TUTORIAL

26-JUN-2020

Kini Akaun CDS Boleh Dibuka melalui Bursa Anywhere


FN    


Bursa Anywhere adalah aplikasi keluaran Bursa Malaysia yang sangat berguna bagi pelabur di Malaysia. Kini, terdapat tambahan ciri baru dalam aplikasi ini yang membolehkan anda buka akaun CDS tanpa menggunakan borang. Dengan aplikasi ini, anda boleh buka akaun CDS secara remote, mengurangkan pergerakan fizikal, dan juga menjimatkan kos penghantaran kalau ada.

bursa anywhere open cds banner

Cara-cara membuka akaun CDS dengan Bursa Anywhere

Dalam post kali ini, kami akan gariskan panduan membuka akaun CDS untuk melabur saham. Proses yang sebelum ini melibatkan banyak borang kini boleh dibuat terus dari aplikasi Bursa Anywhere.

Ingat juga bahawa sekiranya anda buka akaun CDS di bawah iSaham, anda boleh mendapatkan pelbagai resource dari iSaham. Maka dalam panduan ini, kami akan tuliskan juga bagaimana untuk hubungkan CDS anda di bawah kami untuk dapatkan kelebihan ini.

1. Muat turun Bursa Anywhere

Anda boleh muat turun aplikasi Bursa Anywhere ini di Play Store dan juga App Store. Sekiranya anda memang dah guna Bursa Anywhere dan ingin membuka akaun CDS baru, boleh terus langkau ke step ke-4.

bursa anywhere download QR Code

2. Daftar akaun Bursa Anywhere

Untuk mula mengguna Bursa Anywhere, anda perlu daftar akaun Bursa Anywhere dahulu. Boleh ikut langkah di bawah ini untuk mendaftar akaun. Anda akan diminta untuk masukkan maklumat IC, email dan nombor telefon. Kod pengesahan akan dihantar ke email yang dimasukkan tadi. Seterusnya anda boleh tetapkan username, password dan soalan keselamatan untuk akaun anda.

bursa anywhere buka akaun

3. Buka akaun CDS

Apabila selesai langkah di atas, Bursa akan mengesan sama ada akaun CDS dah dibuat atau tidak di bawah IC anda. Sekiranya belum ada CDS, anda akan terus dibawa ke langkah ini. Untuk pengguna yang dah ada CDS dan ingin membuka CDS baru, anda boleh buka menu sisi (side menu) dan tekan “Account Opening”. Anda akan dibawa ke proses pendaftaran seperti di bawah.

buka akaun CDS dari bursa anywhere

Dalam proses ini, anda akan diminta untuk isi maklumat peribadi dan butiran bank untuk pemindahan wang dividen. Untuk butiran bank, anda boleh masukkan mana-mana dokumen di bawah:

Pilih Malacca Securities Sdn Bhd sebagai Authorised Depository Agent (ADA) anda di halaman soalan terakhir. Ini membolehkan anda mendaftar CDS di bawah iSaham. Namun, ada proses tambahan yang perlu dibuat selepas ini, dan anda boleh baca di step ke-5.

4. Semak dan hantar

Seletah semua maklumat diisi, anda boleh buat semakan akhir sebelum dihantar ke Bursa. Sekiranya anda berpuas hati, boleh terus hantar dan baca proses penting seterusnya.

Buat masa terhad sehingga penghujung Julai 2020, tiada bayaran akan dikenakan. Namun, caj pendaftaran akan dikenakan seperti biasa sebanyak RM 10 selepas habis tempoh ini.

5. Hubungi iSaham

hubungi iSaham untuk akaun CDS Bursa Anywhere

Apa yang telah siap untuk proses di atas ini hanyalah pendaftaran dengan Malacca Securities Sdn Bhd. Anda belum berdaftar di bawah iSaham untuk mendapatkan pelbagai kelebihan sebagai ahli iSaham Premium. Untuk dapatkan keahlian Premium ini, anda perlu maklumkan kepada kami tentang pendaftaran anda tadi. Dengan itu, kami boleh masukkan pendaftaran anda di bawah kami.

Untuk berhubung dengan kami berkaitan dengan pendaftaran CDS, anda boleh maklumkan kepada iSaham Support bahagian CDS. Sertakan sekali screenshot dari aplikasi Bursa Anywhere atau email yang memberitahu bahawa pendaftaran CDS anda telah dihantar. Ini dapat memudahkan urusan pembukaan CDS dengan iSaham melalui feature Bursa Anywhere yang baru dilancarkan ini.

Dengan membuka akaun CDS di bawah iSaham, anda boleh dapatkan keahlian Premium. Ini termasuklah Screener Premium, group Telegram iSaham, dan pelbagai lagi ciri-ciri yang kami telah dan sedang bangunkan untuk membantu pelaburan.


< kembali ke laman blog utama