbah aset/hutang, Winstar merekodkan nisbah kurang dari 2, bermakna risiko yang agak tinggi untuk menampung hutang yang ada. 

 


< kembali ke laman blog utama