UMUM

09-APR-2020

Laman Saham dalam iSaham Berwajah Kemas


FN    


Baru-baru ini, iSaham baru sahaja mengemaskini susunan reka letak untuk laman saham kami. Dengan kemaskini yang terbaru ini, kami harapkan supaya pemilihan saham akan menjadi semakin mudah untuk anda.

Kemaskini Terbaru April 2020

Dari atas, anda masih akan lihat info yang sama iaitu nama saham, skor, signal pelaburan dan juga carta harga saham. Dari bawah carta, anda boleh lihat perubahan yang serba kemas dengan pembahagian segmen untuk Fundamental dan Teknikal.

Segmen Fundamental dan Teknikal

Dalam segmen Fundamental, anda boleh lihat info seperti Trend, QR, Dividend, Financial Ratio dan sebagainya dalam bentuk tab. Sama juga untuk segmen Teknikal, butiran info di bawah analisis ini dipersembahkan dalam bentuk tab.

isaham stock page

Quarter Report (QR)

Quarter Report adalah salah satu info yang baru ditambah dalam kemaskini kali ini. QR ini dipersembahkan dalam bentuk carta bar supaya perkembangan perniagaan mudah untuk dijejak dari suku ke suku tahunan berikutnya. Anda boleh lihat di bawah, dengan contoh QR yang cantik dari FPGROUP.

isaham stock page - fpgroup qr

Dividen

Antara satu penanda yang kita boleh guna untuk kenalpasti saham yang bagus adalah pemberian dividen. Sekiranya syarikat memberikan dividen, syarikat ini dianggap mempunyai lebihan keuntungan. Sekiranya pemberian ini dibuat secara konsisten, maka boleh dikatakan syarikat mempunyai keberuntungan (profitability) yang konsisten.

isaham stock page - opensys dividend

Anda boleh lihat contoh di atas dengan pemberian dividen yang meningkat oleh OPENSYS.

Setakat itu sahaja pembaharuan dalam page iSaham yang kami dapat kongsi untuk kali ini. Kami berdedikasi untuk memberikan servis yang terbaik kepada anda. Maka teruskan menyokong kami untuk membantu anda. Inilah manifesto kami.


< kembali ke laman blog utama