UMUM

22-MAY-2019

Maklumat dari AGM: Digi 2019


FN    


digi agm 2019

Minggu lepas, Digi telah mengadakan AGM bagi membentangkan laporan kewangan 2018. Antara perbincangan utamanya adalah penggabungan antara syarikat pemegang Digi dan Celcom iaitu Telnor dan Axiata dan laporan kewangan yang menunjukkan prestasi yang positif.

Revenue semakin baik

Pada permulaan AGM, CEO telah menyalakan highlights dari tahun 2018 seperti di bawah:

digi agm highlight

Secara generalnya, bisnes berjalan dengan baik. Revenue yang berjaya dikutip dari pengguna adalah semakin banyak.

NPS teratas

Net Promoter Score, ataupun NPS adalah sistem survey yang menilai syarikat dari aspek product loyalty. Digi berjaya mendapat nombor 1 untuk industri telco.

Soalan MSWG

Sebanyak 459,000 pelanggan pelan prepaid telah berkurang untuk suku pertama 2019 berbanding 2017. Digi terangkan bahawa bilangan pelanggan mereka kekal stabil pada paras 11.7 mil. Peratusan pelanggan postpaid adalah meningkat dari 24.1% kepada 25.4% pengguna menunjukkan penukaran prepaid kepada postpaid yang lebih bagus.

Ke arah 5G

Digi (dan semestinya telco lain juga) kini sedang membuat persediaan untuk rangkaian 5G. Mereka akui dengan teknologi sedia ada sekarang, 5G masih jauh lagi untuk dicapai. Namun, mereka sedang mengumpul talent dan kepakaran untuk merealisasikan matlamat ini.

Gabungan Telnor-Axiata

Anda mungkin pernah dengar berita tentang penggabungan Telnor dan Axiata sebagai pemegang syarikat Digi dan Celcom untuk membentuk entiti baharu yang dinamakan MergedCo. Perkara ini masih lagi di dalam proses rundingan, dan proses ini dijangka akan berterusan sehingga 3 bulan. Buat masa ini tiada transaksi dilakukan antara kedua-dua pihak.

Doorgift

Doorgift tahun ni adalah berbentuk set combo KFC dan topup Digi sebanyak RM 100.

Untuk senarai doorgift AGM dalam koleksi kami, boleh lihat page ini.


< kembali ke laman blog utama