20-MAY-2024

Kos yang Terlibat dalam Jual Beli Saham Global melalui Aplikasi M+ Global bagi Pasaran Hong Kong (HK)


HH    


Sebelum ini, kami pernah menjelaskan berkenaan kos-kos yang terlibat bagi transaksi jual beli saham di pasaran Amerika Syarikat (US) melalui akaun M+ Global. . Pada blog ini pula akan diceritakan kos-kos terlibat bagi transaksi pada pasaran Hong Kong (HK).

Terdapat beberapa perbezaan kos yang terlibat bagi pasaran US dan HK. Boleh ikuti blog ini sehingga akhir untuk mengetahui perbezaannya dan cara pengiraan setiap caj yang terlibat dalam transaksi saham bagi pasaran HK.

 

1. Caj Broker

Caj broker atau brokerage fee adalah bayaran yang dikenakan oleh pihak Mplus kepada pelanggan yang melakukan belian atau jualan saham global. Sama seperti pasaran US, caj broker yang dikenakan mengikut kepada peratusan iaitu sebanyak 0.10%. Namun, caj minimum yang ditetapkan adalah sebanyak HKD 18. Sekiranya jumlah yang dikira kurang daripada HKD 18, caj minimum ini akan diambil sebagai caj broker.

Bayaran Minimum
0.10% HKD 18

 

Sebagai contoh, jumlah harga saham yang dibeli atau dijual adalah HKD 1,000. Perkiraannya adalah seperti berikut.

HKD 1,000 x 0.10% = HKD 1 (tidak capai harga minimum)

Oleh itu, bayaran broker yang dikenakan adalah sebanyak HKD 18

Namun, sekiranya jumlah harga saham yang dibeli atau dijual adalah sebayak HKD 20,000, perkirannya adalah

HKD 20,000 x 0.10% = USD 20 (capai dan melebihi harga minimum)

Oleh itu, bayaran broker yang dikenakan adalah sebanyak HKD 20.

 

2. Duti Setem

Sekiranya anda melakukan transaksi dagangan saham pada pasaran HK, anda akan dikenakan duti setem sebanyak 2 kali iaitu daripada kerajaan Malaysia dan kerajaan Hong Kong.

Bagi kerajaan Malaysia, duti setem atau stamp duty dikenakan bagi setiap transaksi saham sebanyak RM1 bagi setiap RM1,000.

Sebagai contoh, sekiranya jumlah harga dagangan saham ialah RM500, RM1 duti setem akan dikenakan. Bagi RM3,500, sebanyak RM4 akan dikenakan bagi caj duti setem.

Manakala, kerajaan Hong Kong telah menetapkan sebanyak 0.10% daripada jumlah belian/jualan akan dikenakan bagi duti ini.

Duti Setem HK = Jumlah harga jualan/belian x 0.10%

Entiti Bayaran Minimum Maksimum
Malaysia RM1 bagi setiap RM1,000 RM1 RM1,000
Hong Kong 0.10% - -

 

 

3. Yuran Aktiviti Dagangan

Yuran aktiviti dagangan atau trading activities fee akan dikenakan bagi transaksi jualan/belian saham sebanyak 0.00565% atau minimum HKD 0.01.

Bayaran Minimum
0.00565% HKD 0.01

 

Yuran aktiviti perdagangan = Harga jualan/belian x Jumlah unit yang didagangkan x 0.00565%

HKD 1 x 300 unit x 0.00565% = HKD 0.017

Sama seperti sebelum ini, jumlah caj yang tertinggi akan diambil. Berdasarkan contoh di atas, nilai kiraan peratusan adalah lebih tinggi daripada HKD 0.01. Oleh itu, caj yang dikenakan adalah sebanyak HKD 0.017.

 

4. Bayaran Pelepasan

Bayaran pelepasan atau juga dikenali sebagai settlement fee akan disalurkan kepada badan-badan yang sepatutnya seperti Hong Kong Securities Clearing Company Limited (HK CCASS).

Bayaran Minimum Maksimum
0.002% HKD 2 HKD 100

 

Jumlah bayaran pelepasan = Harga per unit x Jumlah unit yang didagangkan x 0.002%

 

5. Bayaran Levi

Bayaran levi atau levy fee merupakan bayaran atau cukai yang dikenakan oleh badan kerajaan Hong Kong. Hanya pasaran HK sahaja yang akan dikenakan caj ini dan terdapat 2 caj berbeza yang akan dikenakan.

Badan Kerajaan Bayaran Minimum
Hong Kong Securities and Futures Commission (HK SFC) 0.0027% HKD 0.01
Hong Kong Financial Reporting Council 0.00015% -

 

Jumlah bayaran levi = [Harga per unit x Jumlah unit yang didagangkan x 0.0027%] + [Harga per unit x Jumlah unit yang didagangkan x 0.00015%]

 

Jumlah Keseluruhan Kos Jualan/Belian

Memandangkan setiap kos sudah diterangkan, berikut merupakan pengiraan ringkas bagi keseluruhan kos-kos yang terlibat.

Harga jualan per unit - HKD 1

Jumlah unit - 1000 unit

Jumlah kos jualan/belian = (Harga jualan/belian per unit x Jumlah unit) + Caj broker + Duti setem (MY) + Duti setem (HK) + Yuran aktiviti perdagangan + Bayaran pelepasan + Yuran levi

Kos-kos Pengiraan Jumlah
Jualan/Belian HKD 1 x 1,000 unit HKD 1,000
Caj broker HKD 1,000 x 0.10% = HKD 1 HKD 18
Duti setem (MY) USD 1,000 = RM600.89 = RM1 HKD 1.6663
Duti setem (HK) HKD 1,000 x 0.10% HKD 1
Yuran aktiviti perdagangan HKD 1000 x 0.00565% HKD 0.0565
Bayaran pelepasan HKD 1000 x 0.002% = HKD 0.02 HKD 2
Yuran levi HKD 1,000 x 0.0027% HKD 0.027
HKD 1,000 x 0.00015% HKD 0.0015
Jumlah kos jualan/belian HKD 1,022.75

 

 

Jadi, begitulah caj atau kos yang terlibat dalam jual beli saham global melalui aplikasi M+ Global bagi pasaran HK. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau permasalahan, boleh terus hubungi team iSaham Support.


< kembali ke laman blog utama