TEKNIKAL

17-DEC-2021

Kaedah Penggunaan Parabolic SAR dalam Kajian Teknikal


AZ    


Parabolic SAR merupakan satu penunjuk teknikal yang digunakan untuk menentukan pergerakan dan reversal sesuatu harga saham. SAR membawa maksud kepada Stop And Reverse. Kebanyakkan pelabur menggunakan indikator ini untuk mengenal pasti waktu yang sesuai saham tersebut dalam keadaan uptrend atau downtrend. Indikator ini telah diilhamkan oleh J. Welles Wilder Jr. yang juga pencipta indikator teknikal lain seperti Relative Strength Index (RSI) dan pelbagai lagi. 

Kegunaan parabolic SAR

Indikator ini dicipta oleh J. Welles untuk menentukan 3 perkara iaitu:

Kaedah parabolic SAR

Untuk menggunakan teknik ini, anda perlu mencari dan menaip "Parabolic SAR" di ruangan indikator. Selepas itu anda boleh menentukan tetapan parabolic SAR mengikut kesesuaian strategi masing-masing. Asas bagi tetapan parabolic SAR adalah (0.02, 0.02, 0.2). Tetapan indikator parabolic SAR ini adalah level tindak balas mengikut perubahan pergerakan harga sesuatu saham.

Penentuan pergerakan trend

Berdasarkan carta di bawah, parabolic SAR adalah pergerakan titik atau bentuk seakan-akan bulat kecil di atas dan di bawah candlestick. Indikator ini akan memberikan isyarat bahawa fasa uptrend dan downtrend akan bermula. Apabila titik parabolic SAR berada di bawah candlestick, ia menunjukkan pergerakkan uptrend. Pada fasa ini, terdapat momentum peningkatan harga saham sesebuah syarikat. Semakin meningkat harga saham, titik parabolic SAR juga akan meningkat.

Apabila titik parabolic SAR berada di atas candlestick, ia menunjukkan pergerakan downtrend akan berlaku. Pada fasa ini, terdapat penurunan pada pergerakan harga saham tersebut. Hal ini menunjukkan perubahan titik parabolic SAR telah berlaku dari bawah ke atas.

Fasa sideway

Namun parabolic SAR tidak sesuai digunakan apabila pergerakan saham berada di fasa sideway. Kebarangkalian mendapat momentum palsu pada fasa ini adalah sangat tinggi. Jika dilihat pada momentum palsu dibawah, titik parabolic SAR tetap juga akan bergerak meningkat walaupun pada ketika itu pergerakan harga saham menurun. Oleh sebab itu, J. Wilder berpendapat pelabur juga perlu menggunakan indikator teknikal lain untuk menentukkan pergerakan saham tersebut.

Kelemahan parabolic SAR

Disebalik manfaatnya, parabolic SAR juga mempunyai kelemahan dalam penggunaan indikator untuk kajian teknikal. Indikator ini hanya bersesuaian ketika fasa pergerakan saham mempunyai momentum uptrend. Ia tidak sesuai digunakan apabila momentum pergerakan trend berada di fasa sideway. Parabolic SAR juga perlu bergantung dengan indikator teknikal yang lain seperti moving average (MA) dan pelbagai lagi untuk menentukan trend momentum pergerakan saham. Adakalanya momentum palsu titik kenaikan akan muncul terutamanya apabila di fasa sideway.

Kesimpulan

Jika dilihat teknik parabolic SAR memudahkan pelabur untuk menentukkan pergerakan uptrend dan downtrend sesuatu saham. Namun, pelabur juga perlulah mempunyai langkah dan strategi yang lain sekiranya indikator ini tidak menjadi semasa pembelian saham dilaksanakan. Setiap indikator teknik yang disediakan hanyalah sebagai bantuan kepada pelabur sebelum memulakan aktiviti dagangan. Pelabur yang bijak akan mempunyai persediaan tindakan alternatif dalam trading plan masing-masing.

Rujukan


< kembali ke laman blog utama