RSI adalah singkatan kepada nama Relative Strength Index. Ia merupakan satu indikator yang sering digunakan oleh pelabur untuk membuat analisis teknikal. RSI ini merupakan salah satu indikator yang terkenal dan dikenali dalam dunia pelaburan. Ramai pelabur menggunakan indikator ini untuk mengukur momentum perubahan harga untuk menilai sekiranya saham tersebut terlebih jualan (oversold) atau terlebih belian (overbought).
Pengasas indikator RSI
Indikator ni dicipta oleh J. Walles Wilder Jr. pada tahun 1978 dan diulas dalam bukunya yang berjudul ‘New Concepts in Technical Trading System’. Beliau juga menghasilkan beberapa buah buku berkenaan pasaran saham antaranya, ‘The Adam Theory of Markets or What Matters Is Profit’, ‘The Wisdom of the Ages in Acquiring Wealth’, dan ‘The Delta Phenomenon, Or, The Hidden Order in All Markets’.
Wilder ialah bapa kepada beberapa penunjuk teknikal yang kini dianggap sebagai prinsip teras perisian analisis teknikal. Ini termasuk Average True Range, Relative Strength Index (RSI), Average Directional Index, dan Parabolic SAR.
Formula bagi indikator RSI
RSI dikira dengan dua pengiraan. Formula pertama adalah seperti berikut:
Kerugian atau keuntungan purata hanyalah peratusan kerugian atau keuntungan purata dalam tempoh hari kebelakang. Biasanya, anda akan menggunakan 14 titik untuk mengetahui nilai RSI. Kemudian, setelah 14 tempoh data ini tersedia, anda boleh memulakan langkah kedua dalam pengiraan. Formula kedua adalah seperti berikut:
Perlu diingatkan bahawa, setiap pedagang akan menggunakan RSI yang berbeza. Walaupun tempoh 14 sesuai untuk pedagang swing, sesetengah pedagang mungkin ingin menurunkan jangka masa dengan meningkatkan sensitiviti oscillator. Pedagang harian (day trader) selalunya menggunakan tempoh 9-11, manakala pedagang swing boleh menggunakan tempoh yang lebih tinggi, iaitu, 20-30.
Penggunaan RSI
RSI mempunyai dua level iaitu di bawah 30% dan di atas 70%. Di antara kegunaan RSI adalah untuk menentukan harga saham berada di paras terlebih jualan (oversold) jika berada di bawah 30%, atau di paras terlebih belian (overbought) apabila berada di atas 70%.
Kebiasaannya, momentum belian akan berkurangan apabila garisan RSI sudah melebihi paras 70% dan kemungkinan akan berlaku pembetulan harga. Apabila garisan RSI sudah berada pada kawasan overbought, kebiasaanya akan berlaku correction ataupun perubahan trend ke bawah (downtrend).
Sebaliknya, apabila momentum jualan melebihi momentum belian dan menyebabkan garisan RSI berada dibawah 30%, ia berkemungkinan akan berlaku reversal ataupun perubahan trend ke atas (uptrend).
Seperti contoh carta diatas, apabila harga saham berada dalam keadaan uptrend dan RSI sudah capai paras overbought, ia menunjukkan satu petanda bahawa kemungkinan akan berlakunya correction atau perubahan trend. Manakala, apabila harga saham berada dalam keadaan downtrend dan RSI sudah capai paras oversold, maka ia juga memberi petanda bahawa mungkin akan berlaku reversal ataupun perubahan trend.
Namun, indikator ini bukanlah satu kepastian bahawa harga akan naik atau turun sekiranya sudah capai paras overbought atau oversold. Tetapi, ia hanyalah salah satu petunjuk untuk memudahkan pelabur membuat keputusan.
RSI divergence
RSI divergence dapat membantu pelabur saham melihat dan mengambil kesempatan dengan membuat pembelian saham. Apabila digunakan dengan betul, RSI boleh menjadi salah satu petunjuk dagangan dan pengesahan dalam trading plan anda. RSI ialah salah satu indikator yang popular dalam swing investment, dan merupakan satu teknik di mana pelabur menunggang trend pasaran untuk membuat keuntungan.
Bullish divergence
Bullish divergence berlaku apabila harga sesuatu saham sedang berada di lower low berbanding paras rendah sebelumnya. Apabila bullish divergence dikesan, indikator RSI akan membuat higher low. Ini menunjukkan akan berlakunya momentum kenaikan harga dan perubahan trend (uptrend).
Bearish divergence
Bearish divergence pula berlaku apabila harga sesuatu saham sedang berada di higher high berbanding paras tinggi sebelumnya. Apabila bearish divergence dikesan, indikator RSI akan membentuk lower high. Ini menunjukkan akan berlakunya momentum penurunan harga dan perubahan trend (downtrend).
Kesimpulan
Seperti indikator yang lain, RSI hanyalah salah satu alat atau penunjuk yang membantu pelabur dalam membuat keputusan sewaktu berdagang. Ia perlulah dikaji terlebih dahulu dan tidak seharusnya diikuti secara membuta tuli.