FUNDAMENTAL

11-JUN-2020

Memahami Financial Ratio dalam Penilaian Fundamental


FN    


Dalam menilai fundamental sesebuah syarikat, financial ratio atau nisbah kewangan adalah satu petunjuk yang boleh membantu untuk penilaian tersebut. Penilaian fundamental ini boleh menyentuh pelbagai aspek sama ada prestasi kewangan, kedudukan kewangan, pihak pengurus, keadaan ekonomi negara, dunia dan sebagainya. Namun, ada ukuran yang kita boleh rujuk sebagai panduan asas kepada kekuatan fundamental sesebuah syarikat itu.

fundamental analysis financial ratio

Setiap laman saham dalam iSaham akan ada penilaian atau analisis dari aspek fundamental dan teknikal. Kali ini kita akan tumpukan kepada nisbah kewangan syarikat. Nisbah kewangan atau financial ratio yang dipaparkan dalam iSaham terdiri dari penilaian terhadap kemuflisan, keseimbangan hutang, tunai dalam tangan, prestasi semasa, kecekapan pengurusan dan lain-lain. Kita akan belajar macam mana menilai sesebuah syarikat itu dengan lebih terperinci.

Ujian kemuflisan

Ada dua nisbah ujian kemuflisan yang dipaparkan di iSaham pada laman saham. Nisbah ini ditanda oleh Altman-Z dan Beaver dan ia berfungsi seperti credit rating untuk sesebuah syarikat. Secara ringkasnya, anda ingin cari mana-mana antara nisbah ini yang memenuhi angka di bawah:

Altman-Z > 1
Beaver > 0.03

Keseimbangan aset, liabiliti dan tunai

Seterusnya, kita lihat pula nisbah aset, liabiliti dan tunai syarikat. Sesebuah aset boleh dijual untuk mendapatkan wang tunai. Liabiliti pula adalah bebanan yang perlu dibayar oleh syarikat. Maka sesebuah syarikat itu adalah lebih bagus sekiranya mempunyai aset yang lebih banyak daripada liabiliti. Keseimbangan aset dan liabiliti ini boleh diukur dengan current ratio, dan nisbah lebih dari 2 menandakan angka yang sihat.

calculator accounting

Kebanyakan syarikat pula pastinya ada hutang sama ada hutang baik atau hutang jahat untun meneruskan kelangsungan perniagaan. Penilaian terhadap hutang ini dikira menggunakan Debt-Equity ratio. Sekiranya nisbah ini kurang daripada 1, ia menunjukkan angka yang sihat.

FCF Yield pula adalah ukuran yang menunjukkan berapa banyak pendapatan ini dapat dialirkan dalam bentuk wang tunai. Nama panjang kepada FCF ini adalah free cash flow. Umumnya, angka yang lebih tinggi, lagi bagus. Kriteria ini adakalanya menjadi kepentingan ketika krisis ekonomi berlaku.

Kesimpulan nisbah keseimbangan yang sihat ini boleh dilihat seperti di bawah:

Current ratio > 2
Debt-Equity < 1
FCF Yield > 0

Prestasi semasa

Prestasi semasa syarikat boleh dilihat dari perbandingan jualan dan keuntungan syarikat yang dicatatkan dari tahun ke tahun, atau suku ke suku. Ukuran ini boleh didapati dari penanda Revenue atau Profit yang disusuli dengan QoQ atau YoY.

QoQ bermaksud suku tahunan tersebut dibandingkan dengan suku tahunan yang sama pada tahun sebelumnya. Contohnya prestasi jualan atau keuntungan Q1 2020 dibandingkan dengan Q1 2019. YoY pula adalah prestasi keseluruhan setahun dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

quarter report krono

Mengikut lumrah, kita memang akan suka kepada jualan yang sentiasa meningkat. Maka angka yang lebih besar adalah lebih bagus. Namun, lain syarikat, lain ceritanya. Sekali prestasi yang bagus tak semestinya boleh berkekalan di masa hadapan. Memadai sekiranya angka ini tidak menunjukkan angka negatif.

Kecekapan pengurusan

Dua individu dengan pendapatan yang sama belum tentu boleh menyimpan jumlah yang sama. Itulah analogi yang boleh difikirkan untuk melihat kepentingan kriteria ini. Kecekapan pengurusan ini boleh diukur dengan Profit Margin, ROE atau ROIC.

Profit Margin yang lebih tinggi dapat diterjemahkan dengan kos yang lebih rendah atau harga jualan yang lebih tinggi. Sekiranya kos air minuman pada RM 1 dapat dijual pada RM 1.20, maka pengiraan margin keuntungan adalah seperti berikut:

(Harga Jualan - Kos Barang) / Kos Barang * 100%
(1.20 - 1) / 1 * 100% = 20%

ROE adalah pulangan dari modal keluaran. Ia dapat mengukur kebolehan syarikat untuk menghasilkan pulangan berdasarkan modal tak termasuk pinjaman. ROIC juga menggunakan konsep yang sama, bezanya adalah pelaburan yang dibuat akan dikira secara jumlah modal dan pinjaman. Angka yang dianggap bagus untuk nisbah ini adalah seperti di bawah:

Profit Margin > Sector Median atau 10% ke atas
ROE / ROIC > 15%

Pulangan Dividen

Syarikat yang berada pada kedudukan kewangan yang baik mempunyai wang lebihan yang boleh diberikan kepada pelabur dalam bentuk dividen. Sebanyak mana yang syarikat berikan mungkin tak begitu penting kepada pelabur jangka pendek dan sederhana. Maka Dividend Yield dan Dividend Per Share adalah ukuran yang subjektif kepada pelabur sama ada diberikan atau tidak.

trailing dividend sime

Kesimpulan

Untuk mendapatkan kesemua kriteria ini adalah satu saringan yang sangat susah. Jarang kita dapat lihat sebuah syarikat yang memenuhi semua kriteria tadi atau semua petanda diwarnakan hijau. Maka di sini kita perlu ada keseimbangan untuk menilai kriteria apa yang perlu dititikberatkan lebih daripada yang lain.


< kembali ke laman blog utama