Moving average adalah satu instrumen dalam kajian atau analisis teknikal saham. Tujuan moving average digunakan ialah untuk mendapatkan sebuah lengkung di atas graf yang lebih normal. Lengkung ini akan memberikan gambaran purata harga untuk satu jangka masa yang diperhatikan. Dengan moving average, kesan naik turun saham yang rawak boleh ditapis, membolehkan harga dilihat secara purata yang bergerak.
Masa dalam pemerhatian Moving Average
Purata bergerak atau moving average boleh dilihat dalam apa-apa jangka masa yang ingin diperhatikan. Secara kebiasaan, ia digunakan untuk melihat dalam tempoh jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Mengikut pengelasan ini, jangka masa pendek boleh jadi sama ada 3, 4 atau 5 hari mengikut apa yang anda biasa.
Sekiranya anda gemar untuk pantau pada purata pergerakan seminggu, boleh lihat pada MA5 berdasarkan 5 hari pasaran dibuka seminggu. Untuk dua minggu dan lebih, boleh lihat pada MA10 dan seterusnya. Semakin pendek masa yang digunakan untuk membina purata ini, semakin sensitif lengkung yang akan terhasil daripada perubahan harga. Sebaliknya pula yang berlaku jika diperhatikan pada jangka masa yang lebih panjang.
Purata untuk moving average boleh dibuat sama ada asaskan harga buka, tutup, tinggi atau rendah saham. Setiap titik pada lengkung moving average pula terhasil daripada jumlah hari yang diperhatikan sebelum dan termasuk hari rujukan. Jika kita lihat pada MA10 pada hari ini, ianya dibentuk dari 9 hari sebelum, dan termasuk harga saham hari ini.
Cara menggunakan Moving Average
Untuk menggunakan moving average di iSaham, anda boleh lihat pada carta dan tekan butang Indicators
di bahagian atas carta. Cari dan tekan pada indicator moving average. Anda akan dapat lihat lengkungan moving average terhasil pada carta. Daripada lengkung ini, anda boleh menilai sama ada saham bergerak secara menaik, menurun atau mendatar.
Melihat pada contoh di atas, kita boleh tetapkan lengkung Moving Average sama ada pada 10, 50, atau 200 hari untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Kita boleh lihat bahawa lengkung dari MA10 (berwarna biru) terbentuk lebih mirip dengan carta lilin berbanding MA50 dan juga MA200 yang jauh sekali berbeza coraknya.
Dari corak ini, secara umumnya kita boleh katakan POHUAT ini sesuai dilabur untuk jangka masa pendek dan sederhana, dan tak sesuai untuk jangka masa panjang. Penilaian ini dibuat berdasarkan lengkung mana yang menunjukkan corak kenaikan atau penurunan.
Pintasan Moving Average
Dalam pemerhatian moving average, kita juga boleh mengesan sebuah signal dagangan sekiranya berlaku pintasan moving average. Untuk mengenal mekanisma ini, kita boleh sebut moving average jangka masa pendek sebagai MA yang laju dan jangka masa panjang sebagai MA yang perlahan.
Sekiranya MA laju membuat pintasan atas MA perlahan dalam keadaan uptrend, ia disebut sebagai Golden Cross. Sebaliknya pula, sekiranya MA laju membuat pintasan atas MA perlahan dalam keadaan downtrend, ia disebut sebagai Dead Cross.
Golden Cross adalah satu signal belian, manakala Dead Cross adalah signal jualan. Relevannya di sini ialah pergerakan MA yang laju akan mula menguasai trend pergerakan berbanding MA yang perlahan.
Ada pelbagai kombinasi MA laju dan perlahan yang boleh digunakan. Namun semuanya menggunakan konsep yang sama, iaitu MA laju memintas MA perlahan. Antara screener Golden Cross yang ada di iSaham ialah:
Moving Average sebagai Support
MA juga boleh digunakan sebagai support untuk menentukan harga entry saham. Secara kebiasaannya kita melihat satu paras harga itu sebagai suatu harga support. Untuk penggunaan MA, kita boleh anggap lengkungan MA pula sebagai support. Maka apabila harga saham menurun dan menyentuh lengkungan MA, ia menandakan sebuah entry. Antara screener yang boleh membantu anda mencari saham-saham yang mempunyai MA sebagai support adalah seperti di bawah:
Screener di atas tadi akan mengesan mana-mana saham yang berdekatan dengan garisan MA20, 50, 100 dan 200 seperti dalam gambar (garisan biru) di atas.
Kebergantungan pada Moving Average
Seperti mana-mana kaedah kajian yang lain, Moving Average juga tidak terkecuali dari risiko entry yang palsu (false entry). Saham merupakan instrumen pelaburan yang sangat susah untuk diramal. Ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi pergerakan saham. Terdapat juga kemungkinan saham tidak bergerak seperti yang dijangka disebabkan sentimen pasaran yang pelbagai.