UMUM

20-JUL-2022

Kerjaya dalam Industri Pasaran Saham Bursa Malaysia


NM    


Ramai yang tahu cara untuk mendapatkan wang melalui pasaran saham. Antaranya ialah melalui berdagang (keuntungan modal), melabur dalam saham dividen, atau memperoleh 'doorgift' selepas menghadiri AGM/ EGM.

Namun, terdapat satu lagi cara untuk menjana pendapatan dalam industri pasaran saham yang mungkin tidak ramai tahu, iaitu dengan menjadi seorang wakil pemasaran ataupun marketing representative (MR).

Kerjaya sebagai Marketing Representative

Kerjaya sebagai Marketing Representatives (MR)

Marketing representative (MR) adalah suatu kerjaya di mana sesuatu individu bertindak sebagai orang tengah di antara prinsipal (broker) dan pelanggan.

Mereka bertanggungjawab dalam memperkenalkan atau merujuk bakal pelanggan. Selain itu, MR boleh menawarkan perkhidmatan yang disediakan oleh prinsipal yang diwakili, dan juga boleh memberi perkhidmatan sokongan kepada pelanggan.

Cara untuk menjadi seorang MR

Menurut Guidelines for Marketing Representatives yang disediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, untuk menjadi seorang MR, anda hendaklah:

Perbezaan MR dan Remisier

Sekiranya anda telah mempunyai akaun CDS, pasti anda biasa dengan terma remisier, iaitu individu berkelayakan dari syarikat broker yang menjadi pengantara di antara pelabur saham dan institusi pelaburan.

Berbeza dengan MR, seorang remisier boleh membuat perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh MR; seperti menerima dan melaksanakan pesanan pelanggan dan memberi nasihat (yang tidak mempengaruhi pelabur secara spesifik) dalam pasaran.

Namun, kelayakan untuk menjadi remisier adalah lebih sukar berbanding MR. Antara syarat untuk menjadi seorang remisier adalah anda perlu lulus ujian modul 6 & 7, serta perlu meletakkan wang cagaran dalam jumlah tertentu yang ditetapkan oleh broker.

Modul 6 & 7

Tambahan lagi, seorang remisier hanya boleh bekerja di bawah satu prinsipal, manakala seorang MR bebas untuk berada di bawah beberapa prinsipal yang berlainan (tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan prinsipal).

Kelebihan menjadi MR bersama partner-remisier iSaham

Di iSaham, kami juga menyediakan kemudahan untuk individu yang berminat untuk menjadi MR. Terdapat beberapa kelebihan jika anda menjadi MR bersama partner-remisier iSaham, iaitu:

Oleh itu, sekiranya anda berminat untuk menjadi MR bersama iSaham, boleh baca post ini atau hubungi @iSahamSupport di Telegram untuk pertanyaan lanjut.


< kembali ke laman blog utama