UMUM

29-APR-2020

Langgan Laporan Kredit 3 Bulan Percuma dengan MyCreditInfo


FN    


Mengetahui credit rating boleh berikan kita kelebihan dari segi kewangan. Kita boleh tahu macam mana rekod kita dari pandangan bank. Dengan pelbagai nilai aset seperti saham yang susut ketika ini, ada banyak peluang untuk membeli. Mungkin ada juga yang ingin membuat pinjaman untuk membeli rumah, kereta atau apa-apa sahaja terutamanya bila keadaan kembali pulih dari wabak COVID-19 nanti. Maka anda boleh tahu kedudukan kewangan anda dengan membuat semakan credit rating.

Baru-baru ini, kami ada keluarkan hantaran tentang promosi semakan credit rating dari CTOS. Kalau anda terlepas, jangan risau. Kali ni MyCreditInfo pula menawarkan servis ini secara percuma untuk 3 bulan. Sekiranya anda nak langgan untuk setahun, harga servis ini pun ada promosi ketika ini. Dalam hantaran ini, kita akan ikut langkah-langkah untuk dapatkan laporan kredit percuma 3 bulan dari MyCreditInfo.

1. Pergi ke laman web MyCreditInfo

Layari laman web MyCreditInfo di https://www.mycreditinfo.com.my/

mycreditinfo website

2. Daftarkan akaun MyCreditInfo

Ikut langkah ini kalau anda belum membuka akaun dengan MyCreditInfo. Ada beberapa cara untuk ke borang pendaftaran. Antaranya anda boleh klik butang Redeem Yours Now di banner pada banner promosi JagaMyID (nama produk maklumat kredit).

3. Isi maklumat yang diperlukan

Isikan maklumat yang diperlukan. Isi nombor telefon bimbit dan sahkan dengan kod TAC. Tekan Sign Up.

mycreditinfo registration form

Dalam skrin yang berikutnya, anda akan diminta untuk mengesahkan maklumat beberapa lagi maklumat akaun. Ikut sahaja langkah yang digariskan.

4. Pilih langganan JagaMyID

Dalam langkah ketiga, anda akan diminta untuk pilih langganan perkhidmatan dengan MyCreditInfo. Pilih JagaMyID dengan tekan pada butang Know More.

mycreditinfo jagamyid basic plus

Anda akan dibawa ke laman baru untuk memilih jenis servis JagaMyID. Anda akan perasan kedua-duanya adalah servis berbayar. Pilih sahaja mana-mana. Selepas anda tekan Buy Now, anda akan dibawa ke bakul pembelian. Di sini, anda boleh buang pilihan tadi yang berbayar dengan tekan butang pangkah.

mycreditinfo purchase card

Lihat pada menu dashboard di bahagian kiri, anda akan jumpa JagaMyID (BASIC/PLUS). Sila tekan. Anda akan jumpa banner promosi yang kita sebutkan tadi iaitu langganan JagaMyID untuk 3 bulan. Klik butang Redeem Yours Now pada banner tersebut.

mycreditinfo purchase card mycreditinfo purchase card updated

Sekarang bakul pembelian anda akan ada JagaMyID (3 Month) yang berharga RM 0. Ini bermakna anda berjaya pilih perkhidmatan percuma yang kita nak langgan tadi. Tekan butang Checkout untuk ke langkah seterusnya.

5. Pengesahan identiti

Dalam langkah ni, anda cuma perlu ambil gambar muka dengan menggunakan smartphone anda. Gambar IC depan dan belakang pun perlu dimuat naik, sama ada menggunakan smartphone atau muat naik melalui laman web.

mycreditinfo verification

Jangan risau sekiranya anda tersangkut di langkah ini. Anda boleh sambung langkah ini bila-bila anda bersedia.

mycreditinfo verification pending

6 Laporan boleh dibaca

Itu sahaja yang anda perlu buat. Permohonan anda tak sepatutnya mengambil masa yang lama sekiranya tiada masalah pada gambar yang dimuat naik dan anda siapkan dalam waktu bekerja.

mycreditinfo done subscription

Selepas siap, anda boleh baca laporan dari dashboard. Di dashboard, anda akan dikemas kini berkenaan tarikh sah langganan JagaMyID tadi. Laporan kredit pula boleh dibaca dari menu Summary Credit Profile.

mycreditinfo credit report

< kembali ke laman blog utama