28 April, 2022 - Pada hari Sabtu yang lepas, sebuah sesi khas telah berlangsung secara live di Youtube rasmi iSaham dan Facebook Group iSaham Live. Sesi ini dijalankan pada jam 11 pagi dan dihoskan oleh partner remisier iSaham, iaitu En Anas Faris.
Sesi yang diberi nama iSaham Special Event (Q2 2022 Update) ini telah diadakan selama 1 jam 17 minit. Sebelum sesi dimulakan, penonton dibenarkan untuk bertanyakan soalan berkaitan pasaran dan iSaham. Antara soalan yang diajukan adalah berkaitan sektor semikonduktor dan teknologi, pasaran global, proses IPO dan banyak lagi.
Sesi kemudian diteruskan dengan pengenalan tentang special event ini oleh En Anas Faris. Memetik kata-kata beliau,
"Di iSaham, kami berusaha untuk membantu pelabur melabur dengan lebih baik. Kami akan membina dan terus membina demi mencapai matlamat kami, iaitu memberi kemudahan untuk akses pelaburan yang profesional dengan kos yang rendah kepada orang ramai."
Analisa data di tahap seterusnya
Sesi kemudian diteruskan dengan pengenalan kepada update dan features terbaru di isaham.my. Berikut merupakan highlight untuk pengenalan tersebut.
1. Bar navigasi baru
Navigasi kini lebih mudah, dan pantas. Kini segala yang penting, semuanya berada di atas.
2. StockWord
Sedalam mana pengetahuan anda tentang kaunter-kaunter di Bursa Malaysia? Uji kekuatan kamus simbol saham anda dengan StockWord.
3. Sektor berserta carta
Kadang-kala pandangan boleh jadi berat sebelah. Untuk lebih mudah, kami hasilkan carta untuk keseluruhan sektor; aluminium, kayu, atau pembinaan, semua kami sediakan.
4. Kalendar
Ada beberapa tarikh yang penting di dalam dunia saham, antaranya ialah tarikh tamatnya waran, tarikh keluarnya quarter report, dan tarikh Annual General Meeting (AGM). Semuanya disenaraikan di kalendar, termasuk tarikh cuti.
5. Perbandingan saham
Bandingkan saham Greatec dan Genetec sebelah menyebelah untuk melihat prestasi syarikat dengan lebih mudah.
6. Halaman bermusim
Apa yang rally sewaktu Aidilfitri? Nilai sendiri dengan melihat prestasi indeks, sektor, atau saham berdasarkan pulangan bulanan atau acara bermusim yang lalu.
7. Korelasi
Hubungkaitkan satu data dengan data yang lain untuk melihat pergerakan yang bergerak secara langsung atau tidak langsung.
Produk yang dinaiktaraf, harga yang lebih mesra
Kami pernah memperkenalkan produk-produk kami di dalam blog Belajar Saham Bersama iSaham. Kali ini kami memperkenalkan produk yang sama, dinaiktaraf, dengan harga yang lebih mesra.
1. iSaham Playback
iSaham Playback membolehkan anda belajar fundamental dan teknikal mengikut keselesaan diri, dengan kadar kelajuan anda sendiri.
Kini, jika anda melanggan iSaham Playback, anda bukan sahaja bakal memperolehi video pembelajaran saham, malah, anda juga akan diberikan koleksi E-book iSaham yang bernilai RM 69. Sungguhpun begitu, harga untuk iSaham Playback tetap dikekalkan, iaitu RM 199 sahaja.
Nota: Jika anda sudah melanggan iSaham Playback sebelum ini, anda layak untuk mengakses E-book iSaham. Jika terdapat sebarang kesulitan, boleh hubungi @iSahamSupport di Telegram.
2. iSaham Max dan iSaham Max Live
Sebelum ini kami telah memperkenalkan iSaham Max Live, yang merangkumi keseluruhan features iSaham dan memperolehi akses kelas iSaham secara live. Kini kami pecahkan kepada dua, iaitu iSaham Max dan iSaham Max Live.
iSaham Max merupakan suatu add-on kepada iSaham Pro. Anda akan memperolehi akses penuh features di isaham.my, tanpa iklan. Harga untuk melanggan iSaham Max hanyalah RM 19/ bulan.
iSaham Max Live pula merupakan akses kepada features sepenuhnya isaham.my, dengan tambahan sesi live sebanyak empat kali sebulan. Sesi-sesi live ini termasuklah pembelajaran tentang analisa fundamental, teknikal dan IPO review (jika ada). Harga yang ditawarkan hanyalah RM 69/ sebulan.
Anda juga boleh membuat perbandingan kelebihan di antara akses asas, Pro dan Max di pautan plan compare ini.
Sesi kemudian diakhiri dengan pemberian hadiah giveaway dari Twitter dan StockWord. Seramai tujuh orang pemenang bertuah telah berjaya memenangi giveaway yang diadakan. Tahniah diucapkan!
Untuk melihat video penuh sesi iSaham Special Event ini, boleh klik di sini.