UMUM

24-JUL-2024

Ketahui Waktu Dagangan Pasaran Saham US & HK


AA    


 

Jika anda baru hendak mula berdagang untuk pasaran antarabangsa, antara perkara yang anda perlu ambil maklum ialah masa dagangan pasaran tersebut. Ini kerana, masa dagangan setiap pasaran saham adalah berbeza disebabkan perbezaan lokasi dan negara. Dalam blog kali ini, iSaham akan ceritakan masa dan jadual dagangan mengikut waktu Malaysia bagi pasaran saham Amerika Syarikat (US) dan juga Hong Kong (HK) yang mana kedua-dua pasaran dibuka untuk didagangkan di aplikasi M+ Global selain Bursa Malaysia. 

 

Masa Dagangan Pasaran Saham US

Secara asasnya, waktu dagangan pasaran saham US ialah mengikut masa Timur/Eastern Time (ET) dari hari Isnin hingga Jumaat bermula 9:30 hingga 16:00. Jika mengikut waktu Malaysia terdapat perbezaan dari  musim panas iaitu Mac ke November dan musim sejuk iaitu November ke Mac. Untuk musim panas masa dagangan Pre market untuk masa Malaysia ialah dari Jam 4.00 petang hingga 9.30 malam. Manakala untuk post-market, waktunya adalah dari jam 4.00 pagi hingga 8.00 pagi. Untuk, musim sejuk pula, masa Pre-market adalah dari 5.00 petang hingga 10.30 malam dan  untuk post-market ialah dari 5.00 pagi hingga 9.00 pagi.

 

 

Masa Dagangan Pasaran Saham HK

Waktu Hong Kong adalah selari dengaSecara asasnya, pasaran saham Hong Kong beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum. Jadual waktu dagangan pasaran ini adalah seperti bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang dan dibahagikan kepada 2 sesi iaitu morning session bermula 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan afternoon session dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang. Butiran masa lain seperti pre-opening dan closing action session adalah seperti berikut: 

 

 

Perbincangan

Sebagai kesimpulan, waktu dagangan US dan HK adalah berbeza dengan waktu dagangan Bursa Malaysia. Untuk US, pedagang boleh berdagang pada waktu dagangan berbeza iaitu pre-market, normal market dan post-market manakala untuk pasaran HK pedagang boleh berdagang ketika morning session dan afternoon session. Dengan mengetahui masa dagangan pasaran-pasaran ini, pedagang dapat merangka jadual dagangan masing-masing dan memantau secara langsung pasaran yang diingini.

 


< kembali ke laman blog utama