UMUM

20-MAY-2024

Kos yang Terlibat dalam Jual Beli Saham Global melalui Aplikasi M+ Global bagi Pasaran Amerika Syarikat (US)


HH    


Malacca Securities Sdn. Bhd. (Mplus) telah memperkenalkan aplikasi terbaru mereka iaitu M+ Global. Aplikasi ini membolehkan para pelanggan untuk melakukan transaksi dagangan bagi pasaran Amerika Syarikat (US) dan Hong Kong (HK).

Sebelum ini, kami pernah menjelaskan berkenaan kos-kos yang terlibat bagi transaksi jual beli saham di pasaran Bursa Malaysia. Kos-kos ini termasuklah bayaran broker, duti setem, bayaran pelepasan dan cukai kerajaan.

Namun, sekiranya anda ingin melakukan transaksi dagangan bagi pasaran global, kos-kos yang terlibat adalah berbeza dengan pasaran Malaysia. Boleh ikuti blog ini sehingga akhir untuk mengetahui cara pengiraan setiap caj yang terlibat dalam transaksi saham bagi pasaran US.

1. Caj Broker

Caj broker atau brokerage fee adalah bayaran yang dikenakan oleh pihak Mplus kepada pelanggan yang melakukan belian atau jualan saham global. Secara umumnya, caj broker yang dikenakan adalah sebayak  0.10% dan minimum USD 3. Sekiranya jumlah kurang daripada USD 3, amaun ini akan diambil sebagai caj broker.

Sebagai contoh, jumlah harga saham yang dibeli atau dijual adalah USD 1,000. Perkiraannya adalah seperti berikut.

USD 1,000 x 0.10% = USD 1 (tidak capai harga minimum)

Oleh itu, bayaran broker yang dikenakan adalah sebanyak USD 3

Namun, sekiranya modal adalah sebayak USD 10,000, perkirannya adalah

USD 10,000 x 0.10% = USD 10 (capai dan melebihi harga minimum)

Oleh itu, bayaran broker yang dikenakan adalah sebanyak USD 10.

 

2. Duti Setem

Duti Setem atau Stamp Duty ini dikenakan oleh kerajaan Malaysia bagi setiap transaksi saham bagi pasaran US iaitu sebanyak RM1 bagi setiap RM1,000.

Sebagai contoh, sekiranya jumlah harga dagangan saham ialah RM500, RM1 duti setem akan dikenakan. Bagi RM3,500, sebanyak RM4 akan dikenakan bagi caj duti setem.

 

3. Yuran Kawal Selia

Yuran kawal selia atau regulatory fees ditetapkan oleh kerajaan US bagi pelabur yang membuat transaksi jualan saham sahaja pada pasaran US. Caj yang dikenakan adalah sebanyak 0.00278% daripada jumlah jualan.

Jumlah yuran kawal selia = (Harga jualan per unit x Jumlah unit) x 0.00278%

 

4. Yuran Aktiviti Perdagangan

Sama seperti yuran kawal Selia, yuran aktiviti perdagangan atau trading activities fee hanya dikenakan bagi transaksi jualan sahaja.

Bayaran Minimum Maksimum
USD 0.000166 per unit saham USD 0.01 USD 8.30

 

Yuran aktiviti perdagangan = Jumlah unit saham x USD 0.000166

 

5. Bayaran Pelepasan

Bayaran pelepasan atau juga dikenali sebagai settlement fee akan disalurkan kepada agensi yang terlibat. Caj yang dikenakan adalah seperti berikut.

Bayaran Minimum
USD 0.003 per unit saham USD 0.01

 

6. Cukai Perdagangan

Cukai pegangan atau withholding tax hanya dikenakan sekiranya syarikat pegangan saham anda memberikan dividen. Jumlah cukai ini adalah sebanyak 30% daripada jumlah dividen yang diterima.

Sekiranya saham yang anda pegang mempunyai dividen, dividen tersebut akan dibayar terus kepada akaun M+ Global dan jumlah cukai pegangan akan terus ditolak daripada akaun tersebut.

Cukai Pegangan = 30% x jumlah dividen diterima

Memandangkan setiap caj telah diterangkan di atas, berikut merupakan ringkasan formula untuk membuat perkiraan jumlah kos jualan/belian bagi pasaran US.

Jumlah kos jualan = (Harga jualan per unit x Jumlah unit) + Caj broker + Duti setem + Yuran kawal selia + Yuran aktiviti perdagangan + Bayaran pelepasan

Jumlah kos belian = (Harga belian per unit x Jumlah unit) + Caj broker + Duti setem + Bayaran pelepasan

 

Contoh Situasi

Berdasarkan formula ringkas di atas, kami menyediakan satu contoh situasi bagi memudahkan anda untuk memahaminya.

Harga jualan per unit - USD1

Jumlah unit - 1000 unit

Kos-kos Pengiraan Jumlah
Jualan USD 1 x 1,000 unit USD 1,000
Caj Broker USD 1,000 x 0.10% = USD 1 USD 3
Duti Setem USD 1,000 = RM4,666.97 = RM4 USD 0.85(Nilai semasa)
Yuran Kawal Selia USD 1000 x 0.00278% USD 0.0278
Yuran Aktiviti Perdagangan 1000 unit x USD 0.000166 USD 0.166
Bayaran Pelepasan 1000 unit x USD 0.003 USD 3
Jumlah Kos Jualan USD 1,007.04

 

Jadi, begitulah caj atau kos yang terlibat dalam jual beli saham global melalui aplikasi M+ Global bagi pasaran US. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau permasalahan, boleh terus hubungi team iSaham Support.


< kembali ke laman blog utama